Sabtu, 5 Disember 2009

Gelaran 'guru semberono' jejas kewibawaan pendidik

APABILA istilah 'guru semberono' diperkenalkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bagi menangani kes guru mengajar sambil lewa, satu perkara yang jelas terasa oleh pendidik ialah usaha mereka selama ini untuk membangun dan membina modal insan sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara seolah-olah seperti terhenti sekejap.

Mereka seperti berfikir selepas sekian lama ramai murid yang dididik. Ada yang sudah menjadi menteri, pengurus, profesional dan sebagainya. Tiba-tiba mereka dilabel semberono. Kenapa mereka yang sudah berjaya mudah lupa kepada jasa guru yang pernah mengajar mereka kenal huruf, kira dan baca? Inikah cara menghargai guru mereka?

Ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. Saya bimbang jika istilah guru semberono ini dijadikan bahan lawak jenaka oleh pihak tertentu, maka dikhuatiri akan menurunkan lagi penghormatan orang terhadap profesion perguruan yang sangat mulia itu.

Maka akan timbullah pula istilah menteri semberono, ketua jabatan semberono, pegawai semberono dan pelbagai lagi semberononya.

CM REDZA,
Jelebu,
Negeri Sembilan.

Berita Harian Online: 5 Disember 2009

2 ulasan:

Mohar Yahya berkata...

Nak mengata guru memang mudah, bila sebut guru ianya bemaksud semua guru di Malaysia.Jangan sebab nak fokus kepada permasalahan tertentu, nama baik semua guru dilibatkan sama.Nanti akan jadi mainan orang mengata guru gila, guru cabul, guru samseng, guru terlampau, guru cabuk, guru kuli batak...carilah perkataan lain yang lebih SOPAN!hormatilah guru.Bapa kita pun seorang guru!...

Makmal Perguruan Ibubapa berkata...

Kepada guru-guru yg benar2 menjalanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, mereka tidak perlu gusar dengan sebarang label kepada mereka. apabila kita melakukan sebarang tugas dan mengharapkan balasan, maka kita akan kecewa bila tidak mendapat apa yg diharapkan. Tetapi apabila kita membuat sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab, insyallah kita akan merasa puas dalam diri walaupun tiada siapa yang memberi pengiktirafan. Bolehkah saya katakan salah satu ciri guru semberono ialah mereka mengharapkan pengiktirafan?

ikhlas,

http://reformasimindaguru.blogspot.com