Khamis, 3 Disember 2009

Kelulusan pertukaran guru ikut kriteria ditetapkan

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat dalam ruangan ini bertarikh 12 November lalu bertajuk 'Guru tinggal berjauhan dengan suami dua tahun' oleh 'Jefri, Kuala Lumpur', pada 14 November pula bertajuk 'Guru j-QAF, Sabah, Sarawak mahu keadilan' oleh 'Muslim Borneo' dan pada 16 November bertajuk 'Guru j-QAF di Sarawak tertekan tak dapat tukar ke Semenanjung' oleh 'J-QAF Sarawak Tertekan'.

Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran amat mengambil berat masalah dihadapi oleh guru yang memohon pertukaran. Namun demikian, guru perlu memahami bahawa BPI terikat dengan peraturan yang ditetapkan.

Dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan pertukaran, beberapa kriteria akan diambil kira antaranya keperluan perkhidmatan dan kekosongan perjawatan di negeri yang dipohon. Semua permohonan akan diberi layanan sama rata.

Permohonan yang lebih lama berkhidmat, lebih lama berjauhan akan diberi keutamaan, namun mesyuarat juga mengambil pertimbangan lain misalnya, kes khas, kes kronik dan kes keselamatan. Dasar baru Kementerian Pelajaran menentukan, mana-mana negeri yang mengalami lebihan guru, boleh dikenakan 'surcharge'.

Dasar ini perlu dilaksanakan bagi memastikan taburan guru yang seimbang dan menyeluruh di seluruh negara.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Kementerian Pelajaran.

Berita Harian Online: 3 Disember 2009

Tiada ulasan: