SAYA sebagai salah seorang 'Pembantu Pengurusan Murid' (PPM), ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kedudukan kami sebagai PPM. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang dengan wujudnya jawatan ini.
Apa yang mengelirukan, jawatan PPM seperti bukan untuk murid tetapi lebih kepada guru. Contohnya guru menyuruh PPM 'menolong' menanda kedatangan murid di dalam buku kedatangan. Setahu saya, itu adalah tanggungjawab guru. Sekiranya berlaku kesilapan, siapa yang hendak dipersalahkan?
Ada sesetengah guru suka menggunakan 'kuasa' untuk menyuruh PPM untuk menjaga kelas. Mereka suka duduk di ruang dapur berbual. Ada di antara guru membawa bekalan makanan dari rumah dan menjamu guru lain sampai tidak masuk kelas.
Melihatkan guru sedang sedap menjamu selera, murid-murid pun mulalah 'bermain'. Kalau guru masuk kelas pun cuma bagi latihan, lepas itu mereka akan keluar dari kelas dan sambung duduk di dapur.
Wujudnya PPM membuatkan guru sekarang lebih rileks. Diharapkan Kementerian Pelajaran memandang serius perkara ini.
PPM KELIRU
Johor Bahru
Utusan Malaysia Online: 23 Disember 2009
3 ulasan:
wah wah PPM ni sedap je bantai guru.. nama pun pembantu guru kn?
mungkin anda juga nak jadi mcm PPM di tempat saya yg cuma memasak je kerjanya, lepas tu tgk TV smpi balik
pembetulan. PPM bermaksud Pembantu Pengurusan Murid Asrama atau Pra-sekolah.
Iya makluman lg ya ppm bkn pembantu guru tp pmbantu pngurusan murid!
Catat Ulasan