SAYA amat bersetuju dengan luahan oleh Cikgu Ju, Rawang Selangor tentang Nasib Guru Siswazah di Sekolah Rendah. Saya merupakan kumpulan guru siswazah DG41 yang pertama ditempatkan di sekolah rendah pada 1 Januari 2004 di Pahang. Bangganya saya apabila berjaya dilantik sebagai guru berijazah setelah tamat pengajian di USM, Pulau Pinang.
Namun, persoalannya guru besar yang mentadbir di sekolah saya hanya mempunyai diploma dan berada pada gred DG34. Logikkah seorang ketua memiliki kelayakan dan gred yang lebih rendah berbanding guru yang ditadbirnya.
Adakah 'situasi abnormal' ini wujud di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia?
Adakah gred pengarah pelajaran negeri lebih rendah daripada gred timbalan pengarahnya? Mustahilkan! Tetapi hal pelik ini telah lama berlaku di sekolah rendah.
Jadi saya meminta agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat 'celikkan mata' dan mengambil tindakan proaktif mengatasi 'isu pelik tetapi benar' yang 'menghantui' guru siswazah di sekolah rendah sekarang.
Sepatutnya guru siswazah DG41 yang telah lebih 15 tahun berkhidmat sebagai guru bukan siswazah dahulu diberikan jawatan guru penolong kanan atau guru besar.
Barulah taraf pendidikan di Malaysia menepati Gagasan Perdana Menteri kita, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sepatutnya berada di jawatan yang sepatutnya dengan tahap keilmuan yang dimiliki.
Guru siswazah DG41 yang penuh ilmu dan pengalaman di sekolah rendah tentunya memiliki 'ramuan' yang lebih baik untuk meningkatkan tahap kualiti pendidikan di negara kita.
Proses ini merupakan suatu proses yang normal dan sihat ke arah melonjakkan taraf keilmuan pendidikan semoga bidang pendidikan di Malaysia dapat 'duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi' dengan negara yang lebih maju daripada kita.
Saya berharap Menteri Pelajaran membuat tindakan untuk menyelesaikan kemelut guru siswazah DG41 di sekolah rendah sekarang. Semoga langkah yang diambil mampu memperkasakan lagi profesion perguruan yang telah saya ceburi lebih 20 tahun lalu.
CIKGU ZAM
Kuala Berang, Terengganu
Utusan Malaysia Online: 17 Disember 2009
5 ulasan:
sedih juga rasanya bila dah 20 tahun mengajar di sekolah rendah, tapi masih cikgu biasa hanya kerana dilantik ke dg 41 lebih awal dari sampai senioriti untuk naik pangkat sebagai penolong kanan, sedangkan rakan2 dg32 seorang lepas seorang naik pangkat sebagai penolong kanan walaupun berkhidmat kurang daripada kami. apakah dg41 tak boleh dilantik sebagai penolong kanan di sekolah rendah ke? atau jawatan tersebut hanya untuk dg32 sahaja? cuma sekarang tunggu naik dg44 pula selepas 7 tahun berkhidmat dalam dg41, dan tentunya masih sebagai guru biasa. apa-apa pun alhamdulillah.
Walaupun sy guru siswazah yg hampir mencecah 20 thn mengjr,takda bezanya guru siswazah dn bkn siswazah dr segi kerja.Semua terpulang kpd diri sendiri bgmana melaksanakan kerja.Tp yg jelas,sy nmpk guru siswazah lbh brkira dlm kerja,mngkn mereka merasakan mereka lbh tinggi taraf dr bkn siswazah.Siapalah kita di sisi tuhan....Pada sy,tak perlu wujud jurang antara keduanya.Perbaiki tahap prestasi dn bekerjalah krn Allah
Dlm tempoh 5 tahun akan dtg, Jawatan GB/PK DGA 32, 34 dan 38 sudah tidak relevan di sekolah rendah. Sebabnya, semua posting baharu dr IPG adalah lulusan ijazah dan lebih 50% guru SR adalah siswazah. Bagaimanapun, jgn tamatkan serta merta. Jumudkan jwtn tersebut secara berperingkat-peringkat. Bagi yg dah lama berkhidmat(DG29.32,34,38),anugerahkan GURU CEMRLANG utk mereka. Utk pentadbiran: ambil guru DG 41 ke atas dgn syarat:
1. Pengalaman berkhidmat di SR lebih 15 tahun.
2. KPLI/Jqaf jangan sama sekali diberi.
3. Mesti dinilai oleh rakan setugas sekarang sama ada layak atau tidak(50%)
4. Tidak buta ICT.
5. Ada kenderaan sendiri
6. Penentuan jawatan ikut paper PTK yg diambil. Jgn pulak ambil paper P&P, pastu suruh jafi PK KoKu. Hancus.
7. Utamakan yg ada kursus kepengetuaan/GB anjuran IAB
KALAU TAK UBAH SISTEM INI, nampaknya Ketua Jabatan mempunyai Gred yg lebih rendah drp anak buah.
Rasanya tak berlaku pada jabatan kerajaan yang lain.
saya adalah produk maktab perguruan dengan sijil perguruan asas sekolah rendah aje masa tu pd tahun 1988. dah rasa berkhidmat dalam 2 skim sampailah ssm sekarang. dah berkhidmat di lebih 5 buah sekolah. sampailah sijil kami diiktiraf sebagai diploma, sedangkan pada masa tu saya belajar sendiri dan dah ada diploma. lepas tu menegak/nmelintang diperkenalkan dan saya antara yang bernasib baik pernah dapat melintang, naiklah gaji. alhamdulillah. kemudian ptk pulak diperkenalkan dan saya lulus, naik lagi gaji. dari dga29 terus ke dga32. saya terus usaha belajar dan dapat ijazah dan dapat dg41. lebih 20 tahun berkhidmat dengan 2 kali anugerah perkhidmatan cemerlang. tapi dengan pengalaman dan pengiktirafan tersebut, peluang untuk naik pangkat tertutup kerana saya ialah ppps dg41, walaupun di sekolah saya rasa peranan saya agak penting kerana di samping p&p, saya ditugaskan membantu penjadualan, susunan guru, perancangan sekolah, ict dan pelbagai tanggungjawab lagi kerana saya cikgu lama. tak apalah saya tak dinaikkan pangkat kerana saya menyukai kerja yang saya telah, sedang dan akan buat demi memartabatkan bidang pendidikan. tapi ada kebenarannya guru produk 80an berbeza dangan 90an, apatah lagi jika dibandingkan dengan 2000 ke atas. susah nak minta kerjasama dan bantuan sebilangan mereka dalam kerja-kerja sekolah, ada saja alasan. kalau di suruh menjadi ketua, cepat menolak dari menerima. jadi yang lama nilah yang jadi mc majlis, ketua persiapan majlis, jururakam, hakim pertandingan dan sebagainya. mereka nak kerja senang je, buat brosur, pamplet majlis, jadi ajk je, tak mahu tonjolkan kebolehan dan kemahiran diri. tapi tak semuanya begitu, ada juga yang dedikasi dan rajin. kalau telefon malam suruh datang sekolah pun mereka datang, kerja tak berkira, selalu minta nasihat dan tunjukajar dari orang lama.
sebagai guru tua, saya harap semua guru akan bekerjasama membantu di mana patut dan amalkan sikap proaktif dalam kerjabuat kita. akhirkata, janganlah kita menilai diri kita sendiri, sebaliknya kerjalah dengan ikhlas dan biarlah orang lain yang menilai kerjabuat kita. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Adil. wassalam.
Cg Zam, selain kelayakan akademik, mutu kerja dan pengalaman juga diambil kira sebelum seseorang itu dilantik jadi ketua.
Catat Ulasan