SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.
Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.
Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.
Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."
Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.
Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!
Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.
Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.
Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?
Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.
Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.
Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.
Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.
Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.
Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.
Utusan Malaysia Online: 29 Mac 2010
33 ulasan:
kenapa perlu cemburu? jikalau tidak ada guru, ada penulis pun boleh menulis? mmg tidak dinafikan ada guru yg goyang kaki tapi majoritinya bekerja keras.. dan bila mana majoriti pekerja kerajaan goyang kaki berehat du rumah hujung minggu, guru2 acap kali ada saje aktiviti di sekolah.. dan apabila cuti sekolah pun tak bermakna guru2 bercuti.. ada kelas tambahan dan mcm2 lagi.. guru2 bukan saja mengajar, tapi menrangkumi berbagai aspek.. apa yg diharapkan ialah kerja2 perkeranian boleh dikurangkan dan lebih baik guru2 tumpu pada tugas utama iaitu mendidik anak2 ini.. bukan sibuk mengisi data dan membuat laporan.. tanggungjawab guru amat besar, tambahan pula zaman kini yg membuatkan tugas guru amat sukar dgn pelbagai cabaran.. tapi kami tetap akn berusaha kerana guru hanya YANG MENURUT PERINTAH...
penulis perlu wat kajian dulu sebelum menulis.. saya pun bertugas di pedalaman, yg dinyatakan bahawa guru cuci kaki apabila masuk pedalaman.. itu hanya sebilangan kecil.. sedangkan kebanyakan berjuang dan bergelut mempertaruhkan nyawa dalam perjalanan ke sekolah.. saya sendiri sudah terlibat dgn kemalangan disebabkan keadaan yg amat teruk.. apa gunakan elaun beribu2 kalau keselamatan dan nyawa melayang? apa yg paling penting, kementerian pastikan keselamatan guru2 yg bertugas di pedalaman, jgn biarkan kami mati katak sajer..
Saudara juga ada menyebut, gaji permulaan.. Saya mengakui, gaji permulaan saya mendahului adik saya yang bekerja sebagai jurutera..TETAPI penulis lupa yang gaji sebagai seorang guru boleh dikakan mendatar dan selepas 3 tahun bekerja, adik saya akan mendahului saya jauh ke belakang. kenapa? kerana kenaikan gaji adalah berdasarkan pengalaman yang ditimbanya dan kemahuannya untuk menjadi lebih baik.. Saya kira, tidak perlu mencemburui gaji orang lain dan membandingkan kerana akhirnya, KEIKHLASAN bekerja yang akan ditanya di akhirat kelak.Lagipun siapa kita nak membanding jika kita tidak tahu apa yang realitinya. Lebih baik kita renung kembali siapa kita dan jauhi hasad dengki mendengki.
memang berbaloi gaji yang diberi kepada guru pedalaman kerana elaun yang diberi itu adalah tanda kesanggupan mereka berpindah dari kehidupan mewah di bandar terjun ke dunia pedalaman yang amat2 berbeza dari kehidupan biasa mereka. apatah lagi jika terpaksa bertaruh dengan nyawa..semasa melalui perjalanan yang amat menakutkan...dan mengerikan di lereng2 bukit yg hanya TUHAN SAHAJA Yang TAHU bagaimana gerunnya...para YB, tengok2lah rakyatmu di pedalaman ini..patutnya, sudah ada kampung perlulah ada jalan2 raya yang kalu tak berturappun asal beraspal jadiklah. walau bagaimanapun, kepada guru2pedalaman yang pintar2 ini malah ada guru cemerlang dari maktab dihantar ke pedalaman..ingatlah...anda bertuah kerana terpilih menjadi guru jadik buatlah tugasmu dengan sebaik2nya..jgn hanya murid tak datang kelas maka kaupun tak mahu mengajar... atau ponteng kerja dan menonton wayang di bandar..apa ni cikgu...menonton wayang time sekolah..minta cuti kecemasan ker..:)malah ada lagi yang pandai tu..berpakat dengan kawan2 seguru,dua minggu di pedalaman,dua minggu bercuti di bandar...minta tlg kwn seguru tlg ajarin murid2nya...tak berkat ooo...oleh itu guru2, beringat sebelum kena...
salam........ saya sangat tidak setuju jika penulis kata guru pedalaman cuci kaki, untuk pengetahuan semua sebagai guru di pulau, Sabah ...saya, anak isteri saya tidur dilantai beralaskan tikar getah dengan rumah guru yang usang, tengah malam diganggu khinzir dan haiwan liar lain yang 'lepak' di halaman rumah walaupun ada pagar sekolah. katil? kemudahan dalam rumah? mau tengok? datanglah sendiri ke sekolah pedalaman sabah terutama dipulau....baru anda tau hakikat sebenar. naik elaun dah rezki kami guru2 pedalaman jadi yang lain tak perlu cemburu, rezki anda akan sampai juga, kerajaan lebih tahu apa perlu dibuat. jangan kami dikritik sampai begitu sekali. kita satu kerajaan, 1 Malaysia.- Cikgu_TJ
kenapa mesti cemburu?
Mungkin kerana kebanyakan org awam atau orang2 yang tidak mengenali siapa sebenarnnya seorang guru. Jika kebanyakan mereka yang lain bekerja 8 jam sehari, guru bekerja dari pagi hingga ke malam. Kerja guru bukan hanya di bilik darjah atau di sekolah, malahan di luar sekolah. Guru bertungkus lumus menyediakan pengajaran yang akan diadakan, dan pelbagai lagi yang mereka lakukan. Yang mengatakan bahawa cikgu hanya GOYANG KAKI ialah mereka yang hanya memandang sebelah mata sahaja. Harus difikirkan juga, ranpa seseorang yang bergelar guru, siapakah kita?
Rasanya, jika tiada guru, BLOG ini juga bagaimana boleh wujud?
FIKIRKANLAH...
saya merasakan artikel ini amat berguna untuk dibaca. beban kerje guru bukan semudah yang dikatakan sebenarnya.tak salah kalau kerje perkeranian dan sebagainya dilakukan tetapi janganlan hingga mengakibatkan perjalanan P&P terjejas kerana itu adalah tugas utama kita.pihak pentabbir sekolah pula perlulah bersikap terbuka dan adil dalam pembahagian tugas agar tiada rungutan dalam kalangan guru.jika pihak pentadbir cekap dalam pembahagian tugas, rungutan sebegini tidak akan wujud.ramai guru kecewa kerana beban tugas yg tidak seimbang ini mengganggu perjalanan P& P mereka.
Kami bukan cemburu... kerja perkerani apalah sangat yang cikgu buat... masuk data bukanya semua cikgu buat kerja masuk data.sorang cikgu je... iaitu guru data.kalau guru kelas pulak tulis maklumat murid dalam buku daftar dan buku kedatangan murid.takan kerani nak buat semua kerja tu tak logik...tak kan nak suruh kerani buat laporan kot... takde kena mengena.kerani pun ada tugas yang telah di tetapkan... kami juga yang menurut perintah.kami tak kisah kalau cikgu naik gaji.kami lagi suka tapi kami ni rasa marah sikit kat segelintir cikgu yang beranggapan yang kerani tak ada keja...macam semua kerja perkeranian semua cikgu yang buat.cuba bayangkan kalau kerani tak wujud di sekolah.. siapa yang nak buat gaji.. kenaikan pangkat cikgu dan macam2 hal pentadbiran yang diluar bidang tugas guru.kami geram sebab semasa satu stesen radio buat sembang pagi mengenai kerja guru banyak.. adalah seorang cikgu ni dia boleh kata semua kerja perkeranian ni cikgu yang buat.pastu bila penyampai radio tu tanya kerani tak buat kerja tu ke... dia boleh kata tak tau..angin je saya dengar...dia cakap pandai... tapi tak fikir apa kesanya bila kerani satu malaysia dengar apa yang dia kat... marah tau... kami tau tugas dan tanggungjawab guru tu besar tapi janganlah kata macam tu... kecik hati kami... tq
Slm ziarah..
Saya juga terpanggil untuk turut mengulas disini.. Saya juga merupakan seorang guru di Kapit, wilayah paling jauh di sarawak.
Walaupun kami jauh di sarawak, namun kami dikategorikan sebagai kw luar bandar sahaja dan tak layak diberi elaun pedalaman.
Namun kami tetap bersyukur kerana kemudahan asas yg terbatas lengkap d kapit.
Namun ramai di kalangan rakan2 kami yang mengajar d sekolah pedalaman, dan kami sgt memahami situasi mereka..
Maka tidak tepatla untuk mengata yg bukan2 kpd guru2 pedalaman.. Dan guru2 lain juga turut terguris dgn kata2 tersebut..
Seperti d kapit, semua orang tak nak datang ke kapit.. Malah orang tempatan kapit sendiri pon tak nak menetap d kapit dan sanggup berhijrah ke luar utk menikmati kemajuan.. Kerana hidup d kapit sgt teruk.
Kos hidup yang tinggi d kapit walaupun statusnya di luar bandar, tetapi kos hidup d kapit melebihi dr bandar raya kuala lumpur.. Di kapit, tiada kmudahan jalan raya yg menghubungkan dgn bandar besar menyebabkan perhubungan kapit dgn dunia luar hanya dgn bot ekpress selama 3-4jam.. Sebab itu lah mengapa semua harga d kapit mahal dan menyebabkan kos idup d kapit tinggi
Sbg contoh, harga roti canai RM2. Ayam mentah RM13 sekilogram, nasi lemak biasa RM3, Dan sgala2 barangan d kapit mahal harganya. Jadi boleh dikatakan lebih baik hidup d kuala lumpur dengan hanya gaji RM2000 sebulan berbanding hidup d kapit dgn pendapatan RM3000 sebulan..
Dan guru2 d pedalaman ramai yang terdedah dgn penyalkit pelik2 teruramanya d pedalaman sarawak seperti meleodesis, dsb kerana lambat menerima rawatan akibat jauh dr hospital..
Sehingga ada yg mencatatkan kematian.. Maka elaun yg diterima tidak la seberapa jika nk dibandingkan dgn keselamatan guru2 di pedalaman.
Tujuan saya mendedahkan kisah ini bukan untuk menagih simpati, tetapi sekadar utk masyarakat hayati pengorbanan cikgu yg sanggup menempuh kesusahan, meninggalkan keluarga dan anak isteri jauh di semenanjung hanya utk berkhidmat jauh di sarawak..
artikel ni mmg dtulis atas dasar dengki..mula2 kt gaji permulaan guru dlm rm2500 campur elaun..pastu kata gaji pokok ni lagi tinggi dr eksekutif? gaji pokok + gaji permulaan campur elaun? jgn membelit la..
kedua kt guru2 pedalaman cuci kaki sbb smua dah ada..nasib dia xkata bini pun disediakan..tau ka ada guru yg terpaksa tinggal d bilik guru sbb rumah guru xcukup? ada guru yg tinggal bawah kolong kelas?
klu marah guru2 komen pasal bebanan kerja, bg lah hujah tuk buktikan kerja guru ni sgt remeh..bukan tambah fitnah yg x patut..
Saya TIDAK SETUJU dengan komen para guru yang mengatakan beban kerja mereka 'terlalu berat’. Ramai eksekutif profesion lain mempunyai tahap pendapatan yg sama dengan guru, tetapi bekerja tanpa peluang melihat cahaya matahari. Ini persoalan yg perlu para guru jawab sebelum membuat aduan tanpa pernah rasa bersyukur dengan kelebihan mereka.
Secara purata berapa harikah dalam setahun seseorang guru perlu balik ke rumah selepas waktu Maghrib/Isya’? Pulang selepas waktu Maghrib SETIAP HARI adalah kebiasaan bagi ramai pekerja pada masa kini, pendapatan mereka lebih kurang sama dengan guru.
Adakah kerana waktu rasmi guru bekerja tamat pada waktu tengah hari, para guru merasakan ’beban yg teramat berat’ apabila perlu melanjutkan kerja hingga jam 4-5 ptg?
Adakah guru merasakan pekerja profesion lain hanya ’goyang kaki’ di pejabat tanpa sebarang stress? Menguruskan orang tua degil JAUH LEBIH SUSAH drpd menguruskan kanak2 degil.
Hari cuti para guru adalah sangat banyak tetapi ramai guru yg perlu ke sekolah ketika cuti sekolah. Namun demikian, adakah jumlah cuti mereka yg ’tidak terganggu’adalah kurang daripada 18 hari dlm setahun? Pekerja profesion lain ramai yg hanya boleh bercuti 18 hari setahun.
Adakah kerana tugas utama guru ialah mengajar di kelas, mereka menganggap tugas2 di luar kelas adalah ’tanggungjawab’ yg terlalu banyak? Dalam profesion lain, spt jurutera & akauntan, tugas2 utama di ’job description’ saja sudah berjela2 panjangnya, tugas2 tambahan pula lebih banyak lagi! Kerana itulah mereka bekerja hingga tidak berpeluang melihat cahaya matahari!
Adakah guru merasakan mereka perlu diberi keistimewaan kerana peranan mereka mendidik anak bangsa adalah tersangat ’penting’? Jangan memperkecilkan jasa profesion lain! Jika semua guru mogok setahun sekalipun, tidak mustahil utk orang mendidik anak sendiri sehingga pandai. Tetapi jika jurutera minyak mogok seminggu, kereta kita tiada minyak utk bergerak. Jika pelabur mogok setahun, seluruh negara akan jatuh miskin. Jika akauntan mogok setahun, negara akan jatuh bankrap. Jika jurutera elektrik kuasa mogok sehari, seluruh negara akan ketiadaan elektrik. Jika tentera mogok seminggu, negara akan dijajah semula. Jika polis mogok sejam, jenayah akan berleluasa yg tidak terkawal. Jika jurutera di pusat rawatan air mogok seminggu, tiada air keluar daripada pili air. Jika petani mogok sebulan, kita semua berlapar sehingga mati. Jika semua peniaga runcit mogok setahun, bayangkanlah dahsyatnya perkara yg akan terjadi!
Pada pendapat saya, kemanjaan para guru adalah kerana ‘mindset’ bahawa tugas guru sepatutnya senang seperti dahulu. Jadi apabila mereka tidak dapat pulang ke rumah sebelum pukul 3 ptg, mereka mula mengadu tentang kepayahan kerja mereka. Mereka harus bersyukur bila mengetahui ramai pekerja lain langsung tidak berpeluang berada di rumah pada jam 3 ptg. Mereka harus bekerja seawal raya ketiga. Mereka bekerja di tempat berbahaya & mempunyai risiko maut! Mereka tiada wang pencen, tiada cuti lebih dari 18 hari, tiada elaun COLA, tiada pinjaman kerajaan, tiada kadar faedah pinjaman istimewa, tiada kestabilan pekerjaan, tiada kuarters dan sebagainya.
Cuma satu kekurangan besar para guru yg saya akui ialah kekurangan fasiliti dan keselesaan di tempat kerja. Kerajaan perlu memberi lebih peruntukan supaya para guru berasa lebih selesa. Tetapi jika para guru mengadu tentang ‘kepayahan kerja’, saya syorkan mereka cuba alami sendiri pengalaman “seminggu sebagai petani/akauntan/jurutera/auditor/konsultan dll.”, baru mereka tahu betapa bertuahnya mereka.
kelakar la... hik3..
perasan x org lain yang selalu kata kerja cikgu ni senang.. tapi pernah x dengar cikgu2 kata kerja lain senang?
kenapa cikgu2 x komplen kerja lain senang? kenapa dorang hanya merungut tentang kerja sendiri tanpa buat perbandingan dengan kerja org lain? sebab dorang sedar dorang x berada dalam kasut org lain..
yang peliknye, hebat betul org luar bercerita tentang profesion cikgu ni.. pernah jadi cikgu ke kalian?
oh, xperlu lah ambil berat kata2 aku ni.. aku mmg seorang cikgu yang suka merungut.. daripada korang dok kutuk2 cikgu2 kerana kata2 aku, baik korang ingat balik manusia yg dah ajar korang sampai berjaya.
xde kerja yang mudah. tapi salahkah kami nk menuntut hak kami? kami x pernah jeles pon bila pihak lain tuntut mcm2.. nape org lain jeles bila kami meminta?
salam..
mohon maaf klu t'salah..tugas guru yg dilihat oleh masyarakat luar adalah hanya mengajar.tetapi sebaliknya yang berlaku.guru bukan hanya mengajar.itu hanyalah tugas yg hakiki.mengajar,memberi latihan@homework kepada pelajar,memeriksa tugasan pelajar,menyediakan soalan peperiksaan@ujian,memeriksa kertas peperiksaan@ujian.proses pengajaran semakin mencabar pada masa kini.guru2 perlu membuat persediaan terlebih dahulu memandangkan situsasi pelajar ketika ini yang lebih mencabar.memberi tugasan mungkin agak mudah tetapi untuk memeriksanya agak sukar.berbagai2 jawapan yg diberikan.jika subjek bahasa melayu@english, memeriksa karangan amat mencabar.banyak aspek perlu dinilai dan dibetulkan serta diterangkan semula kepada pelajar agar tidak melakukan kesalahan yg sama.mengubal soalan peperiksaan juga begitu.guru2 perlu mengikuti taksonomi bloom untuk merekabentuk soalan.bukan main buat dan main hentam sahaja.sesetengah subjek mempunyai kerja kursus dan guru juga menjadi pemeriksa sebelum markah itu dihantar ke kementerian untuk dikira sebagai markah assessment bagi peperiksaan awam seperti PMR dan SPM.kdg2 pelajar tidak mahu menyiapkan kerja kursus dan guru terpaksa membantu pelajar demi menolong pelajar itu mendapat markah yg tinggi agar tidak gagal dalam peperiksaan awam. ini termasuk guru terpaksa datang diluar waktu sekolah untuk memberi peluang pelajar menyiapkan kerja kursus mereka di sekolah,tetapi apa yg berlaku kdg2 pelajar tidak dtg.belum kes disiplin lagi yg perlu ditangani.kes disiplin bukan terletak di atas guru disiplin sahaja.guru disiplin hanya jawatan yg diberi kuasa untuk menghukum tetapi semua guru dikehendaki bertindak mengawal disiplin.ini bukan kerja mudah memandangkan pelajar sekarang banyak terlibat dengan jenayah.jika terdapat aktiviti disekolah,guru adalah pengelolanya seperti kokurikulum,sukan, kem kecemerlangan dan sebagainya.aktiviti ini memerlukan kerja yang banyak seperti kerja2 sebelum,semasa dan selepas aktiviti berlangsung. apabila semakin hampir dgn hari peperiksaan,guru2 membuat kelas tambahan dan sebagainya.kdg2 guru dikehendaki menghadiri kursus dan taklimat dan akan meninggalkan pelajar di sekolah.apabila kembali,guru tersebut perlu mengganti waktu pembelajaran yg ditinggalkn utk cover semula isi pembelajaran yg telah ditinggalkn kerana guru wajib menghabiskan silibus pembelajaran.report2 peperiksaan pelajar,proses pengajaran dan pembelajaran dan banyak lagi perlu disiapkn mengikut masa yg ditetapkan.ini semua adalah kerja2 guru dan banyak lg yg tidak sy sebutkan.semua kerja2 ini diluar waktu persekolahan tetapi guru2 tidak menerima elaun overtime.jadi sesiapa yg mengatakan kerja guru mudah dan menerima gaji yg banyak seharusnya berfikir semula.
saya terpanggil setelah membaca kenyataan HELMI
Saudara HELMI, sy merupakan lulusan undang2 yg telah pun berkhidmat dlm lingkungan bidang guaman itu dan juga pernah berkhidmat sbg pengurus syarikat bertahun lamanya.
Sebenarnya saudara HELMI, setelah sy memulakan kerjaya baru dlm bidang perguruan/keguruan ini..banyaklah yg sy telah pelajari dan membuka minda sy. GURU tidaklah semudah yg HELMI atau PENULIS asal berkata. Tidak mudah mengendali klien baru sy iaitu kanak kanak sekolah rendah..adalah lebih mudah mengurus org dewasa. 10tahun berkhidmat dgn org dewasa cukup tidak mudah, namun tidak seperit berkhidmat kepada kanak kanak. Tetapi keperitan itu berbalas bila mereka dapat mengenal perkataan, membina ayat, menulis dan lain lain, mampu respon kpd sesuatu pertanyaan ataupun selepas di luar kelas.
Gaji? saya setuju dgn Asyikin..kata kwn2 DG41 asalnya, setelah 10 thn baru mereka mendapat DG44..ouch!Ya betul kami balik kerja awal, namun perlu diketahui saudara HELMI dan lain lain, Teaching Aids mesti disediakn, Lesson Plans mesti ditulis/ditaip dan direkodkan segalanya. Janganlah sesiap sinikal. Setelah 2 thn bertugas sbg guru, barulah sy tahu 'lelah'nya guru itu. Kemudahan? Saya percaya ramai guru yg tidak mendapat kemudahan atau perlindungan keselamatan yg sebaiknya, namun mrk tetap berada di sana utk mengajar.
Apalah gunanya duit berkepuk jika ia tidak mampu merawat luka di kaki sbb klinik desa pun jauh, air minum pun air hujan.
Pelajaran yg sy perolehi... wang bukan segalanya. Jika wang yg saya kejar, baiklah sy berada di dunia lama. When the times come, u know that u need to move into a better world. U feel sick and needs new, fresh air to live.
I really enjoy being a teacher.
Maafkan sy jika ada yg terasa. Salam Maal Hijrah 1432
saya tidak setuju dgn pendapat guru gaji tinggi tpi keje sedikit..mcm sy ni guru pedalaman, hari2 bermalam dlm kelas kerana tiada rumah guru..nk ajar murid bkn senang, ada murid yg sudah pndai fitnah guru pun ada..jd jgnlah cemburu dgn gaji yg dimiliki guru..kami ikhlas nk ajar ank2 korang semua..tpi ada yg sangka xbaik...kami kdg2 air pun xde nk mkn n minum..jd kami redha kerna itu tugas kami..hormatilah org yg bernama guru..adakah anda diajar sek dulu oleh pensyarah terus?atau pegawai tadbir?fikirkanlah..harap semua sama bekerja dgn ikhlas utk ank bngsa..setiap drpd kamu adalah pemimpin, dan kamu akan dipersoalkan tentang apa yg kamu pimpin...tak kiralah kerani atau guru semua adalah utk ank bangsa..wallahu a'lam..
salam..
cuba bayangkan diri anda masuk ke dalam satu rumah..dipenuhi dengan 30 orang budak2 yang umurnya barulah 8 tahun..tak tahu apa2 yang tahu hanyalah main saja..kamu pula diberi tugasan mengajar xpayah susahlah..ajar sifir 2 ckuplah yang penting 30 orang budak2 ni mesti pandai..dalam 30 orang mungkin ada 4 orang yang cerdas..10 orang yang sederhana dan yang lain tu sangatlah slow nak tangkap apa yang korang ajar..kot2..no pun xkenal lagi..bila pi belakang depan main..bila pi depan tengah nangis..bila pi tengah plak yang belakang bising..hah? apa nak buat..setakat kerja lain yang ngadap benda2 mati mcm laptop..kertas2 plan sebesar alam...kat mana kamu letak kat situ jugaklah kamu akan jumpa..ini manusia..anak orang..bkn barang ker bola ker..ada kehendak dan kemahuan sendiri..nak kene ajar bagi pandai..nak jadi manusia macam lah penulis blog ni..yang tau apa itu internet dan bla..bla..bla..
agak2 susah ke tak susah..coz utk satu tajuk kecik macam ni mesti settle kan dalam masa xsampai 2minggu..seminggu mgkin masuk kelas tu 2/ 3x jer seminggu..so agak2 penulis bleh buat tak?klu bleh buat silalah tinggalkan pekerjaan anda dan sahut cabaran ini jadilah guru kpli bai..amacam..ada berani bai..ada berani tak..ini cabaran ni..orang kita ni cakap jer lebih..btul tak..?
Bagus sebenarnya penulis mewujudkan blog ini, sekurang-kurangnya guru-guru dapat meluahkan apa yang mereka rasa. Saya bukan guru dan bukan juga kakitangan kerajaan yang lain cuma menulis berdasarkan pendapat dan pandangan saya. Pada pendapat saya mereka yang mengatakan tugas guru mudah merupakan pelajar bijak semasa di bangku sekolah. Mereka hanya memahami senario kelas pandai. Dengan kata lain mereka melihat tugas guru mudah kerana mengajar pelajar senang saja kerana bukan susah pun pelajaran dan senang saja mereka ini faham (kerana mereka ini bijak dan ditempatkan dalam kelas pandai). Tambahan pula mereka lihat guru mudah mengawal kelas kerana bukannya pelajar membuat bising atau bermain semasa guru mengajar. Itu kerana apa yang mereka lihat semasa belajar di kelas pandai tetapi mereka tidak pernah lihat keadaan kelas yang kurang pandai atau lebih dikenali sebagai kelas hujung. Saya yakin guru-guru menghadapi kesukaran mengajar kelas-kelas hujung tersebut. Ini berdasarkan pemerhatian saya kepada anak-anak jiran saya yang sangat nakal atau lebih tepat lagi liar. Merokok, mencuri, hisap gam, seks bebas, merayau-rayau, ganas, vandalisme dan bermacam-macam lagi walaupun masih bersekolah. Mereka tidak takut kepada ibu bapa malahan melawan pula. Saya selalu berfikir bagaimanakah keadaan mereka di sekolah..bagaimakah pula ketika di dalam kelas semasa guru mengajar..lagi-lagi pula jika guru perempuan yang masuk ke kelas. Kalau dengan ibu bapa pun tidak hormat apatah lagi dengan guru-guru. Tambahan pula mereka ini cenderung melakukan sesuatu yang ekstrim bagi membuktikan keganasan mereka. Dengan kata lain mereka merasa bangga jika berjaya menggertak, memalukan, melanggar peraturan sekolah atau membuat guru menangis. Saya tidak tahu bagaimanakah guru-guru mampu menangani masalah tersebut. Mesti mereka berasa sangat stress. Pada pandangan saya jika kakitangan kerajaan yang lain yang berurusan dengan orang tua keras kepala mungkin sekali atau dua atau tiga kali saja mereka berjumpa..tapi guru perlu berjumpa dengan pelajar yang sama setiap hari selama setahun..silap-silap jika ditakdirkan tahun depan mengajar lagi pelajar tersebut..kasihannya. Jadi pada pendapat saya tidak wajarlah mempertikaikan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada guru..guru banyak berkorban. Guru mogok kita boleh ajar sendiri anak kita. Betulkah? Mungkin kita pandai matematik dan sains tapi mata pelajaran lain seperti sejarah, geografi, ekonomi kita tidak tahu. Memang kita boleh baca balik buku dan ajar tapi ada masakah kita..kita perlu bekerja lagi dan jika anak kita ramai..fuh penat mahu ajar semua. Lagipun itu kita ibu bapa yang terpelajar. Bagaimana pula dengan ibu bapa yang tidak terpelajar. Kesimpulannya tidak wajarlah mempertikaikan kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada guru..mereka sudah banyak berkorban dan berjasa. Kini anak saya sudah menjadi doktor dan jurutera sekaligus hidup saya sudah jadi senang menumpang kesenangan anak-anak. Semunya atas jasa guru-guru. Saya yakin anda semua pun bakal merasa hidup seperti saya dan pada masa itu anda akan berterima kasih kepada guru-guru yang mengajar anak-anak anda.
kalau bab gaji cikgu jer, mesti bising di seluruh dunia...adakah mereka tidak tahu tugas dan amanah guru memang berat. dan bagi seorang guru, itu sudah menjadi niat yang ikhlas utk berbakti pd masy, agama dan negara sebelum mereka disahkan jawatan sebagai guru atau sebelum isi borang ipta untuk ambik Kursus Pendidikan. (jangan persoalkan ini) jika saya kaitkan dengan pengorbanan seorang guru. Saya nak nafikan bahawa guru pedalaman goyang kaki. Ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab. adakah anda tahu kehidupan mereka bagaimana? makan, minum, tmpat tinggal mcm mana?jika ada anak isteri yg ikut mcm mna keadaan mereka?jika isteri dan anak2 tidak ikut ke pedalaman, bagaimana tuntutan batinnya?maka fikirlah~~~
Amboi3x...mudah sungguh encik hilmi berkata2.
Tugas guru :
isi buku rekod kdtgn pljr,
tulis lesson plan,
sediakan bahan bantu mengajar(guna duit sendiri),
tanda buku pelajar (purata seorang guru mengajar 6-8 kelas. Satu kelas 2 buah buku),
Seorang guru ajar at least 3 subjek berbeza (kena buat ulangkaji dan sediakan bahan berbeza?,
aktiviti kokurikulum (sukan, unit beruniform, permainan) setiap minggu,
mesyuarat selepas waktu kerja di sekolah, di PPD, di JPN atau di tempat lain,
membuat kertas kerja, minit mesyuarat,
menguruskan fail peribadi murid,
menanda kertas exam, isi markah dlm SAP,
menguruskan maklumat kesihatan pelajar,
mengisi maklumat disiplin melalui e-disiplin,
mengawal kelas (menjadi lebih teruk jika sekolah tu pelajarnya bermasalah mcm sekolah saya),
masuk kelas utk relief,
menguruskan pinjaman buku teks pelajar (awal dan akhir tahun),
mengeluarkan duit sndiri utk hiasan kelas,
membuat analisa keputusan peperiksaan,
menjalankan tugas tertentu (SPBT, kantin, tandas, kebersihan,data, buat relief dll),
kutip duit yuran,
hubungi ibu bapa pelajar (dimarahi, diperli, ditengking oleh ibu bapa),
Periksa kerja kursus pelajar,
hadiri kursus luar waktu kerja,
bawa pelajar utk aktiviti kokurikulum,
sediakan laporan,
bertugas harian/mingguan (kena isi maklumat dlm buku dan periksa maklumat2 penting),
e-learning bla bla bla
aduhhhh banyak btol la...x larat dah. Gaji pokok tak termasuk elaun ye...
Kami x pernah pertikai kerja lain, jadi jangan pertikai kerja kami.
Saya mengajar di sekolah yang majoriti india, pelajarnya ganas dan kerap mengasari cikgu. Ia sudah cukup mengerikan.
Tahniah kepada guru2 yang berjaya mengharungi rintangan ini.
Kepada bukan guru, buat la kerja anda, jangan sibuk nak pertikai kerja lain.
Cuba u dtg sekolah saya n cuba mengajar sehari. Sebelum ni cikgu ganti dtg mengajar sehari,terus x datang2 lagi.
Renung2 kan...
lagi elok, awak tak payah antar anak dtg sekolah, ajar anak sendiri je. Nak tgk hasilnya.
TQ
Apa bezanya guru mengajar di pedalaman dengan guru di bandar? Sepatutnya guru di bandar diberi elaun tambahan sebagaimana dinikmati oleh guru di pedalaman. Guru di pedalaman dapat membeli sebuah HILUX dalam masa setahun mengajar di pedalaman yang ada jalan raya. Namun guru yang mengajar di bandar, susah nak beli kenderaan macam tu. Guru di pedalaman mendapat elaun RM1000 - RM1500. Beri elaun tambahan juga kepada guru di bandar.
ha ha ha...tergelak sy membaca luahan penulis asal...dan en hilmi...dahsyat kedengkian anda berdua....sya tumpang kasihan sama kalian..menulis meletak kan otak di kepala lutut...memang kelapa mudalah kamu berdua...
sy juga seorg guru..semenjak sy menjadi guru 10 tahun yg lalu..sampai sekarang masih lg seorg guru..saya masih memabaygnkan..kalau bukan kerana seorg guru, sy sekarang tak mungkin pandai membaca, menulis, mengira..
sy guru lg tak mampu nak ajar anak sendiri utk membaca, menulis, dan mengira...terima kasih rakan rakan guru...atas jasa baik kalian...mereka berdua mmg tak tahu akan profesian perguruan..bukan mudah spt yg dikatakan...bukan mudah ..bukan mudah..bukan mudah...macam ini lah...jgn hantarin anak kamu berdua ...ke sekolah...biar diajarin sendiri oleh kamu...jgn minta pertolongan guru....tolonglah...tolonglah...sebenarnya sy cukup benci melihat kalian...mengajar dibandar dan diluar bandar...jauh perbezaannya....jgnlah jadi bodoh...dek kepandaian kamu...jgnlah pula kamu sombong kerana sekarang kamu sudah menjadi bijak....kalau bukan kerana guru...kau mungkin tak kenal akan huruf yg kau tulis..PERCAYALAH...terjunlah dulu ke bidang perguruaan lepas tu baru cakap....
kerja guru tak pernah habis...memang tiada perbezaan antr guru bandar dan luar bandar....kalau inginkan rm500, 1000, 1500...letak nama anda, berkhidmat di mana skrg...sy aturkan anda ke kawasan pedalaman supaya anda dapat menikmati kemudahan tersebut...tak perlu dengki mendengki....bukan semua guru dapat menyesuaikan hidup di luar bandar...sama juga...tidak semua guru diluar bandar dpt menyesuaikan hidup di bandar...sama2lah warga guru sekalian...bersatu hati...tingkatkan prestasi...kurangkan konstoversi...
ko tu mmg jeles x bertempat. ko tahu kenapa aku marah n geram sangat dgn ko?? sbb aku seorang GURU. mungkin ko boleh kata bahasa aku kurang ajar tapi ADA AKU KISAH?? Kalau org yg bukan dalam bidang perguruan, mereka akan hina dan maki guru. sebab apa...sebab dorg rasa cikgu goyang kaki kat sekolah.. halo encik, meh datang sekolah dan tgk sendiri apa cikgu buat. penuh fail atas meja. dgn buku adab belajar, PLBS, PEKA, JQaf, SEGAK, fail meja, dan lain2. itu baru berkaitan dengan murid. Ko x fikir dengan jawatan kuasa sekolah yang cikgu2 kena paksa rela sertai. dengan kursus sana sini. Ko belum fikir yang aku membuang masa aku dtg sekolah waktu petang untuk melatih anak murid untuk sukan pasukan sekolah. tp bg aku itu bukan buang masa sbb aku rasa tanggungjawab. iNGAT SEMUA TU DAPAT DUIT O.T KE?? CLAIM?? bANYAK benda lagi aku nak bebel kat ko. tp sebab ko bukan seorang guru, ko x kan paham beban kami sekarang. belum ko tahu kat sekolah jadi pengasuh dan doktor x bertauliah. aku ni merangkap tukang kebun tau gelek padang even aku cikgu perempuan. tp ADA AKU KISAH??
klu harga barang naik..gomen suka buat comparison dengan negara2 jiran..tp lupa utk buat comparison gaji2 kakitangan kerajaan negara2 yg dibanding..klu nak tahu gaji guru di Singapore antara tertinggi dlam perkhidmatan awam..jadi harga barang yg mahal di negara sana setimpal dgn gaji yg diterima..tpi di sini?????
harga barang naik sokmo..klu buah graph dengan kenaikan barang vs kenaikan gaji aku rasa mmg x der la..
penulis yg kecewa tidak dapat kerja sebagai seorang guru ni...bodo
ayat pertama yang diturunkan merupakan surah al-alaq merupakan surah yang menuntut kita mencari ilmu...dalam al quran juga ada menyebut bagaimana tingginya kedudukan seorang guru selepas ibu dan bapa kita...menghormati guru adalah satu kewajipan...dari sini kita dapat lihat betapa mulianya kedudukan seorang guru di sisi islam...mengapa dikatakan guru itu mulia..kerana banyak amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka...jika ada yg tidah menunaikan kewajipan mereka maka bersedialah menjawab di akhirat kelak itu pun sy pasti hanya segelintir yg berbuat demikian..jangan hanya nila setitik rosak susu sebelanga...sebelum penulis berhujah dalam penulisannya perlulah berfikir terlebih dahulu...tiada apa yg perlu dicemburui jika dibandingkan dengan amanah yg dipikul oleh seorang guru
Assalamualiakum Saudara saudari hamba Allah sekalian.
Sesungguhnya Allah itu amat Kaya dan Maha Mengetahui tentang apa yang diciptaNya. Segala kejadian yang berlaku tentu ada hikmahnya. Setiap manusia diberi tanggungjawab dan diberi rezeki atas kehendakNya. Ada yang dapat banyak dan ada yang sedikit. Jika ada diantara kita yang dapat banyak, diminta pula untuk berkongsi dengan manusia lain. Maka tidak perlulah kita behasad dengki jika kita tahu kita dijadikan semata-mata mengabdikan diri kepada Allah. Yang penting tanggungjawab yang diamanahkan dilaksana sebaik mungkin. Tak kiralah kerja apa pon. Yang pastinya semuanya Lillahitaala.
Jadi ikhwanamuslimin, berbaktilah kamu kepada Allah dengan sesungguhnya. Dan janganlah kamu bercerai berai. Bertakwalah kepada Allah dan sentiasalah bersyukur diatas nikmat pemberianNya.
Alhamdulillah.
Cikguku dah ramai yg meninggal, sampai skg aku masih ingat cikgu yg ajar aku a b c, terimakasih cikgu semoga cikgu ditempatkan bersama org2 yg soleh
penulis ni msti mtk nk jd guru pastu xdpt..2 psal dia cmburu...cuba kl gaji dia naik..hampeh pnya org
slamat ptg smua...terlebih dahulu ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada guru - guru semua kerana telah membuka minda dan mata saya...
pertama sekali... janganlah marah penulis ini dengan perkataan "bxxxh"..kerana apa yg diucapkan guru itu sebuah doa...sebaiknya kita doakan semua pihak membuka minda dan rasa masing - masing mengenali profession masing - masing...tidak perlu cemburu kerna ia menyakitkan shja...Sama - sama lah kita mendoakan ke arah kebaikan ya...
Kdua, bukan semua guru akan mnyuarakan apa yg mereka rasakan...tetapi bila sesetengahnya bila menyuarakan apa yg mereka lalui...ramai pula yg melenting... seorang guru memang suka berkongsi apa yg dia rasakan tetapi ia x bermakna supaya org mengasihaninya...cukuplah sekadar memahami...
ketiga...dulu..selepas dapt keputusan cmerlang...sy sndiri bercita - cita menjdi seorang doktor..tetapi atas kehendak Tuhan... sy berbual - bual lah dengan guru yg ajar sy Biologi...beliaulah yang membuka minda sy bhawa pekerjaan seorang guru ini bukanlah mudah seperti yg dilihat...wlau sesukar mana pun benda yg dilalui..seorang guru kena sentiasa positif berhadapan dengan semua orang...kerna dia adalah guru...
jadi...janganlah mencemburui apa yg berlaku sekarang ini...jika anda berjumpa dengan seseorang yng benar2 guru...maka anda akan memahami jua apa yg sy katakan disini...:)
Sebenarnya gaji RM2500 permulaan untuk seorang guru itu masih rendah berbanding dengan gaji guru yang bekerja sepenuh masa di Pusat Tuisyen atau rumah sendiri. Gaji mereka RM4000 keatas setiap bulan. Bekerja sendiri lagi tinggidan lumayan dari bekerja dengan kerajaan.
Catat Ulasan