SATU insiden berlaku di sebuah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Sekumpulan pelajar meminta dibatalkan Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) selama seminggu gara-gara acara sukan di sekolah kebangsaan.
Begitu pun, guru agama yang mengajar Kafa membuat rayuan supaya perkara itu dirundingkan kerana dalam perancangan mereka peperiksaan Kafa dibuat pada minggu berikutnya. Malangnya perkara itu tidak diendahkan termasuklah ibu bapa pelajar sendiri. Hal ini amat menyedihkan.
Aktiviti kokurikulum di sekolah kebangsaan penting, tetapi menafikan waktu pelajar mengikuti kelas agama di sebelah petang selama seminggu amat tidak patut. Guru sekolah kebangsaan harus merangka aktiviti kokurikulum supaya semua pihak mendapat hak yang sepatutnya.
Adilkah bagi guru Kafa apabila pelajar tidak hadir semata-mata diwajibkan bersukan? Perlu difahami, kelas Kafa adalah satu-satunya kaedah menambah dan memantapkan ilmu agama dalam diri pelajar kerana subjek Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan sangat terhad.
Pihak sekolah kebangsaan dan pengelola kelas Kafa (Jabatan Agama Islam negeri biasanya), perlu duduk semeja bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik. Semoga perkara ini dilihat sebagai suatu hal yang serius. Semoga insiden seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
HANAFI ISA,
Sentul, Kuala Lumpur.
Berita Harian Online: 10 Mac 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kelas KFA ata SRA di negeri-negeri tertentu wajar dikaji semula sistem persekolahan mereka khasnya di selangor. Terlalu membebankan murid. Contohilah negeri JOHOR.Model terbaik. INGAT... bukan agama yang membebankan tetAPI sistem pendidikan itu yang membebankan.
sepatutnya sistem persekolahan sekolah kebangsaan yang patut dikaji semula,disana yg murid mendapat beban yang lebih,pagi petang ada aktiviti,malah ada yg sampai ke malam.
Catat Ulasan