2010/10/26
BERIKUTAN minat yang mendalam dan hasrat yang tidak kesampaian untuk bergelar seorang guru, menyebabkan saya memohon jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Alhamdulillah, berkat doa yang tidak putus-putus, akhirnya saya diterima mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Hulu Selangor.Walaupun tidak mendapat jawatan tetap, tugasan rasmi seorang guru saya laksanakan dengan penuh ikhlas dan dedikasi. Saya menyedari, GSTT seperti diibaratkan seperti ‘telur di hujung tanduk’ dengan khidmat kami boleh ditamatkan pada bila-bila masa, seperti tertera di dalam surat lantikan.
Namun, persoalan yang sering bermain di minda, ke manakah arah tuju GSTT seperti kami ini? Saya dan guru GSTT terlalu ingin menjadi guru tetap. Namun rezeki masih belum memihak kepada kami. Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) masih belum menjadi rezeki kami.
Menyakitkan hati apabila mendengar kawan-kawan yang terpilih menjadi guru tetap apabila mereka mengatakan bahawa mereka ‘suka-suka mohon dan dapat’. Alangkah baiknya jika kami yang benar-benar berminat ini di tempat mereka.
Kepada pihak kementerian, kami merayu, tolonglah kami guru GSTT yang benar-benar berminat ini untuk menyertai Kursus Dalam Cuti (KDC) walaupun kami tidak mengajar kelas pendidikan khas ataupun berilah keutamaan kepada kami bagi mengikuti DPLI dan KPLI.
GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH,
Hulu Selangor, Selangor
Berita Harian Online: 26 Oktober 2010
5 ulasan:
kami yg guru GST ni lagi la x dpt posting. xtau bila nk posting...sudah tggu lama sgt~~ nk mohon gstt dorg ckp x perlu...kpd pihak2 tertentu, beryukur la dpt gstt yer....
bersyukur*
kiranya guru GSTT je la yg sangat minat menjadi guru ye, org lain semuanya tidak berminat dan tidak ikhlas... jika begitu singkatnya pandangan anda, jgn hairan mngapa anda masih x ditakdirkan jadi guru tetap
kepada guru yahya...jangan ler berlagak sombong membuat ulasan.mengapa memandang sinis guru gstt?bagaimana jika anda ditempat mereka?
biarlah saya coretkan sedikit kisah isteri saya.
cita-citanya tertulis di dalam buku rekod murid dari tahun satu hingga tamat tingkatan 5 hanyalah ingin jadi guru. tapi sayang permohonan masuk ke maktab selepas tamat tingkatan 5 tidak berjaya. selepas tamat diploma isteri mencuba lagi mohon kursus perguruan peringkat ijazah...juga tidak berjaya. Selepas tamat ijazah mencuba nasib lagi melalui kpli dan dpli.juga tidak berjaya.sudah 6kali mohon kpli dan 6 kali juga mohon dpli. isteri pernah bertugas sebagai HR Executif bergaji lebih besar dari guru...tapi berhenti apabila diterima menjadi guru gstt. betapa gembiranya isteri saya waktu itu.sudah 2 tahun setengah mengajar sebagai guru gstt. apabila mendapat khabar guru gstt akan ditamatkan kontrak pda bulan november isteri menjadi sedih. pada masa yang sama isteri mendapat tawaran sebagai Pembantu Pengurusan Murid.Terpaksa terima walaupun bergaji spm. dah ler kena berjauhan dengan suami dan anak-anak.gaji yang ada cukup-cukup untuk belanja harian, sewa rumah dan sedikit untuk ibunya di kampung yang semakin uzur.hati isteri terubat juga bila budak-budak pra sekolah masih memanggilnya cikgu.Tiba-tiba sekarang ini pula kementerian nak serap guru gstt...hancur luluh hati isteri. Asyik bersedih jer sejak berita guru gstt ini bakal diserap dihebohkan. manakan tidak, kawan-kawan yang sama-sama berkhidmat dengannya telah dicalonkan nama untuk diserap. sampai bila cita-citanya untuk jadi guru akan tercapai? (sesiapa boleh bantu merialisasikan impian isteri saya untuk menjadi guru, emailkanlah kepada saya di jabat_mesra@yahoo.com. saya pun dah runsing dengan sikap fanatik isteri yang ingin menjadi guru)
Guru Yahya...
Jangan rasa semua guru lepasan diploma atau ijazah pendidikan itu baik, amanah melaksanakan tugas dan ikhlas mengajar...tengok-tengoklah guru lepasan pendidikan di sekolah cikgu...baikkah mereka? baguskah mereka? Ikhlaskah mereka?layakkah mereka bergelar guru.
Cikgu Yahya...
Jika ada guru gstt yang malas,tak pandai mengajar,suka bersembang...janganlah salahkan mereka 100%. fikirkanlah mengapa mereka boleh jadi begitu...tentu mereka berani berbuat demikian kerana persekitaran mereka begitu. guru-guru sekolah di situ pun sama kaki ponteng masuk kelas, tak buat rph, tak beretika.jika disekolah tersebut terdapat guru yang bagus...tentulah guru gstt tidak berani buat perkara yang salah...
berkerjasamalah antara guru...tak kiralah guru tetap ke..guru gstt atau guru ganti.sama-sama mencari rezeki, sama-sama mendidik anak bangsa.
Sy pn baru je dpt jd guru tetap setelah 5 tahun menunggu.terkejut tgk surat lantikan DG41 keluar nama sy.
Catat Ulasan