Jumaat, 29 Oktober 2010

Graduan pendidikan resah belum terima berita penempatan mengajar

2010/10/29

TERLEBIH dulu diucapkan tahniah kepada semua graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan fakulti pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain di seluruh negara yang berjaya menamatkan pengajian pada Mei lalu.

Bertambah kegembiraan ini apabila semakan keputusan temu duga jawatan Guru Sandaran Terlatih (GST) baru-baru ini, memberikan jawapan positif. Begitu juga pengumuman Jun lalu, iaitu graduan pendidikan diserapkan ke jawatan tetap tanpa melalui jawatan sandaran.

Namun dalam kegembiraan merasai pakaian konvokesyen menaiki pentas menerima ‘tauliah’ mengajar, ada sesuatu yang tidak dapat meredakan kegusaran fikiran graduan pendidikan, iaitu penempatan di sekolah untuk memulakan tugas dalam bidang pendidikan.
Graduan lepasan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) yang mengadakan konvokesyen sama dengan kami sudah pun sebulan berada di sekolah.

Jika sebelum ini penempatan graduan pendidikan pada hujung tahun berakhirnya pengajian, iaitu pada Oktober, namun tahun ini tidak ada ‘ura-ura’ perkara sama akan berlaku.
Kegusaran kami bertambah apabila ada desas-desus mengatakan Kementerian Pelajaran akan menyerap Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke jawatan tetap di sekolah melalui prosedur yang akan dibincangkan.

Ia sedikit sebanyak menjejaskan peluang penempatan kami kerana ijazah yang dimiliki hanya melayakkan kami berkhidmat di institusi pendidikan seperti sekolah dan bukan dalam sektor lain.
Justeru, saya berharap agar isu ini mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran selaku ‘majikan tunggal’ untuk meredakan seterusnya menghilangkan kegusaran ini.

Penat lelah kami belajar dalam jurusan pendidikan selama empat tahun lantaran minat yang tinggi hanya akan terbayar apabila penempatan kami diumumkan secepat mungkin sebagai mana pada tahun lalu.

Bersama-samalah kita meningkatkan profesionalisme keguruan yang menjadi tunjang kepada bidang pendidikan negara.

BAKAL GURU SAINS,
Kota Bharu, Kelantan

Berita Harian Online: 29 Oktober 2010

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sabarlah, biar pertukaran guru januari 2011 selesai hujung bulan ni baru la letak guru baru posting.

Tanpa Nama berkata...

"pertukaran guru januari 2011" maksudnya? "baru la letak guru baru posting.." mmg mudah berkata....terima kasih la yer~~

Tanpa Nama berkata...

diharapkan, nasib kami bakal guru akan dibela..sudah 6 bulan kami menanti untuk ditempatkan di mana mana sekolah..tapi hingga saat ini masih lagi samar samar...

Tanpa Nama berkata...

kenapa mahasiswa aliran lain....bole amik pendidikan? senang je amik pendidikan stahun....den, jadi cikgu...x rasa ke professionalisme guru ni dah jatuh? kecewa sangat....adakah guru yg berpendidikan@keluaran IPTA tidak berkualiti?

Tanpa Nama berkata...

haah rs nye mcm da xde standard da guru ni..da mcm jd p'singgahan spe2 yg nk beralih angin(tukar pekerjaan) or kerjaya nk membantu golongan penganggur pdahal xsedar da mengabaikan mahasiswa-mahasiswa yang memang dari awal memilih bidang ni..rsnya pasni biar tahu seluruh generasi malaysia tahu jangan siapa amek bidang pendidikan dari awal..ambil je kpli atau dpli..setahun je lepastu xsampai 2 bulan da konfem posting

CHANTEEK STUFF COLLECTION berkata...

betul tu..bukan niat utk menuding jari pd sesiapa..tp sy dan rakan2 yg telah menamatkan pelajaran selama 5 tahun 1/2 di IPG juga masih belum berjaya ditempatkan ke sekolah..tak tahu dimana silapnya perancangan drpd pihak b'tanggungjawab..kami seolah-olah patah hati apabila pihak MQA mengatakan bahawa Ijazah yg kami terima TIDAK DIIKTIRAF! sangat sedih apabila memikirkan nasib kami. tambahan pula, apabila kami menelefon pihak kementerian b'kenaan isu penempatan kami, mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu menahu ttg hal ini. diharap pihak berwajib dapat mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya....