Sabtu, 2 Oktober 2010

Guru GSTT kecewa permohonan kerja lain ditolak mentah-mentah

2010/10/02

JUTAAN terima kasih diucapkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Menteri Pelajaran yang sudi mengambil inisiatif bagi isu guru kontrak dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang kini boleh dikatakan sebagai telur di hujung tanduk.

Kami kini hanya menunggu hari untuk menerima surat diberhentikan. Saya juga seperti semua GSTT yang lama berkhidmat turut menghadapi perkara yang sama.

Ada pihak yang merungut seolah-olah kami langsung tidak berusaha mencari pekerjaan lain atau hanya mengharap gaji yang boleh dikatakan pada tahap selesa. Namun ia tidak seperti apa yang dikhabarkan. Demi menyahut seruan kerajaan, kami juga berusaha mencari pekerjaan lain kerana tidak ingin terlalu bergantung dengan kerja di sektor kerajaan. Tetapi maklum balas yang saya peroleh setiap kali menghadiri temu duga adalah sangat mengecewakan.

Rata-rata menolak permohonan kami, walaupun mempunyai ijazah atas alasan pengalaman kerja yang tidak relevan dengan pekerjaan yang dimohon.

Tanpa mengenal putus asa, saya mencuba lagi mohon bagi jawatan peringkat sederhana dan rendah, namun tetap menerima nasib sama.

Kami juga dituduh cuba menutup ‘periuk nasi’ pencari kerja yang tidak mempunyai ijazah. Jadi di manakah tempat kami?
Saya antara ribuan GSTT dan guru kontrak mengharapkan ada sinar bagi kami yang seolah-olah dibuang ‘mati emak, diluah mati bapa’.

GURU BERHARAP,
Kuantan

Berita Harian Online: 2 Oktober 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

janganlah kau susah bah..TPM sudah janji kac serap kaurang terus masuk ke KDC..haraplah kalau begitu bah..

intanrohaya berkata...

tanpa kata: slam tanap kata..yer ker benar tpm ader mmberitahu akan menyerap gstt aliran perdana ke jawatan tetap melalui kdc??? biler tu???sy masuk thn ni sudah tiga tahun sy bergelargstt..apply dpli n kpli nasib sentiaser tidak menyebelahi sy..sedey sgt2 ba...

Tanpa Nama berkata...

nak serap???betulkah atau sekadar harapan palsu...bagaimana nak diserap..sedangkan surat penamatan kontrak sudah diterima.Tarikh keramatnya 31/okt/2010. Selama 3 tahun setengah berjuang sebagai guru GSTT tanpa mengira penat lelah, selama 3 setengah mengumpul pengalaman mengerah tenaga dan dikerah tenaga akhir nya terlerai jua dengan penerimaan surat penamatan kontrak. Perasaan kecewa, sedih hanya Allah saja yang tau..cuma harapan sekarang semoga Allah menggerakkan hati Menteri Pendidikan agar membuka peluang kepada GSTT untuk diberi peluang untuk terus berkhidmat sebagai guru tetap.

Tanpa Nama berkata...

jadi berusahalah mencari kerja lain di bidang masing2...dan jangan berputus asa untuk apply DPLI @ KPLI sekiranya ingin menjadi guru..itu laluan yg betul utk menjadi seorg guru...