Khamis, 21 Oktober 2010

Guru ingin maklumat pengajian

2010/10/21

SAYA seorang guru gred DGA29 yang sedang berkhidmat di sebuah sekolah kerajaan. Saya ingin mengetahui bagaimanakah caranya saya boleh melanjutkan pelajaran untuk mengambil ijazah pertama.

Kita sedia maklum yang kebanyakan universiti tempatan menawarkan peluang untuk menyambung belajar secara sepenuh masa dan separa masa.

Saya berhasrat melanjutkan pelajaran di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) tetapi pegawai yang bertanggungjawab memberitahu bahawa saya tidak layak untuk mengikuti kursus itu kerana saya seorang guru.

Beliau menyatakan saya boleh menyambung pelajaran di OUM tetapi tidak dijamin kenaikan pangkat sedangkan ramai guru yang melanjutkan pelajaran di OUM sudah pun mendapat kenaikan pangkat.

Universiti manakah diiktiraf oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) jika saya melanjutkan pelajaran secara separa masa?

GURU DGA29,
Kuala Lumpur

Berita Harian Online: 21 Oktober 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf ya... apa punya jenis cikgu macam ni. sampai tak tahu perkembangan tentang hal ni.

Cikgu, org yg sambung belajar TAK DAPAT NAIK PANGKAT. Hanya berubah skim perkhidmatan drp Bukan Siswazah kepada Siswazah.... DGA29/32 ke DG 41.

Satu lagi, benda ni jgn tulis kat akhbar. MALU betoi