Sabtu, 30 Oktober 2010

OUM tidak ada kaitan kenaikan pangkat guru

2010/10/30

MERUJUK surat 'Guru DGA29' dari Kuala Lumpur yang disiarkan dalam ruangan ini pada 21 Oktober lalu, pihak Open University Malaysia (OUM) mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau terhadap kursus pengajian yang ditawarkan oleh OUM.

Untuk makluman, OUM ada menawarkan beberapa kursus pengajian peringkat ijazah khusus untuk guru melalui kerjasama antara OUM dengan Kementerian Pelajaran. Permohonan kemasukan ke kursus pengajian ini dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), mengikut syarat kemasukan yang ditetapkan.

Secara amnya, OUM menawarkan kursus pengajian kepada sesiapa saja yang memenuhi syarat kelayakan. Bagaimanapun, bagi guru yang masih dalam perkhidmatan, mereka dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.
Mengenai urusan kenaikan pangkat pula, ia adalah di luar bidang kuasa pihak OUM. Bagaimanapun, guru yang menamatkan pengajian di OUM boleh membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Diharapkan penjelasan ini dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh Guru DGA29 dalam membuat pertimbangan untuk menyambung pengajian.

Jika Guru DGA29 memerlukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pendaftar OUM melalui e-mel (kamariah@oum.edu.my). Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah kami hargai dan sanjung tinggi.

DATIN TEH RAQAMAH ABDULLAH,
Pengarah Unit Perhubungan Korporat OUM.


Berita Harian Online: 30 Oktober 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CIKGU YG TULIS komen dlm paper ni memang mangkok. Samapi tak tahu perkembangan dunia perkhidmatan pendidikan sendiri.
kalau macam ni la.. tak payah sambung belajar lah.... buat malu kaum guru je.

Tanpa Nama berkata...

Hi cikgu..dia bukan mangkok tapi OUM yang tidak faham bunyi surat. Maksud cikgu ini ialah bila memohon dari DG29 ke DG41 Degree yang dipegang oleh cikgu ini tidak diiktiraf oleh JPA. Jadi, siapa salah bukan cikgu itu yang mangkok tapi OUM yang menawarkan kursus yang tidak mendapat pengiktirafan oleh JPA dan KPM sendiri. Ini menyebabkan guru berkenaan kecewa kerana selama ini antara OUM dan KPM ada persefahaman MOU tetapi apa yang terjadi ialah guru ini hanya membuang masa belajar dan buang duit bila memeohon ke gred DG41 ada masalah pengiktirafan..

Itule..ceritanya ...bukan mangkok..k yang mangkok lagi bahlol