Isnin, 18 Oktober 2010

Pengetua 'rasis': Tindakan dalam proses

Joseph Sipalan
Okt 18, 10
10:57am

Kerajaan dalam proses mengambil tindakan terhadap dua pengetua yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis di Johor dan Kedah dua bulan lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Mempertahankan kerajaan daripada dakwaan melambat-lambatkan perkara itu, beliau menegaskan bahawa perkara itu perlu dibuat mengikut proses sewajarnya bagi memuaskan hati pelbagai pihak.

Walaupun ada pepatah menyebut biar lambat asal selamat, perkara tersebut tidak berlaku kerana ia pertama kali berlaku, katanya ketika menjawab soalan parlimen hari ini.

Menjawab soalan tambahan daripada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Nazri menjelaskan bahawa kerajaan telah mengantung kerja dua pengetua daripada sekolah di Kulai dan Bukit Selambau.

Katanya, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk berlaku adil kepada semua pihak kerana semua bukti yang dikumpul boleh dipakai.

Sebagai contoh, tambahnya. kes di Johor melibatkan banyak saksi yang mempunyai kenyataan berbeza-beza.

Sebubungan itu, oleh kerana pegawai yang menyiasat perlu menapisnya terlebih dahulu, sudah tentu perkara itu akan memakan masa, kata Nazri lagi.

malaysiakini: 18 Oktober 2010

2 ulasan:

KotaStar berkata...

Assalammualaikum,

Terbaca ulasan sdr tempoh hari dalam blog saya, kini berkunjung ke pondok sdr pula.nampaknya dah banyak cerita perihal pendidikan. Syabas atas keprihatinan sdr dalam hal perguruan dan pendidikan.Saya harap hal ini berterusan. Ya banyak sangat hal-hal baru dan pandai-pandailah mengatasinya. I malaysia pun ada cabarannya. Salam

Tanpa Nama berkata...

Apapun bentuk tindakan yang diambil adalah berlandaskan lunas-lunas kemanusiaan.Sebagai rakyat Malaysia yang melaungkan 1Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah, menzahir jiwa damai, melahir budaya indah,kemurnian budi pekerti,kesucian jiwa,keadilan bangsa satu harapan satu impian menjadi realiti