Selasa, 11 Oktober 2011

Benci melampau

Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my

KUCHING: Akibat tidak sebulu dengan pegawai bawahannya, seorang guru besar sekolah rendah di sini, didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menceroboh sistem maklumat peribadi empat guru lain semata-mata mahu mengisi borang bagi membolehkan keempat-empat guru terbabit dipindahkan.

Perbuatan tanpa diketahui keempat-empat guru terbabit dipercayai bermula apabila guru besar berusia 53 tahun itu dikatakan memasukkan maklumat palsu dalam borang e-G (penukaran guru) selepas dikatakan mengarahkan guru yang bertugas di bahagian pangkalan data menukarkan kata laluan serta ID pengguna sistem maklumat peribadi mereka.

Kejadian berlaku sejak April lalu hanya diketahui seminggu kemudian selepas seorang daripada guru terbabit gagal memasuki sistem berkenaan.

Seorang guru terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shiela, 36, berkata, guru besar itu dikatakan tidak menyukainya kerana dia gagal menghadiri tiga aktiviti sekolah pada Disember tahun lalu atas sebab tertentu.


“Guru besar memaki saya dalam mesyuarat hanya kerana tidak dapat hadir dalam tiga aktiviti berkenaan. Saya tidak pernah menyangka masalah itu menjadi punca dia tidak menyukai saya sehingga sanggup mengisi borang pindah sekolah tanpa pengetahuan,” katanya yang sudah sembilan tahun bertugas di sekolah rendah berkenaan.

myMetro: 11 Oktober 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah kes ini terpencil, rasanya tidak. Kalaulah seorang yang bergelar guru besar boleh sesuka hati melanggar undang2 begini makna tiada guna kementerian pelajaran meningkat sistem online kerana ianya hanya mengundang penyalahgunaan kuasa oleh para pentadbir. Dalam kes ini nyata sekali guru2 menjadi mangsa. Saya percaya banyak lagi kes yg tidak dilaporkan kerana guru2 diancam. Sama mgunakan APC, LNPT, pemberian tugasan yg tidak masuk akal, pilih kasih(bulu). Apakah tindakan yg akan diambil oleh pihak berwajib? Pihak Majlis Guru Besar di Sarawak dan JPNS, pada pandangan saya patut mnyokong hukuman setimpal dgn kesalahan yg telah dilakukan oleh GB berkenaan. Andainya mereka mptahankan GB bkenaan maka, sahlah selama ini JPNS dan Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyembunyikan kepincangan dan hanya mahu dilihat sbagai CEMERLANG tetapi hakikatnya...fikir-fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai seorang guru turut merasai tekanana seperti guru tersebut. mesyuarat/taklimat, yang kerap dilakukan, biasanya untuk memaki/memarah/menyindir guru yang tak sebulu. gossip beracun sering dihamburkan bila geng-geng sebulu ini 'free' duduk and minum - termasuklah gb dan golongan pk. guru yang komited mengajar dipersindirkan dan ditekan. APC,LNPT sering diguna sebagai ancaman. tiada pembahagian tugas yang adil. Inikah golongan profesional yang melahir generasi pemimpin masa depan?

Tanpa Nama berkata...

Ok,gud idea. Lepas ni nak buat hal dgn gurubesar la. Mana tahu dapat pindah cepat. Kerja menurut perintah pun tapi dah bertahun-tahun tak dapat pindah.Baik buat hal...mana tahu lebih cepat dipindahkan.

Tanpa Nama berkata...

Saya merupakan salah seorang guru turut merasai tekanan seperti guru tersebut. mesyuarat/taklimat, yang bukan sahaja kerap tetapi terlalu kerap dilakukan, kerapkali diadakan untuk memaki/memarah/menyindir guru yang tak sebulu. Biasanya golongan guru yang "tidak sebulu" inilah ((biasanya minoriti di sekolah), merupakan golongan guru yang berdedikasi, menurut perintah, mematuhi peraturan, berdisiplin dan mematuhi semua etika profession perguruan. Namun, golongan inilah yang seringkali menjadi mangsa kepada pelbagai ketidakadilan, contohnya gossip2 beracun sering dihamburkan bila geng-geng sebulu ini 'free' duduk and minum - termasuklah gb dan golongan pk. guru yang komited mengajar dipersindirkan dan ditekan. APC,LNPT sering diguna sebagai ancaman. Saya pernah diancam oleh PK1 apabila saya tidak menerima perintah beliau untuk menyiapkan assignment PJJnya. Bayangkan seorang PK menyalahgunakan kuasa yang ada padanya.Tiada pembahagian tugas yang adil. Ada guru terlalu overloaded, sedangkan geng sebulu terlalu rilak!! Ada yang jaga kopitiam!!!! Inikah golongan profesional yang melahir generasi pemimpin masa depan?

Tanpa Nama berkata...

ramai guru sekarang tidak menunjukkan etika profession sebagai seorang guru. akibatnya masyarakat kini tidak begitu menyanjung serta menghormati golongan guru (tidak bermoral pun ada). Tiada tindakan diambil, malahan golongan inilah yang kerap mendapat APC!!!!! Malangnya bukan semua guru seperti guru-guru ini. tetapi bak kata pepatah "disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga". Kepada pihak yang bertanggungjawab, lakukan sesuatu sebelum profession perguruan hilang martabatnya di mata masyarakat umum.