HUJAH-hujah tentang pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah banyak dibincangkan di peringkat Kementerian Pelajaran dalam rundingan-rundingan meja bulat.
Demi kebaikan masa depan anak-anak kita dalam menghadapi dunia global yang kian hari kian sengit dalam persaingan, bahasa Inggeris diakui sebagai bahasa perantaraan yang paling baik dan sesuai untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Sistem sedia ada di Sekolah Kebangsaan (SK) juga tidak menafikan keutamaan dan martabat bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan sebab peratusan masa pembelajaran dalam bahasa Melayu masih melebihi peratusan masa pembelajaran dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Penentang utama PPSMI ialah wira-wira bahasa Melayu dan bahasa Mandarin.
Hanya tinggal satu hujah untuk dijaja oleh pihak penentang PPSMI ini, iaitu kononnya, pembelajaran lebih baik diadakan dalam bahasa ibunda.
Jika kita teliti, maksud bahasa ibunda ialah bahasa yang ditutur kepada kanak-kanak sejak kelahirannya.
Telah dihujahkan bahawa Bahasa Malaysia bukanlah bahasa ibunda di SK disebabkan kehadiran pelbagai bangsa di SK. Daripada segi ini, PPSMI adalah satu pengorbanan bagi bangsa Melayu demi kesaksamaan dan keadilan untuk kaum lain di SK.
Persoalan sekarang, apakah bahasa ibunda kaum Cina di SJKC? Hampir kesemua orang Cina dewasa yang penulis temui mengatakan bahawa bahasa Mandarin bukanlah bahasa ibunda mereka.
Kebanyakan anak Cina bawah tujuh tahun, tidak diajar bertutur dalam bahasa Mandarin oleh ibu-bapa mereka ketika di rumah.
Mereka menganggap bahasa ibunda mereka sama ada Kantonis, Hakka dan sebagainya. Mereka mempelajari bahasa Mandarin hanya dalam sesi persekolahan.
Jadi apakah rasional pembelajaran PPSMI dalam bahasa Mandarin di SJKC? Masyarakat umum sedar bahawa bahasa Mandarin adalah bahasa penyatuan bangsa Cina.
Ia juga polemik politik pengasingan bangsa supaya bangsa lain tidak boleh mendekati minda keseluruhan kaum Cina. Minda kaum Cina hanya boleh diasuh dan dikuasai melalui akhbar-akhbar dan berita-berita saluran Mandarin.
Inilah hakikatnya agenda penerusan sistem pengasingan kaum dan pembelajaran dalam bahasa Mandarin yang diperjuangkan oleh nasionalis Cina seperti Dong Jiao Zong dan juga parti pembangkang Cina.
Anehnya tanpa segan silu mereka memperjuangkan penyatuan bangsa menerusi bangsa Malaysia! Sungguh hipokrit!
Adakah ketaksuban mereka dalam bahasa Mandarin ini menunjukkan 'ibunda' mereka atau tanah air mereka masih seperti dalam minda nenek moyang mereka iaitu Republik Rakyat China.
Sebagai rakyat Malaysia yang menganggap Malaysia sebagai tanah air mereka, generasi baru mereka sepatutnya mengakhiri sistem persekolahan bahasa Mandarin yang ternyata sekali adalah bukan bahasa ibunda mereka. Gunakanlah bahasa Malaysia sebagai bahasa penyatuan bangsa Malaysia.
SULAIMAN MAHRAN
Kuala Lumpur
Utusan Malaysia Online: 9 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Please vist my blog on the same issues
Kalau dah tanah airnya Malaysia, bahasa ibundanya tentulah bahasa Melayu sepatutnya. Orang Cina bukan lagi imigran (pendatang) atau Cina lagi hakikatnya. Mereka telah jadi orang Malaysia yang tentunya beradat susila Malaysia. Apa rasionalnya pula sains matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) atau sains matematik dalam bahasa Mandarin (PPSMM)di negara ini. Bahasa ibunda rakyat negara ini ialah bahasa Melayu walaupun pelbagai kaum bangsanya. Itulah kesatuan warga negara.
Sejarah 13 Mei dulupun dengan kaum inilah Melayu bertragedi.
Nampaknya sekali lagi kaum Cina dan Tamil di negara ini meminggirkan diri sendiri daripada mempelajari subjek di sekolah dalam bahasa imigran dan bukannya bahasa kebangsaan negara.
Catat Ulasan