KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tidak berganjak dengan ketetapannya malah memberi kata dua kepada kerajaan untuk mempercepatkan tindakan perundangan pada 31 Disember ini jika Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan.
Ketua 2 Gapena, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata sekiranya Kementerian Pelajaran tidak mengubah pendirian mereka, persatuan itu akan meneruskan perancangannya untuk mengambil tindakan perundangan.
“Kita akan memanggil peguam termasuk Tan Sri Abdul Aziz Ahmad untuk memberi pandangan serta mengambil tindakan perun-dangan sewajarnya.
“(Kami akui) pandangan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa tindakan Gapena terlalu emosional tetapi ia tetap berlandaskan patriotisme, pembinaan negara bangsa yang bersatu padu dan perlembagaan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan,” katanya pada sidang media selepas majlis makan malam bersama media, di sini, malam tadi.
Berita Harian Online: 24 Disember 2008
Khamis, 25 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Kenapa Gapena perlu berganjak. Kerana atas isu (ilmu, sikap dan usaha)ia perkukuhkan pendirian dan jihad kita. Patutnya yang lain-lain pakat sokong ketegasan Gapena ini. PPSMI itu suatu yang karut sebenarnya kalau berhujahkan 'kemajuan'. Wujudnya pun secara tergesa-gesa (ad-hoc).
Catat Ulasan