Ahad, 8 Jun 2008

Calon IPG perlu penuhi syarat enam kredit

BAHAGIAN Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran ingin merujuk kepada surat bertarikh 4 Jun bertajuk ' Pelajar mahu penjelasan kelayakan ke Institut Pendidikan Guru (IPG)' oleh 'Pelajar Sedih, Teluk Intan, Perak'

Bahagian Pendidikan Guru ingin memaklumkan bahawa pelajar yang ingin memasuki IPG perlu memenuhi syarat kemasukan seperti ketetapan berikut:

  • Calon mesti memiliki enam kredit termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan satu mata pelajaran lain, tetapi `Pelajar Sedih' hanya mendapat lima kredit.

  • Mata pelajaran Sains mesti kredit sedangkan `Pelajar Sedih' hanya memperoleh keputusan lulus. Mata pelajaran English for Science Technology (EST) tidak diambil kira sebagai satu daripada mata pelajaran Sains.
RUBAAYAH OSMAN,
Ketua Unit Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran.

Berita Harian Online: 7 Jun 2008

Tiada ulasan: