Ahad, 29 Jun 2008

Calon kursus perguruan lepas SPM boleh semak keputusan tawaran

KUALA LUMPUR 27 Jun - Calon yang memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia bagi sesi pengambilan Julai 2008 boleh membuat semakan permohonan masing-masing mulai 1 Julai ini.

Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pelajaran, Emily Clarice Jones berkata, calon-calon boleh menyemak sama ada mereka berjaya atau tidak melalui laman web kementerian di http://www. moe. gov.my.

''Calon yang berjaya hendaklah mencetak surat tawaran sementara dan membawanya pada hari pendaftaran.

''Mereka juga hendaklah meneliti dan mematuhi semua arahan yang digariskan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kegagalan mematuhi arahan tersebut, jelas beliau akan menyebabkan calon yang berjaya hilang kelayakan untuk mendaftar di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Utusan Malaysia Online: 28 Jun 2008

Tiada ulasan: