Rabu, 18 Jun 2008

GSTT layak mengajar

KUALA LUMPUR: “Walaupun guru sandaran tidak terlatih (GSTT), mereka layak mengajar di sekolah kerana kita (Kementerian Pelajaran) memerlukannya bagi menampung masalah kekurangan guru.

“Inilah tindakan segera daripada kementerian bagi mengimbangi kekurangan ini sekali gus memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelajar dan murid sekolah rendah di seluruh negara,” kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail.

Beliau berkata, meskipun ada ibu bapa ragu-ragu mengenai keupayaan guru sandaran, pihaknya terpaksa meneruskan pengambilan tenaga pengajar tidak terlatih itu bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar.


myMetro: 17 Jun 2008


Tiada ulasan: