Jumaat, 7 Januari 2011

Jawatankuasa khas kaji novel Interlok

RAUB 6 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran mengkaji semula penggunaan novel bertajuk Interlok sebagai buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah mulai tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.

"Beliau yang juga Menteri Pelajaran berharap kajian itu akan merumuskan satu keputusan yang baik bagi memuaskan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali dekat sini hari ini.

Menurut Mohd. Puad, jawatankuasa itu akan menumpukan pada dua halaman yang dikatakan menyinggung perasaan kaum tertentu iaitu pada muka surat 211 dan 220.

"Hanya dua pilihan yang akan ditentukan sama ada tarik balik buku tersebut atau gugur perkataan yang dikatakan menyinggung perasaan itu," katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mendakwa, buku teks sastera tingkatan lima itu mengandungi unsur sensitif yang boleh menyinggung perasaan sesetengah kaum.

Mohd. Puad menjelaskan, novel itu telah melalui saringan yang ketat menerusi empat jawatankuasa pemilihan sebelum dijadikan buku teks sekolah.

"Sepatutnya ia bukan sesuatu yang boleh dijadikan isu oleh sesetengah pihak kerana pemilihannya untuk dijadikan teks sekolah agak ketat.

"Sepatutnya pihak yang mempertikai novel itu membaca dahulu novel terbabit sebelum mempolitikkannya," tegasnya.

Tambahnya, penulis buku terbabit juga tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak tetapi ia dipolitikkan oleh pihak yang berkepentingan.

Menurut beliau, novel karya Abdullah Hussain itu hanya digunakan oleh pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Utusan Malaysia Online: 7 Januari 2010

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lain kali sebelum diterbitkan menjadi taks komsas,KPM mesti kaji.tapis,edit dulu isi kandungan hasil sastera berkenaan, taklah jadi mcm ni.Kadang2 tak cerdik juga org di KPM.Apalah kerja dia yer?Mkan gaji buta ka?
Ingat tak rugikah buku dah dicetak tiba2 kena tarik balik...BODUsssnya.Habis duit rakyat.Lain laki suruh jer guru2 di sekolah semak/kaji teks sebelum diterbitkan.
Mana menteri tu?Itulah tandanya UMnO/BeeEnd serba boleh.Sedih dan malu saya jd sebahagian anggota KPM.

Tanpa Nama berkata...

Lain laki(salah eja,sori yer)

Tanpa Nama berkata...

Lain laki(salah eja,sori yer)Sepatutnya (lain kali)

Tanpa Nama berkata...

bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa kewajipan kita pada parti yang membayar gaji kita. Buku itu perlu dikaji supaya tiada elemen pembangkang, saya mendukung penuh.

En. Rasul Mat Hassan, R4

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum En. Rasul..
Bukan parti yg bayar gaji kami para guru...Tapi kerajaan yang membayar. Parti boleh bertukar tetapi kerajaan tidak. Kami tetap rakyat kerajaan Malaysia sekalipun bukan UMNO yang menang PRU nanti.So tolong jangan 'momok2'kan kami dengan isu gaji nih. Dah x laku dah..

En. Muhd Ikhbal Abd. Rahman
DG44

Tanpa Nama berkata...

Salam semua terutamanya Abang Rasul,
Usahlah anggap kami ni tak tau apa2.Betul kata en Muhd Ikbal tu,gaji kami dibayar oleh KERAJAAN MALAYSIA, BUKAN UMNO/BN.Mereka tu hanya memegang tampuk pemerintahan,duit bayar gaji kita semua bukan duit UMNo/BeeEnd bahkan mereka yg songlap duit rakyat/negara tanpa pengetahuan kita,penat kita kerja dan bayar hasil pendapatan tapi semuanya habis untuk kepentingan mereka(buat projek untuk kepentingan puak2 mereka).Maaflah Abg Rasul kami bukan generasi yang sokong membabi buta kami lihat pada fakta dan realiti.
Ingat, semua rezeki yang kita dapat bukan UMNO/Bn bagi tapi ALLAH
Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Ya betul.
Saya setuju.
Tak payah dilayan pendapat En. Rasul ni.Buang masa.
Kerajaan BN bila buat sesuatu x selidik dan teliti secara mendalam.Pakai buat je...Dulu PPSMI.Sekarang ni Muhyidin nak buat KSSR.
Tapi bendanya xde apa2 lagi pun.
Banyak yg x settle lagi dah nak laksanakan.Maka pening jugaklah JU dan guru2 seluruh negara nak jayakan.Kata nak kurangkan beban guru.Akhirnya bukan mengurangkan, tapi menambahkan lagi aderlah..