Isnin, 3 Januari 2011

'Penempatan guru BI mesti diselesai'

Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2011/01/03

Lok Yim Pheng
Lok Yim Pheng
NUTP dakwa pendekatan JPN tidak profesional, notis perpindahan diberi terlalu singkat

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran menangani isu penempatan semula guru bagi menampung kekurangan guru bahasa Inggeris (BI) secara lebih profesional dengan mengambil kira kepentingan mereka.
Kesatuan yang mewakili lebih 160,000 guru turut mendesak pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) berusaha meminimumkan masalah guru berikutan beberapa kerumitan, disebabkan kegagalan membuat semakan terperinci berhubung kedudukan dan keadaan guru termasuk ada antara mereka bukan guru opsyen bahasa Inggeris.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata secara prinsipnya NUTP dan semua guru tidak pernah membantah penempatan semula guru kerana sudah diketahui awal dalam usaha menjayakan matlamat Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Bagaimanapun, katanya kaedah dan pendekatan yang digunakan tidak profesional termasuk tidak mengambil kira aspek kemanusiaan dan notis perpindahan yang terlalu singkat.

Katanya, NUTP yakin isu penempatan semula guru bahasa Inggeris akan dapat diuruskan dengan baik jika wujud situasi menang-menang antara JPN dan guru.

“NUTP tidak pernah mempertikaikan dasar kementerian dalam menjayakan MBMMBI tetapi kita mempertikaikan kaedah mengeluarkan guru daripada sekolah asal yang dilihat tidak menjaga maruah golongan berkenaan. Kementerian atau JPN perlu memberi ruang kepada guru merayu terutama bagi kes luar biasa,” katanya semalam.
New Sunday Times semalam melaporkan Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan pemindahan guru bahasa Inggeris ke sekolah yang berdepan masalah kekurangan guru mengajar mata pelajaran berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata, ketika ini, Selangor dan Wilayah Persekutuan mempunyai bilangan guru bahasa Inggeris yang ramai dan ada yang tidak lagi mengajar mata pelajaran berkenaan kerana enggan dipindahkan.

Beliau turut dilaporkan berkata, guru berkenaan mengemukakan masalah keluarga sebagai alasan mengelak dipindahkan, selain mendakwa sudah memiliki kediaman berhampiran lokasi mengajar sekarang.

NUTP menerima banyak aduan daripada guru yang terbabit dengan penempatan semula termasuk dua kes guru hamil yang ditukarkan ke sekolah baru yang jaraknya 150 hingga 200 kilometer dengan seorang daripada mereka dinasihatkan doktor untuk tidak melakukan perjalanan jauh kerana mengalami pendarahan.

Kesatuan turut menerima aduan seorang guru wanita di Selangor yang mengajar bahasa Melayu dan sudah berkhidmat 27 tahun tetapi ditukarkan ke sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil di kawasan ladang yang jaraknya lebih 45 kilometer untuk mengajar pendidikan muzik.

Selain itu, NUTP menerima aduan guru yang hanya menerima surat penempatan semula pada 16 Disember sedangkan guru berkenaan diarah melapor diri pada 1 Disember.

Berita Harian Online: 3 Januari 2010

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH kpd JPN Selangor dan PPD-PPDnya kerana telah melaksanakan redemployment paling lewat di Malaysia. Sebab tulah haru biru kat sekolah. Bukannya menyelesaikan masalah.... tetapi menambah masalah. Yang akan menjadi mangsa ialah ....mujrid-murid kita juga.
LEMBAB....

Tanpa Nama berkata...

Dulu mana ada opsyen Sains, M3,. Masa tu . guru opsyen PM inilah yg dikerah utk mengajar semua subjek.
Bila skrg dah ada guru opsyen, Guru PM dijadikan macam bola ditendang ke sana ke mari sesuka hati.

Skrg ni pulak, Opsyen PM dah tak da kat IPG. Lagi 15 thn, masalah kekurangan guru Pm pulak berlaku. Masa tu.... guru Sains, M3, Pj pulak akan dipaksa ajar BM...

Takkanlah ini pun tak faham. Sebab itu, bila nak buat sesuatu berkaitan guru, minta pandangan guru dahulu. Jgn tanya pegawai di PPD, JPN, KPM. Mereka ni dah lam tinggalkan sekolah . Tak tahu situasi sebenar di sekolah.

pemerhati guru berkata...

owah! ini barulah dinamakan reformasi!! Dasyat, memang dasyat!!

mana perginya budak2 KPLI, guru2 bersiswazah yang baru berkhidmat? kenapa tidak dikerah tenaga mereka utk mengajar di sekolah yg terbabit? tak cukup ke? HAIRAN!!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku di kementerian yang dikatakan telah menjadi manusia sebagai insan yang berjawatan tinggi. Cikgu ajar murid 7 tahun hungga menjadi seorang Menyeri Pelajaran. Tapi mungkin "pelajaran" tu hanya datang sekolah dapat belajar sahaja. Kalau "pendidikan" mungkin lain sikit sebab datang sekolah dapat didikan.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan pegaWAI DI KPM,JPN,PPD, turut diredemployment. Biar mereka tahu susah senangnya...Yg di KPM hantar ke Perlis, JPN Selangor hantar ke Perak, PPD Sepang hantar ke Sabak Bernam. baru depa tau....

Tanpa Nama berkata...

guru kpli yg ramai2 hr tu dh dihantar ke pedalaman atau luar bandar memandangkan cikgu2 lama bnyk sgt rungutan jika ditempatkan di kawan mcm tu,maklumlah manja tau nk senang saje

Maznah bt Abdullah Sani berkata...

kesal kerana byk cikgu2 baru berijazah x minat Umno, jadi saya cadangkan agar utk mengimbangi sokongan org2 P&P yang sokong Umno, sukacitalah agar semua N19 dilantik ke N41, barulah keadilan tercapai

Tanpa Nama berkata...

AKAK ni Faham tak skim perkhidmatan antara siswazah dgn bukan siswazah.

Tanpa Nama berkata...

Hari ini, rayuan guru-guru yang ditukar secara redemployment diterima.Balik ke sekolah asal. Camna PK dan GB. Huru hara tak nak susun jadual semula. Apa pun...inilah hasil kebijaksanaan pegawai-pegawai di JPN Selangor dan PPDnya.

Tanpa Nama berkata...

penenpatan guru BI selesai... macam mana hal pertukaran guru2.. xpernah selesai...... dh 6 tahun, guna syarat ikut suami dan ada laporan pakar pun x dilayan.. kalo ada "kabel" 24 jam boleh tukar.... zalim betul KPM memisahkan pasangan suami isteri dengan alasan tiada kekosongan dinegeri yg dipohon.... daripada 800 lebih sekolah dikedah, tiada 1 pn kekosongan ke?