Khamis, 27 Januari 2011

Suami ambil cuti teman Normala kempen

2011/01/27

LABIS: Suami calon PAS, Maarof Abd Mutalib, 45, berkata beliau memohon cuti semata-mata bagi menemani isterinya, Normala Sudirman berkempen sehingga selesai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Guru Bahasa Melayu itu bagaimanapun enggan memaklumkan tempoh cutinya, sebaliknya sekadar memberitahu beliau memang sedang bercuti.

Malah, Maarof berkata, beliau sedia meletak jawatan jika isterinya menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Ahad ini.
Ketika ditanya sama beliau bercuti sehingga habis kempen pilihan raya kecil itu, Maarof menjawab: “Insya-Allah... saya mahu menemani isteri berkempen”.

Katanya, beliau merestui serta menyokong penuh hasrat Normala bertanding apabila isterinya itu memberitahu dipelawa menjadi calon PAS.

“Malah saya rela letak jawatan jika beliau menang supaya dapat selalu berada di sisinya. Saya menemankan isteri berkempen bukan mahu mengambil kesempatan terhadap tumpuan diberikan masyarakat kepadanya tetapi lebih sebagai pemberi motivasi,” katanya.

Berita Harian Online: 27 Januari 2011

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd suami Cg Normala yg sanggup ambik cuti... Cg memang seorang yg profesional...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...harap Pengarah JPN JOHOR jgnlah pulak nak ambil tindakan. Ini negara demokrasi. Mana-mana parti yg guru nak pilih, terpulang kpd mereka. Yg penting, tugas mendidik anak bangsa jgn dilupa.

Tanpa Nama berkata...

ternyata beliau belot pada parti, minta BN ambil tindakan segera. beliau engkar pada arahan pengarah dan YAB TPM yang mahukan kesetiann kepada BN.

En. Rasul Mat Hassan, R4

Tanpa Nama berkata...

En.Rasul...tulisan anda melambangkan tahap mentaliti anda.

Tanpa Nama berkata...

inilah nilai Islam yang dapat dilihat pada cikgu Maarof, berkorban cuti sakit untuk menemani isteri, x kira parti mana pun. Bagaimana pula pada cikgu2 yang cuti seminggu untuk menghadiri perhimpuanan agung di PWTC? pastinya sentiasa boleh. Malaysia Boleh!

Tanpa Nama berkata...

kesian, encik rasul,R4...macam mana nak maju kalau mcm tu...

Tanpa Nama berkata...

Kita negara demokrasi...setiap rakyat adalah bebas untuk menyokong mana-mana parti.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong suami tolong isteri. Tolong menolong amalan mulia dapat pahala. Kalau pun suami Normala tidak tolong berkempen tetapi dia kena juga menemani isterinya kemana-mana. Suamikan pelindung isteri takut nanti si YB tua-tua keladi memandang isteri en. Maarof dengan jelingan buaya darat.

Perkara ini tidak mustahil akan berlaku kerana semasa PRU tahun 1991 di Sabah pernah berlaku. Oleh kerena orang itu orang besar maka si suami yang kerdil dan banyak masalah ekonomi terpaksarela walaupun hati menangis sedih melepaskan isterinya yang cantik kerana beliau telah dijanjikan habuan yang besar.