Isnin, 3 Januari 2011

Kementerian tetap tarikh periksa 2011

Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my
2011/01/03

KEMENTERIAN Pelajaran mengumumkan tarikh peperiksaan umum yang akan berlangsung tahun ini, bertujuan memberi peringatan awal kepada calon supaya mereka lebih bersedia menghadapi ujian berkenaan.

Semua peperiksaan itu membabitkan murid Tahun Enam yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar Tingkatan Tiga serta pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, dalam kenyataannya berkata UPSR dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 13 September.

Katanya, PMR selama lima hari yang bermula 4 Oktober dan berakhir 11 Oktober, manakala STAM selama lima hari bermula 12 Oktober. SPM pula bermula pada 14 November hingga 14 Disember.

Beliau berkata, penyusunan jadual peperiksaan turut mengambil kira cuti perayaan iaitu Hari Keputeraan Sultan Johor iaitu pada 22 November (Selasa), Awal Muharram (27 November) dan Hari Keputeraan Sultan Selangor (11 Disember).

“Cuti Awal Muharram dan Hari Keputeraan Sultan Selangor yang jatuh pada Ahad, masing-masing akan digantikan pada Isnin iaitu pada 28 November dan 12 Disember 2011.

Berita Harian Online: 3 Januari 2011

Tiada ulasan: