2011/01/22
LABIS: Penyediaan garis panduan kepada guru termasuk nota kaki dan glosari antara cadangan penyelesaian Kementerian Pelajaran bagi mengelak timbul kekeliruan dan salah faham ketika pengajaran mata pelajaran sastera menggunakan novel Interlok.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kementerian akan terus mengadakan perbincangan dan dialog dengan MIC bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung isu itu dan setakat ini, beberapa perkara sudah diusulkan hasil perbincangan.
“Ia termasuk soal menyediakan glosari, nota kaki dan panduan guru supaya pihak yang mengajar novel itu dapat dipandu dengan satu bentuk agak jelas dan tidak timbul masalah," katanya selepas majlis pecah tanah bangunan tambahan Sekolah Agama Labis bernilai RM2.4 juta, di sini semalam.
Muhyiddin berkata, sebelum ini dialog berhubung isu Interlok antara panel Kementerian Pelajaran dan wakil MIC berlangsung dengan baik membabitkan perbincangan secara intelektual dan profesional, tetapi ada pihak mungkin sengaja mempolitikkan isu terbabit sedangkan jika diteliti, tiada perkara perlu dibimbangkan.
“Semua ahli hadir bersetuju Interlok novel yang baik, menyeru kepada perpaduan pelbagai kaum selaras gagasan 1Malaysia. Cuma ada kebimbangan MIC atau sesetengah masyarakat India berhubung beberapa perkataan, sedangkan penulis langsung tiada niat menghina atau memperkecil-kan mana-mana kaum dalam novel itu,” katanya.
Mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang kononnya haram mengundi UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, beliau berkata, pemimpin PAS sering mengeluarkan fatwa sedemikian bagi meraih undi.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, kerajaan Pusat terus komited membantu meringankan beban kerajaan negeri dengan mewujudkan sekolah agama bantuan kerajaan bagi memastikan rakyat dapat menikmati pendidikan agama lebih baik.
Berita Harian Online: 22 Januari 2011
1 ulasan:
Nape?Susah sangatkah nak hapuskan interlok tu?Jika mau jaga semangat 1M,tukar jerlah ngan novel lain.Dgn itu semua akan jd ok.Janganlah pulak nak jaga satu pihak saja...pihak yang satu lagi nak buat apa(hati dan perasaan)mrk tu manusia juga serupa mcm TPM gak...org India pun rakyat M gak.Tak guna cakap pasal 1M tapi dlm masa sama kita abaikan perasaan 1 kaum lain.Fikir2kanlah.
tq
Catat Ulasan