Jumaat, 7 Januari 2011

Wajib lulus Sejarah belum muktamad

RAUB 6 Jan. – Kementerian Pelajaran masih belum membuat keputusan muktamad bagi membolehkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, berikutan itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menjalankan kajian berhubung perkara itu.

“Perkara ini tidak boleh diadakan secara terburu-buru kerana ia perlu dikaji secara menyeluruh bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Gong di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Mohd. Puad berkata, jawatankuasa itu akan mengambil pandangan semua pihak bagi membolehkan perkara tersebut dilaksanakan dengan berkesan.

Dalam pada itu, beliau meminta semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang belum lagi berdaftar dengan Kementerian Pelajaran supaya berbuat demikian bagi membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan dan insentif.

Katanya, SAR yang berdaftar dengan kementerian bukan sahaja akan menerima bantuan, malah guru juga dibayar gaji bulanan tetap dan berpencen.

Utusan Malaysia Online: 7 Januari 2010

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,
Kenapa kita kecoh pasal Mesti Lulus Sejarah pada peringkat SPM?Saya mahu tanya kpd yang buat cadangan tu,Pendidikan Islam tak perlu luluskah?Biar gagal PAI asalkan lulus Sejarah....mana yang penting?Yang mana kita mau sebenarnya,senang di akhirat atau susah di akhirat(dunia pinjaman saja)Kenapa pembuat dasar di PPKdi KPM tak pernah nak fikir soal PAI.
Ujian Fardhu Ain(PAFA) di sekolah seperti melepaskan batuk di tangga saja,yang penting murid lulus,lulus macam mana tak tau..yang penting ustaz/zah kata semua ok bila pengetua/GB tanya.
Mengenal dan mengetahui sejarah negara dan tokoh2nya bukannya suatu kemestian yang wajib,mungkin ada para profesor di uNiversiti yang tak tau sejarah tanah air secara mendalam...minta maaflah jika terrkasar.
Kami guru2 yang tak dipandang ni tak boleh bagi idea dan komen secara langsung...nanti kena ambil tindakan.Apa2 pun lantaklahhh....

Tanpa Nama berkata...

Saya selaku org lama, ingin nasihat guru, jgn menentang keputusan ini, Sejarah mengajar kita supaya berterima kasih kepada pihak yang memerdekakan negara kita, iaitu parti Umno. Wajib lulus supaya semangat 1Malaysia ditegakkan, ramai sangat budak universiti laa ni dah tak tahu sejarah negara dan parti, kita perlu tegas menanganinya

En. Rasul Mat Hassan

KPLI2005 berkata...

Terima Kasih En. Rasul Mat Hassan selaku orang lama..Bukan kami menentang Sejarah dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM.Tetapi kami generasi baru melihat kepada kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai asas yang utama.Selaku orang Islam di sebuah 'Negara Islam', adakah subjek Pendidikan Islam TIDAK LAYAK menjadi mata pelajaran yang WAJIB LULUS? Tak kisahlah En. Rasul adalah ahli UMNO ke, Pengarah Jab.Pel.Johor tu ahli UMNO ke..tapi ISLAM itu yg WAJIB diutamakan.Akibat daripada sistem peperiksaan sekarang, ibubapa lebih sanggup menghantar anak mereka ke kelas tuisyen yg mahal2 berbanding menghantar ke kelas mengaji Al-Quran, kelas KAFA, Kem Solat dll..Hatta ada ibubapa yg memberhentikan anak bersekolah agama di sekolah rendah supaya dapat menumpukan kepada UPSR..Bukanlah dengan menjadikan Pend.Islam sebagai subjek WAJIB LULUS itu dapat mengembalikan ummah kpd agama 100%,tetapi sekurang-kurangnya masyarakat akan lebih mengambil berat akan perkara ini. Sejarah tetap sejarah. Tapi kami generasi muda ni akan sokong siapa yang BETUL dan tolak siapa yang SALAH..

kamanuk berkata...

kepada En. Rasul Mat Hassan
Saya tidak menafikan pengorbanan UMNO dalam merintis Kemerdekaan Tanah Melayu.Sememangnya UMNO adalah tulang belakang kemerdekaan Tanah Melayu tetapi bukan berseorangan. Kalau bukan paduan dari beberapa parti lain seperti MCA dan MIC belum tentu lagi ..Jadi kita berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin pejuang kemerdekaan dan bukan orang UMNO sahaja.

Di Sabah dan Sarawak pada 1960an, menjelang kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia yang diistiharkan pada 16 Sept 1963, tiada UMNOpun tetapi atas komitmen semua sukubangsa di kedua-dua negeri melalui parti-parti tempatan telah dimerdekakan melalui Pembentukan Malaysia dengan berpegang kepada 20 perkara, iaitu perjanjian yang telah ditanda tangani antara pemimpin Kerajaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

Jadi pembentukan Negara Malaysia bukan usaha UMNO sendirian tetapi atas perkongsian dan kesepakatan semua pemimpin parti-parti politik di ketiga-tiga negeri.

En. Rasul ini cikgu Sejarah ke Geografi ????????

kamanuk berkata...

Saya setuju mata pelajaran Pendidikan Islam dijadikan mata pelajaran wajib bagi orang yang beragama Islam sahaja dan bukan ke atas orang-orang Bukan Islam.

Saya juga mencadangkan orang-orang bukan islam juga diwajibkan lulus subjek baru mengikut agama masing-masing. Sebagai contoh bagi orang-orang Kristian semua pelajar wajib belajar Bible dan bukan Pendidikan Moral.

Orang Sabah

Orang Sabah berkata...

Saya sambung..ok

Saya setuju Sejarah jadi subjek wajib lulus kerana dengan Sejarahlah semua rakyat Malaysia dapat mengetahui bagaimana negara Malaysia terbentuk,Siapa pemimpin terlibat,apakah peristiwa yang berlaku sebelum, semasa pra kemerdekaan dan selepas merdeka.

Saya percaya ramai orang hanya mengingati Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak tetapi tidak ramai orang mengenali siapa Ibrahim Yacob, Dato Onn Jaffar dan ramai lagi nasionalis, Dato Patinggi Temanggong Jugah, Dato Donald Stephens, Dato Mustapa Harun dan ramai lagi ....

Orang Sabah

Tanpa Nama berkata...

Eloknya En. Rasul gantikan Pengarah Pelajaran Johor yang berpolitik tu..Lepas tu boleh naik ke Kementerian Pengajian Tinggi.Kawal budak2 universiti pulak..x gitu En. Rasul????