Isnin, 17 Januari 2011

Kementerian perjelas cuti peristiwa di Melaka

2011/01/17

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk guru pencen yang disiarkan pada 25 Disember lalu bertajuk ‘Kerenah cuti peristiwa sekolah Melaka.’

Kementerian ini menjelaskan cuti peristiwa tidak bersambung dengan cuti hujung minggu. Cuti peristiwa dibenarkan diambil menyambung cuti hujung minggu biasa; contohnya cuti peristiwa yang diambil Jumaat kerana majlis rasmi sekolah pada petang Khamis. Cuti peristiwa tidak boleh diambil melangkaui hari selepas majlis, contohnya cuti peristiwa tidak boleh diambil pada hari Isnin sedangkan majlisnya Sabtu.

Cuti peristiwa ialah hari persekolahan yang tiada pembelajaran tetapi diadakan aktiviti kokurikulum.
Mengikut tafsiran cuti peristiwa dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, adalah hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Ketika sambutan Aidiladha sekolah di Melaka tidak dibenar mengambil cuti khas dua hari walaupun kementerian sudah mengeluarkan surat pekeliling.

Arahan itu selaras dengan surat siaran Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia KP/KPPM/s(69) bertarikh 27 Oktober lalu iaitu sekolah selain berasrama penuh (SBP), kekal bercuti seperti ketetapan asal (17 Oktober 2010 : Negeri Melaka dalam Kumpulan B).

Kementerian disaran supaya mengeluarkan garis panduan yang diselaraskan di setiap negeri. Kementerian mengeluarkan garis panduan berdasarkan Peraturan 1998.
Kadangkala tiada persamaan cuti peristiwa antara negeri kerana cuti peristiwa mesti mendapat kelulusan pendaftar sekolah negeri masing-masing berdasarkan kewajaran dan kepentingan murid.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran

Berita Harian Online: 17 Januari 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selaraskan shj ke semua cuti di Malaysia. Jgn spt skrg. Kelulusan berdasarkan permohonan.

Cuba buat macam ni:

1) 3 perayaan terbesar , .....Semua jenis sekolah(SK/SJK/SMK/SMKA/SBP) HENDAKLAH bercuti serentak dan cuti berganti pun selaras bilangan dan hari berganti.

KELEBIHAN :
1. Mudah bagi ibu bapa merancang pulang ke kampung. Kalau cuti berbeza, ada anak di SK, SMK, SJK dll....cutinya tak sama.

2. Ada suami isteri berlainan jenis sekolah. Cuti tak sama. Kalau semua sama,,,kan senang. Ibu bapa bukan guru pun senang merancang jadual perjalanan/percutian.

TOlonglah...pegawai di KPM.... Fikirlah jauh sikit.....