Isnin, 8 Ogos 2011

e-mel anda: Kuasa guru disiplin pelajar

BEZA ‘budak sekolah’ dulu dengan ‘budak sekolah’ sekarang begitu ketara di mana pelajar zaman dulu, apabila dirotan hingga lebam di tapak tangan atau di punggung kerana tidak membuat kerja sekolah yang guru berikan adalah perkara biasa.

Mereka tidak akan mengadu kepada sesiapa pun lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kerana jika mereka tahu, akan bertambah lebam kena rotan.

Pelajar sekarang terlalu manja. Jika dijentik sedikit atau dicubit oleh guru yang ada bekas lebam saja, mulalah ibu bapa datang ke sekolah mengadu kepada guru besar.

Tidak cukup dengan itu, mereka akan buat laporan polis dan memanggil pemberita untuk kejadian disiarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Jika inilah sikap kebanyakan ibu bapa yang kerjanya suka mengadu hingga ke peringkat Kementerian Pelajaran hanya kerana denda cubit atau ketuk ketampi, bererti kuasa guru untuk mendidik dan mendisiplinkan pelajarnya menjadi terhad.

Tindakan ibu bapa murid manja ini akan mematahkan semangat guru untuk mengajar adat dan adab ketika belajar dan berikutan itu, ada antara guru kini membiarkan saja murid nakal dan tidak berdisiplin itu.

Maka lahirlah murid tidak lagi menghormati guru kerana kini di belakang pelajar ada ibu bapa yang sanggup ‘menyerang’ sesiapa saja yang cuba ‘mencubit’ anak mereka.

Ibu bapa perlu lebih rasional kerana tiada guru yang merotan hingga patah tangan atau patah riuk tulang muridnya kerana segala yang dilakukan itu hanya sebagai pengajaran yang menunjukkan keprihatinan guru yang sayangkan muridnya supaya jadi manusia berguna.


SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

myMetro: 8 Ogos 2011

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Suatu kenyataan yg tepat dan bernas.

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

1. aduhai ... zaman sudah berubah. Itulah hakikat sebenar.
2. Strategi juga perlu berubah.
3. Kaedah P&P juga sudah berubah.
4. guru perlu proaktif dan kompiten apabila berhadapan dengan pelanggan dalaman (pelajar) dan pelanggan luar (ibubapa / masyarakat).
5. guru perlu bijak dan matang dan tahniah kepada guru yang kompiten, bijak dan matang.

Tanpa Nama berkata...

fuuu yooooooo....

Tanpa Nama berkata...

Suatu Kata Seru yg bodoh dan memalukan warga guru.

Tanpa Nama berkata...

Ha..ha..ha...

guru lama berkata...

ibubapa jangan menyalahkan anak-anak mereka jika suatu masa nanti anak-anak akan hidup bebas seperti di negara2 barat kerana inilah yg mereka harapkan dari guru supaya jgn terlalu keras dgn anak mereka yg nakal di sekolah. Maka jadilah pasangan yg beranak atau tinggal serumah tanpa nikah dan berani mengaku kerana ini juga hasil didikan ibubapa yang tidak mahu guru menegur dan memerahi anak merka

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju 100%. Satu pendapat yg matang.