UMUM mengetahui bahawa seramai 13,000 guru GSTT akan diserap sebagai guru tetap. Bagi saya dan rakan-rakan yang bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan(ISMP), kami mengucapkan tahniah kepada mereka.
Walaupun sedikit cemburu, namun kami percaya kepada rezeki di tangan Tuhan.
Kami masih sabar dan setia menunggu borang petempatan yang akan keluar entah bila dan waktunya. Laman web Kementerian Pelajaran sentiasa dilawat bagi memeriksa sama ada borang itu sudah keluar atau tidak. Namun hingga kini masih belum ada tanda-tanda bahawa Kementerian Pelajaran mengeluarkan borang tersebut dalam tempoh terdekat.
Hal ini menyebabkan kami berasa gusar dan tertanya-tanya masih adakah peluang bagi kami, graduan ISMP untuk menjadi guru. Adakah kami yang mempunyai segulung ijazah dan ikhtisas dalam pendidikan ini telah dipinggirkan?
Kami mengharapkan supaya pihak kementerian terbabit mengumumkan bilakah kami boleh mengisi borang petempatan dan bagaimanakah status nasib kami?
INGIN TAHU
Bagan Serai, Perak
Utusan Malaysia Online: 8 Ogos 2011
3 ulasan:
Utusan melaporkan rintihan seorang bekas graduan dari UPSI yang tidak dijamin mendapat tempat sebagai guru berbanding dengan keluaran IGP atau mereka yg mdpt tajaan KPM.
Kalau inilah yg menimpa graduan UPSI dimasa depan maka antara pelajar yang akan merana ialah anak saya yg tidak mendapat tajaan KPM walaupun mengambil jurusan pendidikan ...
ini berita yg sangat menyedihkan dan nampak ada "double standard"
kasihan rintihan bakal guru ni, saya dulu pernah juga pohon ISMP ni, nasib baik x dapat, dan ditawar food tech pula di uitm. la ni jg guru juga melalui kpli. KPM ni mcm x berminat nak bela, mungkin pening dengan hal meguuskan 400000 guru kot
sebaiknya memohon utk melanjutkan pelajaran bagi program PPISMP di IPG seluruh malaysia. barulah karier sbg guru akan terjamin.
Catat Ulasan