JERANTUT 20 Ogos - Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 dekat sini, menganjurkan program Kenali Tokoh dan Pahlawan Negara sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54 peringkat sekolah tersebut, kelmarin.
Guru Besarnya, Mohd. Sabri Yakub berkata, program itu akan dijalankan sehingga 16 September ini dengan penglibatan semua guru dan murid.
"Saya menggalakkan semua warga sekolah mencari maklumat sama ada melalui buku atau Internet tentang tokoh serta pahlawan negara yang banyak berjasa dalam perjuangan menentang penjajah bagi kemerdekaan negara.
"Hari ini kita hidup dalam keadaan aman damai dan keamanan yang dikecapi kini adalah hasil titik peluh dan perjuangan nenek moyang terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan program tersebut di sini semalam.
Katanya, kebanyakan generasi hari ini kurang mengambil tahu peribadi tokoh, malah terdapat segelintir yang tidak mengenalinya apabila melihat gambar-gambar mereka.
"Dengan mengenali tokoh-tokoh dan pahlawan negara, ia dapat memberi gambaran kepada warga sekolah tersebut mengenai sumbangan yang telah diberikan oleh insan yang banyak berjasa kepada negara," ujarnya.
Menurutnya, pihak sekolah mengadakan pertandingan Kenali Tokoh dan Pahlawan negara bagi murid tahun empat hingga enam.
Katanya, beberapa pertandingan lain diadakan seperti melukis dan mewarna, poster, kuiz merdeka dan pertandingan Kibar Jalur Gemilang di kelas masing-masing.Utusan Malaysia Online: 21 Ogos 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan