Rabu, 17 Ogos 2011

PPPS sekolah rendah berpeluang dipertimbang gred tinggi

2011/08/16

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ‘Guru Kecewa, Johor’ dalam Berita Harian bertarikh 8 Ogos 2011 – Penjelasan Unit Komunikasi Korporat, KPM masih kabur, mengelirukan.

Berdasarkan kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM), jawatan pentadbir di sekolah rendah seperti Guru Besar, Penolong Kanan dan Penyelia Gred DGA34/DGA32 adalah jawatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).
Merujuk kepada pertanyaan pengadu, dimaklumkan bahawa memang tiada syarat diperuntukkan bagi PPPS memohon jawatan Guru Besar di sekolah rendah kerana PPPS adalah tidak layak untuk memegang jawatan yang dikhususkan untuk PPPLD Gred DGA34/DGA32. Ini kerana PPPS berada dalam laluan kerjaya, skim perkhidmatan dan gred jawatan yang berbeza. Bagi PPPLD yang dilantik menjadi PPPS ketika berada di jawatan kenaikan pangkat Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah rendah, mereka dikekalkan di atas jawatan itu berdasarkan kepada dasar kementerian yang jelas diterangkan maksudnya sebelum ini.
Kementerian ingin menegaskan bahawa walaupun PPPS di sekolah rendah tidak dapat memegang jawatan kenaikan pangkat Guru Besar dan Penolong Kanan, mereka masih berpeluang dipertimbangkan untuk urusan pemangkuan/kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi melalui urusan Guru Cemerlang Gred DG44(KUP)/ DG48(KUP) dan Time-Based Gred DG44 (KUP)/ DG48(KUP) jika memenuhi syarat yang ditetapkan serta diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Berita Harian Online: 16 Ogos 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

APA ni... asyik jawapan yg sama saja. Pro aktif sikitlah... ambil tindakan segera utk membuat perubahan dasar yg dah lapok ni....

guru lama berkata...

INI UMPAMA ITIK MENYURUH KETAM BERJALAN LAJU..

guru lama berkata...

Bagi saya, guru SK tidak sesuai DG48 kerana GB hanya DG34/DG38. Bermakna GA lebih tinggi dari GB. Jika GB kelulusan akademik rendah setakat Diploma Perguruan macam mana GB hendak memberikan arahan kepada GA yang ada DG48 ada ijazah atau Maste lagi????. Ini penerangan bahalul..

Tanpa Nama berkata...

Skrg ni pun, Gred GB jauh lebih rendah drp GAB... saya rasa sesuai GB dlm kalangan DG41,44,48 ASALKAN mereka berterusan berkhidmat di S.Rendah. Bukannya drp guru S.Menengah. Selain itu, pengalaman lebih 15 thn berkhidmat di SR, mempunyai karisme, berbakat sbg pentadbir, tidak buta komputer......
TETAPI mereka mesti bermula dgn PK DG 41, lepas tu naik GB DG 44(lepas 5 thn)& DG48 (selepas 5 thn berikutnya).

Tanpa Nama berkata...

Siswazah mempunyai pengetahuan yang lebih moden, maju dan "up to date" seperti kemahiran ICT dan pengurusan organisasi. Mereka ialah generasi muda yang berkemampuan memajukan negara.

Tetapi di Kementerian Pendidikan Malaysia, ada segelintir pegawai Pendidikan yang "bukan" siswazah, iaitu PPPLD (saya rasa begitu), menggunakan pelbagai alasan dan membuat peraturan seperti dinyatakan dalam blog ini supaya PPPS tidak dapat menjadi pemimpin di dalam sesebuah sekolah. Mereka bermotif menghalang PPPS kerana bimbang peluang naik pangkat akan semua jatuh kepada PPPS.

Ini adalah satu persaingan yang tidak sihat atau negatif antara PPPS dan PPPLD. Akibat daripada peraturan yang tidak adil tersebut, Malaysia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai visi negara maju dalam pendidikan. Ini kerana pemimpin-pemimpin di sekolah-sekolah terdiri daripada mereka yang mementingkan diri sendiri, kekurangan pengetahuan dalam ICT dan pengurusan organisasi.