Selasa, 2 Ogos 2011

Serik sertai kem ala banduan

Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com.my
2011/08/02

SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam   di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi  di Penjara Kluang kelmarin.
SYED AMIRUL KHIR SYED KHAIDIR (kiri) menunjukkan kesan lebam di tengkuknya ketika menyertai kem motivasi di Penjara Kluang kelmarin.
33 pelajar SMK Bandar Baru Uda dakwa didera wadar

JOHOR BAHRU: Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin.
Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma.

Lebih mengejutkan, pelajar mendakwa dua guru pengiring kumpulan pelajar yang dipilih atas alasan mempunyai masalah disiplin ponteng sekolah dan kelas, merokok serta terbabit dengan pergaduhan hanya mentertawakan tindakan wadar ke atas mereka.

Sehubungan itu, 20 ibu bapa bersama anak mereka membuat pendedahan mengenai kem motivasi ala banduan itu di Dewan UMNO di Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA di sini, semalam.

Pelajar, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, mendakwa mereka hanya mengetahui dihantar ke penjara Jumaat lalu apabila bas Penjara Kluang menanti di pekarangan sekolah kerana sebelum itu diberitahu mengikuti kem motivasi anjuran syarikat perunding di Kluang.

Katanya, sebaik sampai di penjara terbabit beliau bersama 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap.
“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya.

Mohd Rafsanjani berkata, sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu.

Berita Harian Online: 2 Ogos 2011

6 ulasan:

guru lama berkata...

Padan mukalah siapa suruh timbulkan masalah disiplin di sekolah. itu hanya ala-ala banduan bukan banduan betul-betul.

Tujuannya ialah untuk menyedarkan budak-budak yang tak makan saman terus-menerus buat masalah di sekolah.

Ibubapa pula bila dalam keadaan begini terus melenting tapi semasa pihak sekolah buat aduan tentang maslah anak-anak mereka langsung tak datang ke sekolah.

Baguslah tu sekurang-kurangnya pelajar-pelajar bermasalah ini sedar bahawa penjara bukanlah tempat yang baik. Jadi menafaatkanlah peluang yang sekolah berikan dengan belajar bersungguh-sungguh.

Hah, ibubapa yang tak setuju dengan tindakan sekolah pindahkanlah anak-anak tuan-puan ke sekolah yang lain.Sekurang-kurangnya masalah sekolah selesai.

Tanpa Nama berkata...

Kalu aku jadi mak bapak budak tu patut rasa malu.. Malu anak-anak buat perangai tak senonoh (mencerminkan perangai aku juga gamaknya...). Dan malu juga masuk berita media arus perdana..

Malu, malu..

Kinik

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

Sepertimana yang dimaklum media, PIBG SMK Bandar Baru Uda telah merestui program ini.
Saya juga melihat di TV, Tim. Menteri Pelajaran M'sia dpd Johor pun turut sekata dengan PIBG.

Cuma ibubapa terlibat dan pelajar yang berkenaan sahaja yang tidak berpuashati.

Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan ;
1. Adakah 33 pelajar ini layak menyertai Program yang dianjurkan ini?
2. Apa kriteria pelajar yang layak menyertai program ini?
3. Adakah Program ini adalah yang terbaik untuk diikuti oleh pelajar ini?
4. Adakah pihak PIBG dan KPM mengetahui pengisian dalam program kem ini?
5. Adakah pihak PIBG dan KPM maklum bahawa unsur Ragging (deraan)yang melibatkan anggota tubuh akan dilakukan kepada pelajar berkenaan?
6. Adakah pihak ibubapa diberi maklum kepada program ini sebelum mereka membenarkan anak mereka menyertai?
7. Adakah tandatangan Ibubapa pelajar berkenaan diperolehi bagi tujuan kebenaran menyertai program ini.
8. Apakah program ini berkesan dan memberi kesedaran kepada pelajar ini?
9. etc

saya kira ramai guru akan menjawab soalan saya ini dan saya mohon pihak tuan memberanikan diri memperkenalkan diri.

Tanpa Nama berkata...

Mereka ni memang murid bermasalah. eloklah dihantar menyertai program spt ini.
Mak bapak ni... dah lah tak mampu nak mendidik anak, bila org tlg mereka mendidik anak2 mereka, marah pulak.
Mak bapak macam ni lah yg menyebabkan anak2 rosak akhlak, biadap dan kurang ajar.
Kalau banyak sangat komplain, biar sajalah...nak jadi setan ka, hantu ka, iblis ka. kalau di luar sekolah biar polis yg uruskan.

guru lama berkata...

Dipendekkan cerita budak-budak berperangai setan dan tak makan saman ni baik buang sahaja le dari sekolah.

Yang sesuai di sekolah hanya pelajar yang lemah tapi ada keinginan mahu belajar atau anak-anak yang cerdik tapi mahu kembangkan lagi pengetahuan mereka.

Yang serpihan dan tak minat belajar tu biarlah dia kerja daripada menyusahkan sekolah

Tanpa Nama berkata...

alala..lepas tanganla pulak cikgu2 nie..mcm nginikah menyelesaikan masalah modal insan era ini? di mana perginya begitu ramai guru bimbingan dan kaunseling...bukankah jawatan ini diwujudkan untuk membantu anak2 yg menghadapi masalah di sekolah...

program motivasi kah namanya kalau dibuat di penjara? cubala 'think'3 cara terbaik, halus dan mulus utk selesaikan mslh disiplin anak2 ini? setahu saya, tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga menDIDIK..di mana peranan anda sebagai guru? mengajar sahaja kah? peranan sbg pendidik anda, dah hilang ker..atau time study di maktab sahaja berkobar2, sudah keluar jadik cikgu...motivasi diri hilang ke laut..bukankah anda sudah akujanji utk mengajar dan mendidik anak bangsa tanpa prejudis...

kem motivasi dipenjara...oklah..tapi pengisian motivasi tu, sesuaikah? sedangkan orang gaji dr seberang didera pun riuh satu malaysia, apatah lagi anak2 sekolah yg baru hingusan/mungkin juga belum baligh...di DERA....bikin panas ini...

oleh itu, sebelum membuat sebarang program motivasi,organise la betul2..jgn hanya kerana malas nak menDIDIK anak2 bermasalah ini, cikgu2 biarkan sahaja mereka tanpa bimbingan dan dorongan. renung2 dan amat2ilah jawatan anda diwujudkan..why? biar saya jawab. mengajar dan mendidik anak2 tak kira apapun rupa bentuk anak2 ini: bulat bergolek, lurus bendul atau bengkang-bengkok.

FIKIR2KAN.