Sabtu, 27 Ogos 2011

Pentadbiran UPSI tunggang-langgang, sistem peperiksaan tak telus

2011/08/27

SAYA salah seorang dari ratusan guru yang mengikuti Program Pengsiswazahan Guru (PPG) ambilan Mac 2011 yang lalu dan ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebelum ini saya amat berbangga sekali walaupun hanya mendengar nama universiti ini yang melahirkan ramai guru berwibawa. Tetapi persepsi ini semakin hari semakin pudar apabila saya sendiri dan mungkin ramai rakan guru yang lain kecewa dengan tenaga pengajar dan pengurusan pihak kampus.

Pertama sekali saya mendaftar ke kampus ini sedikit terkejut kerana pelajar UPSI juga yang menguruskan segala pendaftaran PPG KPM 2011. Di dalam diri saya berkata mungkin itu hanya latihan untuk mengajar pelajar ini untuk menguruskan apabila bakal menjadi guru kelak. Amat mengejutkan apabila taklimat dan penerangan mengenai UPSI dan laman webnya juga diterangkan oleh pelajarnya.
Tidak cukup dengan itu, pengurusan mendapatkan jadual kuliah juga amat mengecewakan kerana boleh dikatakan ia cukup tunggang langgang. Pertama kali kami menghadiri kuliah dan kelas dengan semangat untuk belajar luntur sedikit apabila salah seorang pensyarah memarahi kami kerana dia tidak tahu jadualnya sendiri. Sikap ini tidak harus ada pada tenaga pengajar walaupun dia dipanggil gelaran doktor sedangkan Julai lalu guru sibuk mengulang kaji kerana bakal menduduki peperiksaan semester.
Tidak cukup dengan itu saya amat pelik dengan sistem pengurusan peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan saya amat musykil. Ada bekas guru keluaran UPSI ini mendakwa markah diambil kira adalah daripada peperiksaan semata-mata.

Ternyata dakwaan ini benar kerana saya sendiri mengalaminya. Cukup kecewa apabila dapati rakan yang lain tidak pernah melayari perbincangan secara atas talian dan tidak menghantar tugasan mendapat markah lebih tinggi berbanding rakan guru yang lain.

Sekali lagi berita yang lebih mengejutkan yang diterima pihak UPSI boleh mengubah keputusan peperiksaan yang dikeluarkan? Saya amat berharap supaya Kementerian Pelajaran mengambil berat hal ini kerana UPSI sebuah institut perguruan tertua di Malaysia dan jangan dicemarkan namanya dengan orang bekerja sambil lewa.

BAKAL GRADUAN UPSI, Tanjung Malim

Berita Harian Online: 27 Ogos 2011

10 ulasan:

guru lama berkata...

Ini cukup dikatakan pengurusan BODOH.Macam mana UPSI nak bersaing dengan IPTA-IPTA lain kalau sistem pemarkahan pun tidak betul.Patutlah ramai keluaran UPSI jadi guru yang tidak berkualiti.3 orang guru di sekolah saya keluaran UPSI cukup pemalas, kerja tidak siap,ringkasan tidak hantar,bila di beri tugas berani pula menolak walau pun baru setahun jagung jadi guru dan yang paling menjijikkan ialah ponteng bertugas 2, 3 hari.

8 orang guru di sekolah saya adalah dari UPSI rata-rata mereka tu jenis yang tidak aktif walau pun 2 daripada guru tersebut adalah Sains Sukan tapi langsung tak buat apa-apa. bagi tugas Setiausaha Sukan lagilah berantakan satu ayat pun tidak tahu buat sebagai SU Sukan, asyik mengomel sahaja. Inilah itulah yang dipertikaikan tapi diri sendiri tak berdaya nak buat..

Saya guru lama dah 23 tahun jadi guru tapi saya tidak berani buat seperti guru-guru keluaran UPSI ini buat.Ketika saya baru keluar maktab, belum pun sampai sebulan jadi guru sandaran terlatihh sudah dilantik SU sukan. Tapi dapat pula saya jalankan tanggungjawab sebagai SU walau pun tidak ada tunjukajar dari guru-guru yang lain.

Ini mungkin disebabkan sistem pembelajaran di UPSI itu sangat pasif dan saya rasa pensyarahnya juga pemalas. Bagi markah pun main hentam sahaja. Mungkin sistem failing pun kucar-kacir jadi itu sebab markah pun tidak ada kebolehpercayaan. Bayangkan seperti aduan pelajar itu dimana pelajar yang tidak hantar kerja kursus lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang ada buat online, kerja kursus dan tutorial..

Ini sangat menjijikkan bagI sebuah universiti yang didirikan atas nama PENDIDIKAN ...

Tanpa Nama berkata...

Memang tidak dpt dinafikan, guru keluaran maktab perguruan khasnya lepasan sijil lebih komited dlm tugas.
Dimaktab, kita diajar lebih kpd praktikal/amali, tetapi di "U" mereka lebih utamakan "content" opsyen mereka.
Walau bagaimanpun, bukan semua yg bagus & yg tak bagus....
Terpulang kpd diri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

yg sekat rezeki cikgu ni, cikgu juga sebenarnya, bior ler diorg nak tuntut kenaikan gaji pun, bukan berkurang gaji kita

Tanpa Nama berkata...

Memang betul, guru keluaran UPSI yang saya kenal, tidak mempunyai pengetahuan yang cukup utk mengajar, sering tersalah fakta dan hafal/faham sukatan dan isi pelajaran. Bayangkanlah guru-guru ini mengajar sains tulen dan matematik. Hancur budak-budak.

Guru Borneo berkata...

haa... betul-betul..kat sekolah saya pun ada keluaran UPSI ni, kerjanya dtg sekolah asyik tidur je. Baru-baru ni kantoi tido dlm kelas dgn bapak budak. Abis kecoh masuk mesyuarat PIBG. Yela ingtkn dh belaja 5 tnn kat UPSI komited la dgn keje. Tapi bkn semua yg perangai mcm ni. Segelintir shj. Dah nama manusia kan..

guru lama berkata...

UPSI itu didirikan atas pengorbanan guru-guru lama yang telah menjadi profesor tersohor, YB yang berkualiti,kontraktor yang berjaya dan berjasa kepada negara. Maka bagi menghargai guru-guru dan pengiktirafan bidang keguruan itu sendiri maka UPSI didirikan atas kapasiti GURU.

Saya harap UPSI dengar dan tahu keadaan luaran dimana hasil produk UPSI itu tidak sehebat mana seperti harapan para pensyarah disana.

UPSI kena terima laporan dari guru-guru sekolah dimana hasil produk mereka mengembangkan sayap sebagai guru terlatih tidak menjadi buah yang manis sebaliknya pahit dan masam serta ada yang sudah rosak sedia.

Bagaimana UKM, UM, UPM, UIA,USM yang juga sebuah universiti dibawah kerajaan boleh menghasilkan produk yang bagus dan berkualiti??kenapa UPSI menghasilkan buah yang masam dam pahit?? Ini barangkali berkaitan dengan sistem dan sikap para pensyarah di sana. Persoalan saya ialah adakah para pensyarah disana cukup ilmu memberikan latihan kepada para siswa/siswi yang bakal menjadi guru?? Kedua, adakah para siswa/siswi disana telah diberikan persediaan yang secukupnya menjadi guru sebenar dari segi ilmu, sahsiah dan kepimpinan???

Apa yang saya perhatikan dikalangan guru-guru keluaran UPSI ialah kebanyakan mereka suka menolak jika diberikan tugasan.Bagi mereka yang menerima jawatan bertindak secara pasif dan tidak aktif.

Saya merasa bukan salah para siswa/siswi seratus peratus tetapi ada kaitan dengan kepimpinan universiti itu sendiri dan juga sistem pembelajaran yang diamalkan disana. Ini sebagai contoh guru yang ada di sekolah saya dan ini adalah keadaan sebenar guru-guru keluaran UPSI:

1. Guru Muzik :
tidak boleh menguasai muzik 100%/baca nota pun tersangkut-sangkut/tidak ada kemampuan membentuk satu kumpulan koir atau muzik// guru biasa di sekolah yang tidak ada pembelajaran formal muzik lebih baik dari mereka

2. Guru Sains Sukan
- tidak menguasai peraturan olahraga/permainan
- tidak boleh menjadi setiausaha sukan yang baik(pasif)
- tidak boleh bertindak sebagai SU sukan tanpa arahan dari PK Kokum// akhirnya PK Kokum jadi su sukan

Yang lain-lain tu no komen mereka ok

ayuh UPSI bertindak dari sekrang jangan memalukan bidang pendidikan

Tanpa Nama berkata...

Terkejut juga dengan kenyataan ini. Saya dulu ambil pendidikan di UPM ok je..takde lintang-pukang lagu tu.Tapi saya tengok ada 2 org cikgu keluaran UPSI kat sekolah saya. Sorang tu biasa2 je, sama je mcm member2 saya yg lain. Sorang lagi tu sgt aktif. Bos pun mcm suka bg tugas kat dia sebab dia memang work smart. Bagi la tugas apa, dia akan cuba buat sampai dapat. Dengarnya masa belajar dulupun memang dia aktif kat U. So, takleh la nak buat generalisasi.

Tanpa Nama berkata...

Saya guru lama dari Terengganu, bukan semua graduan upsi tidak berkualiti. mungkin disebabkan tumpah nila setiti, rosak susu sebelangga. Di sekolah saya ari tu ada 5 orang pelajar ISMP yg buat prtikal. Mereka sangat rajin, kreatif, inovatif dan ringan tulang dalam semua perkara. kehadiran mereka memberi sinar baru buat sekolah, pencapaian sekolah dari segi kokurikulum sangat cemerlang, di samping itu, p&p yg dijalankan sangat berkesan terutama 2 org dari pendidikan khas. Sangat kreatif dan mencapai objektif. Jadi di sini saya nyatakan bukan semua graduan UPSI tidak berkualiti.

Tanpa Nama berkata...

saya guru baru mengajar 10 tahun, untuk pengetahuan semua, bukan semua graduan UPSI tidak bagus.pengalaman saya menyelia pelajar upsi dah masuk tahun ke-4, mereka sangat komited, rajin, kreatif malah semua hal2berkaitan program sekolah spt sukan, majlis2 besar, temu murni, kecerian sekolah mereka yg uruskan. Tiada masalah saya lihat, mereka seperti telah dilatih dengan baik, berbanding guru-guru lama yang lesu, buku rekod 2 patah ditulis, tidak memberi contoh yang terbaik utk bakal2 guru. mana nak berkualiti jika guru lama sendiri yang bual hal mengumpat di dalam bilik guru, suka mengomen sana sini, tetapi kerja x buat. Kepimpinan yang terbaik datangnya dari persekitaran yang lebih baik. Maaf saya bercakap, ini adalah realiti, guru pelatih perlu dibimbing dan dilatih dengan baik, bukan dicaci. Pelajar UPSI memang terbaik setakat hari ini yang saya jumpa di sekolah sy.

Tanpa Nama berkata...

Mahasiswa nak luahkan pandangan..
Saya ada banyak persoalan kepada yang memberi pandangan dan komen tentang UPSI. Mengapa mereka ini sanggup meleparkan kata-kata yang boleh menjatuhkan martabat puluhan ribu graduan UPSI yang hampir 100% ialah guru disebabkan hanya 3,4,5, dan 8 graduan UPSI yang bermasalah. Jika dianalisis, hanya tidak sampai 1% graduan UPSI yang bermasalah. Situasi ini berlaku disebabkan pelbagai faktor. Antara faktor utama yang sukar dibendung ialah sikap guru itu sendiri. Hal ini menjadi lebih kritikal jika persekitaran sekolah terutama rakan-rakan guru serta pengurusan sekolah yang turut bermasalah. Normalnya, manusia lebih cenderung melakukan perkara yang membawa kesenangan kepada meraka. Normal juga perkara tersebut biasanya berlaku dikalangan mereka, terutama dalam persekitaran mereka terutama rakan-rakan kerja jika di tempat kerja." Kepada guru-guru yang berpengalaman, cuba cikgu imbas kembali sejarah cikgu, bagaimana prestasi kerja? sikap cikgu? sumbangan cikgu? dll. Dapat A+ ke?
Faktor lain guru UPSI yang dilabelkan bermasalah adalah dalam kalangan mereka yang baru menempuh bidang perguruan, yang setahun jagung dengan bidang kerja dan masih jiwa muda yang inginkan keseronokan. Mereka lebih cenderung melaksanakan perkara yang boleh menyeronokan mereka dan mengelak daripada melakukkan perkara yang menyusahkan mereka walaupun perkara tersebut adalah bidang kerja. Itulah jiwa muda yang perlukan bimbingan, dorongan dan semangat oleh jiwa-jiwa yang berpengalaman dan lebih mengetahui supaya perkara yang dianggap menyusah bertukar kepada perkara yang dicintai. Biasa la jiwa muda penuh dengan warna warni cinta. Oleh itu, guru-guru lama perlu mendekati dan memahami golongan guru berjiwa muda serta menunjukkan teladan yang baik kepada mereka.
Hal ini tidak boleh dipersalahkan oleh pengurusan UPSI, kerana mereka ini menguruskan mahasisiswa dan mahasiswi yang lebih celik walaupun dalam kegelapan dan mampu mempersoalkan sistem tersebut diperingkat atas. Adakah anda yang memberi komen tentang pengurusan UPSI pernah mengemukakan permasalahan tersebut diperingkat atas? Adakah anda pernah permempersoalkan markah ataupun isu lain kepada pensyarah anda itu? saya rasa 99% tidak pernah. 1% pernah pada diri anda. BETUL @ SALAH?
Oleh itu, kita sepatutnya menilai sesebuah institusi ataupun organisasi yang besar bukan hanya berdasarkan kepada 10% ahlinya. Kita seharusnya membaca setiap helaian kandungan dalam buku. Hal ini pun tidak cukup jika kita tidak memahami setiap isi kandungan. Perkara tersebut lebih telus dan berbaloi serta bagus jika kita membuat analisis serta menilai setiap isi kandungan dengan kesan baik buruk serta cara-cara penambahbaikan..
Selamat mencuba,.
GURU UPSI,.:)