|
|
MARANG 9 Ogos – Institusi sekolah bukan sahaja akan terus dekat di hati bahkan sehingga ke akhir hayat. Itulah detik yang dialami oleh setelah Kadir Othman yang melangkah meninggalkan sekolah kerana mencapai usia persaraan.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serating yang menghabiskan 38 tahun usianya sebagai guru termasuk tiga tahun sekolah terakhir itu, juga akhirnya membina rumah di pinggir sekolah itu.
Sempena persaraan hari ini, beliau diraikan oleh 559 pelajar dan 58 guru dalam majlis Kasih Diikat Bakti Disemai Kenangan Terpahat’ yang diadakan di sekolah tersebut.
Berucap pada majlis itu, Kadir mengingatkan para pelajar supaya tidak meninggalkan solat yang menjadi teras kehidupan beragama dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan bersama doa.
“Paling penting buat pelajar semua, jangan tinggal solat dan teruskan berdoa dan semoga kejayaan mengiringi anda,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah isterinya, Zawiah Abu Bakar serta Timbalan Pegawai Daerah, Aziz Ibrahim.Utusan Malaysia Online: 10 Ogos 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan