MASYARAKAT digemparkan sekali lagi dengan masalah membabitkan pelajar sekolah. Kali ini, seramai 33 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) mendakwa mereka didera secara fizikal termasuk dibotakkan kepala ketika menyertai kem motivasi di Penjara Kluang pada 29 hingga 31 Julai lalu.
Malah, mengikut laporan akhbar, pelajar terbabit mendakwa bukan saja dibotakkan, tetapi juga dipukul di perut, digari, dicengkam di tengkuk dan dipaksa menggunakan pakaian banduan sewaktu menghadiri kursus motivasi itu dan sepanjang tempoh berada di situ, malah mereka dilayan tidak ubah seperti banduan yang melakukan jenayah.
Ini adalah satu dakwaan yang cukup serius dan berat. Dalam hal ini kita percaya pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKBBU dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru serta Kementerian Pelajaran sendiri sudah memulakan langkah sewajarnya menyiasat segala dakwaan berkenaan.
Isu ini perlu disiasat dan dirungkai dengan segera kerana ia membabitkan keselamatan pelajar dan integriti pihak sekolah.
Dalam pada itu, ada beberapa fakta yang didedahkan juga wajar diambil perhatian.
Antaranya ialah pelajar berkenaan sememangnya dikatakan mempunyai pelbagai masalah disiplin.
Mengikut laporan, sebahagian besar daripada pelajar itu dikatakan sering terbabit dalam pergaduhan, ada juga ditahan kerana merokok, ponteng kelas dan sekolah namun tidak dikenakan tindakan tegas oleh pengurusan sekolah.
Ini menyebabkan ada pelajar bermasalah disiplin merasakan diri mereka kebal dan tidak dikenakan tindakan oleh sekolah jika melakukan kesalahan.
Malah, lebih mengecewakan apabila dilaporkan ibu bapa menyerang pihak pengurusan sekolah jika diambil tindakan ke atas mereka kerana mendakwa anak mereka baik sedangkan hakikat sebaliknya.
Dalam hal ini, kita bukanlah hendak mengiyakan atau bersetuju dengan perbuatan penderaan berkenaan jika benar berlaku seperti dakwaan pelajar itu.
Memang kita tidak boleh berkompromi jika insiden itu benar-benar berlaku kerana ia agak melampau.
Namun, persoalannya kenapa ibu bapa yang terbabit terlalu manjakan anak-anak mereka sehingga tidak mahu percayakan pihak sekolah?
Bagaimana pihak guru hendak menjalankan tugas hakiki mereka iaitu mendidik dan membentuk anak-anak jika kita sendiri tidak percaya kepada sekolah dan guru?
Biarkanlah para guru dan pihak sekolah menjalankan kerja mereka sebaik yang mungkin.
Bukankah ibu bapa yang malu jika anak mereka digantung atau dibuang dari sekolah ataupun ditahan pihak polis?
Untuk itu, ibu bapa perlu bersikap lebih terbuka dan percayakan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Janganlah terlalu manjakan anak-anak kita demi kebaikan masa depan mereka sendiri.
Ingat, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Serdang, Selangor
myMetro: 22 Ogos 2011
4 ulasan:
Perangai mak bapak yg terlalu memanjakan anak2 hari ini merupakan salah satu sbb disiplin murid semakin teruk. Takj spt kita dulu...senakal manapun kita, kita tetap menghormati guru...
Kita tidak perlu menuding jari untuk mencari pesalah. Adakah ianya pelajar? ibu bapa? guru? pengurusan sekolah? Akta/Peraturan sekolah? Pihak Berkuasa?
Seingat saya kes ini dah menjadi kes polis dan pihak KPM.
Kertas, laporan dan keputusan siasatan dah keluar belum?
Penguatkuasaan peraturan dan undang-undang secara berhemah adalah jalan selamat membina masa depan anak-anak bangsa kita Malaysia.
Tidak perlu keputusan berpilih dalam penentuan keputusan.
Dlm banyak hal, cara/kadah yg dguna pakai zaman kita jadi murid dahulu dilihat lebih berkesan. Berbanding dgn kata-kata yg berfalsafah dan berbunga-bunga...
Sekadar berkongsi pengalaman semasa saya menjadi murid, pendidikan rendah saya di Bachok, beraliran inggeris.
Hanya matapelajaran bahasa melayu dan agama sahaja berbahasa melayu, selebihnya berbahasa inggeris.
Guru saya bangsa india, cina dan melayu boleh berbahasa inggeris.
Mungkin polisi sekolah, pada setiap masa (dalam/luar kelas)kecuali kelas agama dan BM, semua arahan guru dan jawaban murid serta permintaan murid perlu berbahasa inggeris.
Hingga kini bahasa inggeris saya boleh dikatakan baik dalam tulisan, percakapan dan pemahaman.
Terima kasih cikgu.
Perkara disiplin .. saya pelajar baik hanya dirotan sekali di betis kerana tak hadir SATU kelas tambahan ketika Tahun 6. Boleh bayangkan kesakitan kerana pada ketika itu kami berseluar pendek ke sekolah!
Hingga kini Guru itu saya tak hormati (walaupun kami solat tarawikh satu masjid sekarang). kenapa? hukuman corporal punishment yang tidak sepatutnya dijatuhi kepada saya tanpa mendengar alasan dan sebab saya tidak hadir ke kelas tambahan!
Catat Ulasan