2011/08/01
SAYA adalah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang tempoh perkhidmatan baru menjangkau setahun. Saya ingin menyuarakan rasa terkilan dengan keputusan yang dibuat berkaitan isu penyerapan GSTT.Ini berikutan kenyataan Kementerian Pelajaran bahawa tawaran penyambungan dan penyerapan hanya diberi kepada GSTT yang berkhidmat dua tahun atau lebih saja.
Saya rasa tidak ada perkara yang membezakan kami dengan GSTT lain. Ada sesetengah guru tetap yang sebelum ini tidak mengetahui status sebenar saya mengandaikan saya sebagai guru tetap dan agak terkejut selepas diberitahu saya hanyalah GSTT. Saya merayu agar pihak kementerian menilai kembali syarat yang ditetapkan ini.
BEKAS GSTT,
Pulau Pinang
Berita Harian Online: 1 Ogos 2011
7 ulasan:
saya rasa yg lebih 2thn lebih layak diambil menjadi guru kerana dh mempunyai lebih pengalaman, yg bru setahun tu masih lagi baru dan byk masa utk mereka mencuba bidang baru.
Saya juga bersetuju dengan pendapat dan pelaksanaan KPM dalam pengambilan GSTT yang telah berkhidmat 2 tahun dan ke atas. Banyak rasional dan pertimbangan yang telah diambil kira oleh pihak KPM utk menempatkan guru2 GSTT ini. Kepada yang terkilan, bersabarlah banyak2.
Saya pun setuju. Cumanya, tempoh latihan mereka perlu dilanjutkan bagi yg sudah ada ijazah. 2 thn pun ok. Bukannya setahun spt KPLI
saya juga terkilan krn saya juga gstt yg berkhidmat setahun shj (2010). dan hanya guru ganti pada tahun 2011. rezeki nak jd gstt tu tak ada pd thn ni... jd mohon kpm brilah kami pluang utk menimba pgalaman lg pd thn 2012 utk mncukupkan syrt 2 thn bg mlykkan diri utk d serap.
tolongla beri kelonggaran untuk GSTT setahun.. kami sgt ingin mengambil kursus perguruan.. - siti, GSTT selangor
saya pernah menjadi guru ganti sebanyak 7 kali sebelum setahun menjadi gstt....adakah saya masih tidak cukup berpengalaman?
Catat Ulasan