2011/08/02
KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ‘Akob Man, Kuala Lumpur’ dalam ruangan ini bertarikh 28 Julai 2011 ‘Nasib guru Tingkatan Enam belum terbela’.Pengisian jawatan kenaikan pangkat hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dari Gred DG44 ke Gred DG48 di sekolah yang mempunyai Tingkatan 6 perlu melalui urusan pemangkuan dengan memohon melalui iklan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.
Bagi guru yang memenuhi syarat pemangkuan dan diluluskan pemangkuan oleh LKPPP tetapi tidak dapat ditempatkan di sekolah asal mereka kerana jawatan atau pakej mata pelajaran Tingkatan 6 di sekolah berkenaan sudah penuh diisi, mereka akan dipertimbangkan untuk ditempatkan di sekolah lain tertakluk kepada kekosongan jawatan dan kekosongan pakej mata pelajaran Tingkatan 6 di sekolah Tingkatan 6 di negeri yang sama.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berita Harian Online: 2 Ogos 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan