2011/08/30
KEMENTERIAN perlu kaji semula skim gaji dan skim perkhidmatan warga pendidikan secara menyeluruh. Demikian tajuk utama Buletin Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) 2011. Tahniah saya ucapkan kepada staf kepemimpinan KPPK yang setiap detik memerah otak berjuang memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.Walaupun begitu, meneliti helaian demi helaian buletin itu, tidak ada satu pun nasib guru yang memegang ijazah sarjana dan PhD diperkatakan.
Putera Muadzam Shah,
Alor Setar, Kedah
Berita Harian Online: 30 Ogos 2011
19 ulasan:
Saya setuju skim perkhidmatan guru dikaji dan dibuat penambahbaikan tapi bagaimana dengan guru yang mendapat master dan phd tapi orang lain yang buat tesis??? Adilkah perkara ini diberi ganjaran.????
kebanyakan guru sarjana & PHD ni kat skolah pun pulun study untuk diri sendiri. anak didik sendiri terpinggir, berdosalah anda akan darah daging hasil dari gaji anda. Guru lain berhempas pulas buat kerja, dalam tu nak gaji skim lain lagi. lebih bagus anda pindah jabatan atau menjadi pensyarah di IPTA atau sewajarnya.
kenapa perlu tak bersetuju ngan pandangan di atas...baguslah kalau ada sedikit ganjaran kepada mereka yang mempunyai sarjana ataupun Phd... kepada guru lama pula...ada tak guru yang sambung ijazah sarjana muda meniru tesis dari orang lain?..setuju tak kalau mereka tak diberi pelunag ke gred 41...sama2 kita fikirkan...
sesuatu ganjaran yang diberikan itu mestilah sesuai dengan hasil kerja,perahan otak sendiri.
orang lain buat kita dapat hasil ertinya tak amanah,tidak jujur dan berdosa menerima sesuatu yang bukan dari hasil keringkat sendiri
Mmm..seronoknya muhasabah bab skim gaji, ilmu, kelulusan, kualiti kerja dan keikhlasan..
1.Penyakit bangsa Melayu yg suka hasad dengki bile orang lain berjaya. Sepatutnya kita semua cuba utk upgrade diri&kualiti kerja masing2...
2.Bab ilmu dan kelulusan juga menarik. Bukan pelajar Master&PhD aje, guru maktab@diploma juga menipu dalam tugasan / meniru dalam peperiksaan dll..Ni sambung ijazah sarjana muda pun, minta org lain siapkan assignment..Ada guru besar yg minta guru buatkan assignment.Mmm..benda ni bukan warga guru sahaja yg terlibat..Bidang2 lain pun sama. Ada la sorang dua yang skema yg buat sendiri.So..bab ilmu dan kelulusan tak perlulah nak dikaitkan dengan gaji, kecuali orang yang mengambil bidang kesufian dan beramal dengan ilmunya.
3.Bab keikhlasan&kualiti bekerja pun sama. Guru sijil maktab ke, diploma ke, sarjana muda ke, master ke, PhD ke..semua sama. Yang rajin akan rajin. yang malas akan malas. mmg dah itu attitude pekerja kerajaan. Duduk 5 tahun @ 10 tahun hatta 20 tahun kat sekolah pun xde apa2 sumbangan. Bergantunglah kepada pegurusan kepimpinan yang cekap di sekolah masing2.
4.Mengulas macam dah confirm guru master&PhD akan dapat skim gaji baru.hehehheheh...Susah jadi guru baru ni. Sambung master@PhD salah. Mohon hak DG41 ke atas salah. Dapat GC salah..padahal kerja kat sekolah kita pulun macam2 (adalah satu@dua yang skip).kerja kuliah lagi..Ya Allah, berikanlah aku&kawan2ku kekuatan!AMIN.
Saya adalah guru yang mempunyai sarjana.Selama 2 tahun saya memerah keringat untuk mendapat gelaran sarjana ini.Kini saya berpeluang untuk menyambung ke peringkat phd pula.Alhamdulillah.Bagi anda yang mengatakan cara meniru atau mendapatkan tesis daripada orang lain untuk mendapatkan gelaran sarjana atau phd adalah kurang bijak atau terus terang saya katakan anda pendek akal! Gunakanlah kepala otak anda kerana untuk memperolehi gelaran sarjana atau phd memerlukan pengorbanan yang tinggi bukan sahaja wang ringgit,keringat ,malah kita harus terlibat dengan pembentangan kolokium kajian yang kita laksanakan di hadapan pensyarah,dekan, penyelia dan ketua jabatan bagi mendapat persetujuan atau kelulusan hasil kajian yang kita laksanakan.Bukan mudah seperti yang anda sangkakan.Bagi pihak kementerian dengarlah rintihan kami yang telah berjaya memperolehi sarjana mahupun phd.Kami telah bersusah payah untuk memajukan diri kami semata-mata untuk meningkatkan martabat kami sebagai seorang guru.Kami juga layak untuk berdiri di hadapan.Fikirkanlah jangan tahu cakap ikut sedap mulut tapi tak menggunakan otak yang ada. Terima kasih.Maaf jika bahasa saya agak kasar.
Saya adalah student Master bukan sepenuh masa dan bukan bawah tajaan sesiapa yg menyambung pelajaran atas dasar menaiktaraf diri dan kualiti guru. Subjek dan habis alhamdulillah.tinggal menulis..ni dah 2 sem tertangguh sbb beri tumpuan utk pencapaian kokurikulum murid.Alhamdulillah tahun ni bercerita murid saya dapat johan kebangsaan dan tahap 1 dapat naib johan negeri.Nasyid yang paling tough dapat sampai ke negeri..Belum lagi tugas sebagai Ketua Panitia, Pegawai Aset dan kokurikulum...Belum lagi komitmen kpd PPD, Jabatan dan Kementerian.So janganlah pandai nak kata cikgu Master x buat kerja.Ade sorang ustazah kat sekolah saya ade Master dalam Syariah, kalau xde dia x taulah macam mana pengurusan peperiksaan sekolah sbb dia SUP.Sekarang nak isi data SAPS lagi...Nak ajak dia beri sumbangan pada PPD dan jabatan pun, pentadbir berat hati nak lepaskan sbb siapa yg nak buat kerja sekolah nanti.X payahla nak kutuk2 cikgu yg ade Master dan PhD sbb bukan Master dan PhD tu yg jadi punca..tapi sikap dan mentaliti masing2 yang berbeza2.
Saya dah kata bukan semua terlibat tetapi bagi " YANG TERLIBAT JE". jangalah pula yang tidak terlibat terasa diri meniru tesis orang lain/beli tesis/kotrak tesis.
Bagi yang amanah dan bertanggungjawab memenaglah kita hormat tinggi tapi bagi mereka yang begitu nak hormat apa???
Kenyataan tetap kenyataan bahawa ada guru yang mendapat master/Phd bukan hasil 100% kerja sendiri.
Jadi, kumpulan ini yang kita pertikaikan bukannya mereka yang buat kerja betul2. Ada faham ..wahai cikgu.yang arif lagi bijaksana..lu fikirlah sendiri
Tuan Guru Lama,
Camno nak kenal pemilik Sarjana tulen , Ph.d tulen.
Ada bekas di dahi?
Cakap sekarang perlu bukti ! tohmahan tak main ! ada bukti pun kekadang boleh dipertikaikan !
usahlah memalukan kaum guru sendiri.
muhasabahlah diri. maaf.
Setuju..
Hipotesis Guru Lama perlu dibuktikan. Kelak hidup bergelumang dosa fitnah. Saya pun ade dengar perkara ni, tapi x pernah lihat bukti yg kukuh. Kadangkala sesuatu tesis@disertasi boleh sahaja menggunakan tajuk dan metodologi yg sama tetapi dengan kawasan&responden yang berbeza. Kadangkala tajuk sama.sampel sama tetapi pembolehubah yang berbeza.
Kalau Guru Lama mempunyai bukti yang betul dan kukuh, sila buktikan dengan membuat laporan di universiti berkenaan atau mungkin saja di balai polis berhampiran.
Atau boleh saja tuan mencari data daripada sumber yang betul tentang peratusan guru Master&PhD yang (meniru tesis orang lain/beli tesis/kotrak tesis) di Malaysia ataupun di universiti2 tertentu.
Bukan mudah untuk mendapat segulung sarjana.Pengorbanan masa, wang ringgit dll.yang merasa saja yang tahu peritnya. Ramai yg terkandas di tgh jalan. Kalau tesis dibeli, mereka tak mampu berdiri utk membentangkan tesis dan bersoaljawab dgn dekan2 dan ratusan audien. Yg terkandas dah lama cabut lari,kelas sy dr berpuluh, hanya tinggal 17 belas, itu pun ramai yg extend pgajian sb pelbagai masalah, kami tak konvo dlm masa yg sama, itu tandanya bukan mudah nak berdiri di depan canselor. Guru lama hanya mdengar cerita. Nak berperang kalau tiada ilmu, ibarat menyerah diri utk dicincang. Mungkin kalau tesis boleh dibeli, sy pun nak membeli disaat itu. Tapi mampukah seorang sarjana itu berdiri utk menjawab tujahan2 soalan dari Professor dan Dr2. Satu mesyuarat akan diadakan oleh prof2 dan Dr2 untuk menganugerahkan segulung sarjana kpd yg layak. Mampukah kami membeli dari golongan ini? setiap paper terpaksa kami bentangkan, kwn saya sehingga kini tak tercapai segulung sarjana kerana tak dpt siapkan tesis yg terakhir, saya tak tahu kenapa dia tak mahu membeli segulung sarjana itu... atau dia pun tak tahu dimana dia hendak membelinya, tentu guru lama tahu???
Bukan mudah untuk mendapat segulung sarjana.Pengorbanan masa, wang ringgit dll.yang merasa saja yang tahu peritnya. Ramai yg terkandas di tgh jalan. Kalau tesis dibeli, mereka tak mampu berdiri utk membentangkan tesis dan bersoaljawab dgn dekan2 dan ratusan audien. Yg terkandas dah lama cabut lari,kelas sy dr berpuluh, hanya tinggal 17 belas, itu pun ramai yg extend pgajian sb pelbagai masalah, kami tak konvo dlm masa yg sama, itu tandanya bukan mudah nak berdiri di depan canselor. Guru lama hanya mdengar cerita. Nak berperang kalau tiada ilmu, ibarat menyerah diri utk dicincang. Mungkin kalau tesis boleh dibeli, sy pun nak membeli disaat itu. Tapi mampukah seorang sarjana itu berdiri utk menjawab tujahan2 soalan dari Professor dan Dr2. Satu mesyuarat akan diadakan oleh prof2 dan Dr2 untuk menganugerahkan segulung sarjana kpd yg layak. Mampukah kami membeli dari golongan ini? setiap paper terpaksa kami bentangkan, kwn saya sehingga kini tak tercapai segulung sarjana kerana tak dpt siapkan tesis yg terakhir, saya tak tahu kenapa dia tak mahu membeli segulung sarjana itu... atau dia pun tak tahu dimana dia hendak membelinya, tentu guru lama tahu???
Insyallah, Sedikit masa lagi TPM atau PM akan umumkan guru-guru yang mempunyai Master dan PhD akan menerima hadiah kenaikan gaji. Tapi belum pasti berapa kenaikan. Doa2kan ia diumumkan segera. Sebelum itu pastikan guru-guru masih simpan surat kebenaran sambung pelajaran yang dikeluarkan oleh KPM atau JPN masing-masing. Hanya guru dengan kebenaran sahaja diberi hadiah kenaikan gaji ini.
yang lama tetap akan lama jika tak di perbaharui...terjun lah dan rasailah sendiri dlm bidang MA/PHD baru anda tahu apa yang sebenarnya anda ucapkan dan fikirkan...
perbezaan kematangan seseorang itu boleh di ukur dari ucapannya,,semangatkan para pendidik pendidik menggali dan mengkaji bidang MA/PHD itu lebih baik.
tersenyum membaca kenyataan yang diberikan..saya tertanya2 master n phd yang mana ye dapat diupah buat tesis.. bukan senang utk menyambung master n phd.. anda akan merasai kalau anda masuk dalam alam ini..sarjana n phd bukanla sesenang yang anda sangkakan.. tesis yang dibentangkan adalah benda baru, bnyk stage yang perlu dilakukan untuk disiapkan.kalau adapn mungkin sorang dalam seratus, wajarkah anda menyatakan begitu wahai guru lama? fikir2kan..
itu dengki punya pasal. sebenarnya memang berbeza orang yang memiliki sarjana/phd dengan mereka yg tidak memilikinya terutamanya dari segi analisis dan pola pemikiran sesuatu perkara/isu/permasalahan. ini terbukti.
Kalau guru itu mempunyai inisiatif untuk menyambung pelajaran tidakkah mereka-mereka ini sebenarnya telah menunjukkan kualiti dalam profesion guru.Nah apa lagi yang kita mahukan dalam peningkatan kerjaya?tetapi sayangnya guru-guru ini tidak diberi apa2 kenaikan dan akhirnya lari ke tempat lain. Tidakkah ini satu kerugian kepada sekolah2 di Malaysia?yang malas disimpan bermaharaja lela tanpa dengan tindakan buang kerja.Akhirnya murid juga yang kerugian.Saya berani katakan,guru yang menyambung pengajian ke peringkat sarjana/phd seorang guru yang berdedikasi dan aset kepada KPM. Jangan biarkan mereka lari lagi dengan memberi faedah kenaikan pangkat yang setimpal dengan kelayakkan.
wahai menteri bagi naik la gaji ke imbuhan ke pada cikgu master dan phd ni...bagi 5 kenaikan ka 10 kenaikan ka...aku tumpang gumbira aje. sekurang2nya anak2 atau anak2 sedara akan rajin sambung belajar. bagi yg dengki dgn yg ada master/phd ni memang bengong dan bahlol. jangan singkat pikiran la...dah awak tu pemalas dan tak nak belajar jgn main tuduh2 itu ini. kalau ada kenaikan nanti aku pun mungkin naik semangat nak belajar balik, service ada lg 12thn...
Catat Ulasan