Jumaat, 5 Ogos 2011

Tiada tawaran waran perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41/DG44

2011/08/05

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk surat pembaca ‘Guru Ijazah Terpinggir, Kuala Terengganu’ dalam ruangan ini bertarikh 28 Jun 2011 – Guru siswazah sekolah rendah terpinggir.

Jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah rendah adalah jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 adalah berdasarkan waran perjawatan yang diluluskan dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41/DG44.
Bagaimanapun, dasar Kementerian mengekalkan Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah rendah yang melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan dilantik ke gred DG41 di sekolah asal mereka secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Keputusan ini sejajar matlamat Kementerian meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepemimpinan di sekolah supaya tidak menjejaskan pentadbiran sekolah rendah. Dalam tempoh pelaksanaan dasar pensiswazahan, ia tidak diperluaskan pemakaiannya kepada guru siswazah lain kerana pada masa sama Kementerian perlu memberi peluang kenaikan pangkat terhad bilangannya berbanding saiz guru PPPLD yang ramai.

Di samping itu, pengisian jawatan Guru Besar PPPLD Gred DGA32 dan Gred DGA34 di sekolah rendah berdasarkan calon diluluskan melalui pemangkuan dan kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).

Pengisian jawatan itu perlu merujuk waran perjawatan diluluskan kerajaan melalui Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) iaitu jawatan khusus untuk PPPLD.
Sehubungan itu, PPPS Gred DG41/DG44 tidak layak memegang jawatan Guru Besar Gred DGA32/DGA34 berdasarkan:
i) PPPS DG41/DG44 berada dalam skim perkhidmatan dan jawatan berbeza iaitu bukan skim perkhidmatan dinyatakan bagi jawatan diluluskan melalui waran perjawatan; dan

ii) Pada masa ini, masih belum wujud jawatan Guru Besar PPPS Gred DG41/DG44 dalam waran perjawatan yang diluluskan.

Bagaimanapun, PPPS di sekolah rendah masih berpeluang dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi syarat ditetapkan skim PPPS dan diluluskan LKPPP.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berita Harian Online: 5 Ogos 2011

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JAWAPAN YG Sudah terlalu LAPOK & USANG&KETINGGALAN ZAMAN.

Sepatutnya " KPM akan mengemukakan kertas cadangan utk melantik GPK &GB di S.Rendah drp kalagan guru DG 29/32 yg telah mendpt DG41 serta memenuhi beberapa kriteria penting yg akan ditetapkan. Selaras dgn matlamat KPM menjelang 2015 50% guru siswazah di SR, makan wajarlah GB dan PK terdiri drp kalangan sisawazah.
Sebagai permulaan, menjelang 2013, pengmabilan kohort 1 PK DG41 akan dilaksanakan. Selepas 5 thn, mereka yg layak akan dinaikkan pangkat sbg GB DG 44.

"Walau bagaimanapun, GBDGA32,34&38 yg sedia ada dikekalkan sehingga mereka pencen.

Bagi PPPLD yg lain, mereka akan ditawarkan jawatan Guru CEMERLANG DGA 32,34 dan 38 sbg penghargaan drp kerajaan.

KALAU BAGI JWPN MACAM NI, BARULAH NAMPAK KPM PROAKTIF SIKIT DAN BERPANDANGAN JAUH.
Bukannya asyik bagi jwpn lapok.

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh penulis ini. Terdapat berpuluh ribu guru XPPPLD yang telah bersusah-payah belajar secara sepenuh masa atau separuh masa untuk menambahkan kelayakan ikhtisas mereka, tetapi segala perit jerih yang telah mereka lalui hanya diberikan ganjaran yang TIDAK masuk akal langsung. Iaitu tidak boleh memohon untuk kenaikkan pangkat sebagai GPK atau pun GB di sekolah rendah. Alasan yang diberikan memanglah MEMBOSANKAN kerana tiada usaha langsung dari pihak kementerian untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kebolehan ikhtisas untuk GPK dan GB. Peratus guru berijazah dalam sesebuah sekolah adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan yang enggan menyambung pelajaran. KPM haruslah memberi peluang kepada X-PPPLD yang telah bersusah payah melanjutkan pelajaran mereka. TOLONGLAH tunjukkan sedikit kesungguhan untuk meningkatkan kecekapan dalan Bidang Keguruan di Malaysia.