Oleh Basir Zahrom
JAMELAH diarak pelajar SMK Perimbun pada majlis perpisahan di sekolah itu, baru-baru ini. |
SELEPAS 32 tahun menabur bakti sebagai pendidik, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Cheras, Selangor, Jamelah Mansor akhirnya bersara daripada bidang dicintai itu.
Bagaimanapun khidmat dan kepakaran bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu masih diperlukan apabila kini dilantik oleh Kementerian Pelajaran sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Sekolah Kluster dan Sekolah Berasrama Penuh.
Jamelah memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Convent Muar, Johor pada 1976 sebaik menamatkan pengajian di UKM pada tahun sama.
Sebelum berkhidmat di sekolah itu, Jamelah pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) di SMK Vivekanada, Pengetua SMK Desa Tun Hussein Onn, pensyarah di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa, Maktab Perguruan Seri Kota, di Kuala Lumpur, dan Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.
Jasa dan kecemerlangan beliau memimpin SMK Perimbun terbukti apabila sekolah berkenaan berjaya mencipta pelbagai kejayaan termasuk Sekolah Harapan Negara pada 2004, Johan Peringkat Kebangsaan dalam Program Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan serta Johan Anugerah Sekolah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan (2006).
Berkat kerja keras dan idea kreatif selama 11 tahun di sekolah itu, Jamelah juga berjaya melonjakkan imej SMK Perimbun sehingga menjadi institusi disegani di daerah Hulu Langat.
Berita Harian Online: 14 November 2008
1 ulasan:
Saya Mencari Cikgu Sudirman. pada tahun 1990 dia mengajar di Sekolah Rendah Batu 3 Setengah, Cheras.
Dia adalah akela Pengakap saya.
Famie Shafie
013-3881973
Catat Ulasan