Ahad, 16 Januari 2011

600 guru kanan kempunan naik pangkat

KUALA LUMPUR – Lebih 600 orang guru penolong kanan siswazah di seluruh negara mendakwa hak mereka untuk mendapat kenaikan pangkat menjadi guru besar sekolah kebangsaan dinafikan.

Ia berlaku apabila mereka berada dalam gred DG41 sedangkan syarat untuk jawatan guru besar hanya bagi guru yang mempunyai gred gaji DG34 iaitu bukan siswazah.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad berkata, polisi itu menyebabkan ramai guru yang menyambung pengajian di peringkat ijazah kecewa kerana disekat daripada mendapat kenaikan pangkat.

“Sepatutnya guru yang sudah lama menjadi penolong kanan sekolah selepas melanjutkan pelajaran dapat peluang naik pangkat jadi guru besar tetapi sekarang ia tidak berlaku.

“Selepas tamat belajar mereka tetap akan jadi penolong kanan walaupun gred mereka lebih besar daripada guru besar sekolah itu sendiri,” jelasnya kepada Kosmo! Ahad di pejabatnya di sini semalam.

Kosmo Online:16 Januari 2011

13 ulasan:

KPLI2005 berkata...

Sudah sampai masanya kementerian mengkaji semula perkara ini. PPPS DG41 perlu diberikan tempat yg sewajarnya di sekolah rendah. Selain taraf perjawatan yg tinggi, ada dalam kalangan PPPS DG41 ini yg memiliki MASTER dan phD. Bukan nak merampas kuasa, tetapi dalam mana2 jabatan kerajaan yg lain, tidak ada pegawai pada kedudukan yg rendah menjadi Ketua Jabatan kepada pegawai yg mempunyai kedudukan perjawatan yg lebih tinggi daripadanya..Alasan pengalaman sudah tidak boleh dijadikan kayu ukur utama.PPPS DG41 yang berkhidmat 10 tahun dan ke atas dilihat sudah layak utk menggalas tanggungjawab ini.

Tanpa Nama berkata...

DASAR LAPUK KPM perlu diubah. Sudah ketinggalan Zaman. Senario ayang akan berlaku:

1. Dlm 3-4 thn lagi, akan ramai guru DG44 di SR. Ramai yg DG41 akan naik pngkat. Tahun2 seterusnya, bilangannya akan bertambah.

2. Dlm 10 thn lagi, yg Dg44 tadi akan naik ke DG 48. Yang Dg41 akan ke DG 44. Takkanl;ah pada masa ini GB masih lagi DG 32,34dan 38.
Sudah sampai masanya transformasi perkhidmatan pendidikan dilakukan TETAPI ada mestilah bersyarat:

1.Lantik GPK 41 skrg ke jwtn GB mulai skrg - syarat penting:
a)Pengalaman di SRendah mesti lebih 15 thn(penting utk pengalaman mentadbir si SR)

2.Lantik Guru Biasa DG41 ke Jwtn GPK secara beransur-ansur-Pengalaman si SR mesti melebihi 15 thn.

3.Utamakan PPPLD ke PPPS dahulu. (DG29/32 ke DG 41). Guru KPLI/JQAF -tunggu selepas 18 thn.

4. Guru DG 41 di SM jgn dibawa turun ke SR. Ini berkaitan pentadbiran di SR.

PENTING:
Kita tidak boleh melupakan guru-guru yg tidak menyambung pelajaran(PPPLD).

1. Sbg penghargaan, lantik mereka ini sbg Guru Cemerlang. Dgn pengalaman melebih 20 thn, amat wajar dan LAYAK mereka diberi guru cemerlang DG 34, 38 berbanding gn yg baru 8 thn dah jadi guru cemerlang.

"KITA PERLU BERUBAH, JIKA TIDAK PROFESYEN PERGURUAN AKAN DITERTAWAKAN ORG. KETUA JABATAN GRED LEBIH rendah drp ANAK BUAH"

Tanpa Nama berkata...

Saya pun hairan juga, setahun menjalani program NPQH di IAB, lepas tu buat pula ijazah bawah program pensiswazahan guru besar, bila dah dilantik ke DG41, jangan kata nak jadi guru besar nak jadi GPK pun tak boleh, dengan hati sayu tenguk je lah guru-guru yang lebih junior jadi bos ... dah nasib badan agaknya, sampai pencenlah jadi guru biasa je

guru yahya berkata...

sabar, saya yakin KPM sedang mengkaji perkara ini

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi,
menjalani program NPQH di IAB perlu diberi keutamaan. Kesian. KPM hantar kursus,, pas tu tak gunakan mereka ni dgn sebetulnya.

kamanuk berkata...

Dasar Kementerian Pelajaran yang suudah lapuk menjatuhkan maruah para siswazah. Bayangkan seorang GB hanya lulus SPM + Sijil ikhtisas berbanding dengan seorang guru kanan lulusan Sarjana muda pendidikan + SPM + sijil perguruan ). Inilah yang dikatakan Keluarga 69. Ertinya nilai guru siswazah itu( DG32 + Dg41). = guru bukan siswazah ( DG34 )

Baik jangan sekolah tinggi ..buang masa je keran semua itu tiada nilainya. Lebih baik lagi main forex dapat duit daripada peningkan kepala memikirkan GB yang tidak tinggi sekolah berlagak DR

Tanpa Nama berkata...

Saudara KAMANUK,

Saya bersetuju bhw DASAR KPM memang sudah lapuk... tetapi dlm isu belajar tinggi@tidak,kita mestilah ikhlas belajar. Teruskan menuntut ilmu kerana itu tuntutan agama. Tidak sama antara org yg berilmu dgn yg tidak berilmu.

Kalau niat kita tidak ikhlas.... tak berkat ilmu yg kita belajar.

"KITA PERLUKAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PENDIDKAN"

kpli_2004 berkata...

Saudara Tanpa Nama..
Betul pendapat saudara ttg bab ikhlas dalam menuntut ilmu tu. Tapi hakikatnya pd hari ini, kebanyakan GB di sekolah tidak menggalakkan (bahkan menyusahkan..) guru2 yg menyambung pelajaran (kecuali GB tersebut turut menyambung pelajaran juga).Dah tahu hari Sabtu, guru ade kelas, hari tulah nak buat LADAP & prog2 lain. Tak dtg, kena bagi surat tunjuk sebab...Sepatutnya guru yg sambung belajar boleh diberikan tugas2 pra-program spt buku program, persiapan dewan, susun bahan fail dll..itu kalau GB yg memahami lah.

KPM juga tidak menyediakan skim penggredan dan insentif yg bagus utk guru2 yg meyambung pelajaran di peringkat sarjana muda, Master dan phD. Kalau nak diharap kepada GC semata-mata, amatlah sukar. Cuba lihat peratus GC yg dilantik mengikut jemaah nazir adalah terlalu kecil berbanding GC yg dilantik oleh GB2 di sekolah dulu.

Akhirat, akhirat juga. Tetapi dunia nabi suruh usaha juga. Kalau sistemnya tidak merangsang ke arah itu, maka orang tidak akan berlumba-lumba ke situ. Alasannya sambung MASTER buat apa? Bukan dapat naik gaji pun...Banyak sungguh cabaran nak menuntut ilmu nih.

Tanpa Nama berkata...

KPLI 2004....saya memang setuju dgn pendpt saudara.

1) Memang ada GB yg tak suka guru2nya sambung belajar sbb nanti guru tu akan potong gred gaji dia.

2) Kalau GB seorg yg bijak, dia tak kisah guru-gurunya belajar. Dia akan beri tugasan yg sesuai dgn guru tersebut spt yg anda kata.

3) Hanya GB yg kurang cerdik shj gemar membuat xtvt sekolah pada hari Sabtu. Kalau setiap minggu ada xtvt hari Sabtu, laporkan shj kepada KPPK@KPM. Sertakan bukti spt surat arahan, takwim dsb.

4) Memang sepatutnya ada perbezaan gred gaji antara lulusan diploma, ISM, Sarjana dan Phd. Kalau tak silap , masaSambutan H.Guru 2010 lepas, menteri dah umumkan. Tapi tak tahulah setakat mana perkembangannya.

5) Yang penting, kita belajarlah semampu mungkin. Mungkin kita tak dpt imbuhan melalui gaji skrg, tetapi insyaallah....adalah rezeki lain yg tuhan akan bagi.

Tanpa Nama berkata...

kwn2 kita yg asal dg2941 yg dh jd GPK cerah la juga peluang nk jd GB.tp kami ni dg2941 yg masih guru biasa,habuk pn tarak..kami pn sama cam diaorg..kami nk pluang jd GPK n GB sekolah rendah yg dh 20 tahun kami timba pengalamannya.klu tk mampu selesai kes ni,kerajaan jgn cakap la tentang kelas2 dunia ni..penipu je.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah 2o thn(disekolah rendah) memang layaklah dipertimbang utk menjadi PK/GB DG41,

KPLI2005 berkata...

Mmmm..banyak yg kerajaan ( x kira lah BN atau PR ) kena buat untuk memartabatkan profesion perguruan ini dengan benar dan ikhlas..Jangan hanya pandai bermain kata-kata kerana untung ruginya nanti adalah kepada anak bangsa kita juga.

Tanpa Nama berkata...

perlu ditangani segera isu guru dg2941 yang telah lama tidak mendapat pembelaan. KPM dan JPA perlu sama2 mengakui kesilapan lalu dan tebus kesalahan itu segera...tidak salah mengaku kesilapan dari menuding jari menyalahkan pihak2 lain.