Isnin, 17 Januari 2011

GMPP, PIBGN cadang mansuh yuran sekolah

KUALA LUMPUR - Sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) semalam meminta kerajaan menghapuskan yuran sekolah yang didakwa semakin meningkat setiap tahun.

Penyelaras GMPP, K.S. Bawani mendakwa yuran persekolahan tahun ini meningkat 10 peratus daripada tahun-tahun sebelumnya, dengan yuran sekolah rendah yang sebelum ini hanya antara RM26-RM28 bagi setiap pelajar meningkat kepada antara RM35-RM40 seorang.

"Bagi sekolah menengah jumlah bayaran tambahan dikenakan sekitar RM100 seorang berbanding RM60-RM80 seorang pada tahun-tahun sebelum ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bawani berkata, kerajaan juga perlu mengawal selia yuran tadika yang kini mencecah RM300-RM400 seorang hanya untuk urusan pendaftaran dan yuran bulanan antara RM50-RM60 seorang.

Kosmo Online:17 Januari 2011

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takkanlah semua nak free. Saya setuju jika mereka yg benar-benar susah shj diberi percuma.

Utk anak, kita terlalu berkira. Setahun sekali aje. Utk ASTRO, HP, Internet, Kereta....kita boleh bayar.
Utk kemajuan anak.....tak boleh pula.

Sepatutnya, dari Bulan Januari ni, dah mula menabung utk perswekolahan anak 2012... jgn pula bulan Disember baru nak kelam kabut.

"PERCUMA UTK MEREKA YG BERNAR_BEANR MISKIN SHJ"

Tanpa Nama berkata...

Ini isu remeh. Mak Pak tak bising pun. GMPP dan PIBGN kena kaji dan lihat kenapa cikgu ajar Matematik murid baik/sederhana susah nak faham. Tapi murid yang sama pergi kelas tiusyen boleh faham.

Usahlah jadi jaguh tak kena tempat. Banyak masalah lain yang boleh tolong murid dan guru.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah tu..lepas ni mintaklah pulak tiap-tiap pelajar diberi elaun atau duit saku misalnya sorang RM 100 sebulan. Jangan lupa mintak sekali duit tambang bas sekolah tiap bulan..dan apa-apa lagi yang perlu..buku tulis pun biarlah free jugak....susah kalau idea kokak tak bertempat macam ni...pegi dah.