|
|
KUALA TERENGGANU 28 Jan. - Seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di Kuala Besut cedera di belakang badannya akibat dirotan oleh gurunya di sekolah itu kelmarin.
Akibat dua kali dirotan, terdapat dua kesan birat pada belakang Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, dan sejurus dipukul, mangsa terkencing di dalam kelasnya kerana kesakitan.
Kejadian dikatakan bermula apabila mangsa selesai menduduki satu ujian di dalam kelasnya sebelum menyerahkan kertas ujian tersebut kepada guru terbabit.
Menurut Wan Mohd. Faris, ketika menuju semula ke tempat duduknya, dia menjenguk seorang rakannya yang sedang menjawab kertas ujian itu sebelum disedari guru berkenaan.
"Bagaimanapun, secara tiba-tiba cikgu meluru ke arah saya dan terus rotan. Dia tanya sama ada saya sakit atau tak. Belum sempat saya jawab, dia rotan sekali lagi," katanya ketika dihubungi di Kuala Besut hari ini.
Menurutnya, dia yang kesakitan akibat dirotan kemudian dibantu guru kelas menyapu ubat pada kesan luka di belakangnya sebelum kes itu dirujuk kepada guru besar.
Berikutan kejadian itu, mangsa kini trauma untuk kembali ke sekolah dan masih terkejut selain mengalami kesakitan akibat dirotan guru terbabit.
Dalam pada itu, ibu mangsa, Zakiah Kauzi, 41, berkata, semasa dia tiba di sekolah kira-kira pukul 1 petang hari kejadian, muka anaknya kelihatan pucat kerana dipercayai terkejut dengan kejadian itu.
"Saya terus bawa anak saya ke Hospital Besut untuk rawatan sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian itu," katanya.
Menurut Zakiah, berikutan kejadian itu, Wan Mohd. Faris enggan ke sekolah dan masih trauma dengan kejadian yang menimpanya.
Dia turut kesal dengan tindakan guru terbabit yang bertindak sedemikian tanpa usul periksa sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan ketakutan.
"Saya tak kisah kalau guru nak tegur atau ajar anak saya tapi jangan sampai mencederakannya," ujarnya.Utusan Malaysia Online:29 Januari 2011
7 ulasan:
Kalau ada bukti kukuh, elok saman cikgu ni. Mereka manusia biasa, dan tertakluk kepada undang-undang. Ini juga merupakan satu penderaan kanak-kanak. Apa sangatlah ujian tu.
Kita lihat, apa kata ..., masyarakat umum.
Dasyat jugalah guru ini. Guru ini membuat tindakan melebihi batas. Peraturan yang ditetapkan oleh KPM tidak membenarkan seseorang guru kecuali Gb sahaja merotan pelajar kecuali jika ada surat arahan turunkan kuasa kepada hanya GPK Hem atau Guru Disiplin. Bahagian badan yang boleh dirotan telah ditentukan dan jelas sekali bahagian belakang badan seperti yang dipaparkan tidak bolehlah ...Saya ingat guru ini sudah dirasuk..lah..Tak baca peraturanlah..ini guru panas baranlah mengalahkan tanggungjawab ibubapalah...
Hoi...guru..yang budiaman ...yang engkau rotan anak orang tu melebih-lebih apahal ...
Taka layak kau jadi guru yang berhemah..bertanggungjawab..adil dan bertimbangrasa ..semuaperkataan itu tiadak menggambarkan engkau wahai guru yang terlatih ...
Memalukan warga guru sahaja
salah cikgu korang nampak...salah budak tu korang buat tak nampak...
mesti ada sesuatu yang berat samapi cikgu tu ambil tindakan luar batas...
mana ada cikgu yg bodoh cari masalah macam tu beb....
apa pun masalah kena ikut peraturan..tak boleh ikut nafsu bertindak diluar batasan. sekadar melihat murid meniru lalu merotan murid tidak berbaloi oi ..saya pun cikgu dah 24 tahun saya jadi cikgu tapi bab merotan kat belakang murid tidak pernah saya buat. Paling terlebih pun kat punggung atau tapak tangan..
kita kena ingat, tanggungjawab kita ialah mendidik murid bukan mendera murid jauh sekali ada dendam kesumat..
inilah zaman sekarang ramai guru kurang matang membuat tindakan tapi bila diberi tanggungjawab macam-macam alasan. Kadang-kadang tu baru 3 tahun jadi guru tapi berani mengajar guru atau tidak ikut nasihat guru senior...
entah apa yang dibelajar kat u
sekarang ni ramai guru kurang matang. sebab itulah ada yg berani bertindak yang bukan2, seperti merotan murid dan menyokong pembangkang. Makin ramai guru yang kononnya alim cuba memaksa murid perempuan memakai tudung, ini boleh mengganggu emosi pelajar perempuan, mereka perlu dibebaskan dari sbarang tekanan psikologi.
Juga pengetua juga perlu pastikan mana2 guru yang membawa akhbar fitnah iaitu harakah dan keadilan digantung sekolah, kerana menentang aspirasi YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pn. Hamidah, persoalan kita bukan soal penyokong pembangkang kerana yang menyokong BN pun belum tentu matang dalam setiap tindakan.
Kita persoalkan mentaliti guru hari ini sehingga sanggup merotan murid seperti dalam gambar hanya kerana murid itu meniru. Mungkin murid itu tidak meniru hanya terpadang atau teroleh ke arah kertas rakannya. Kalau pun murid itu meniru tindakan merotan dibahagian belakang sama sekali tidak menggambarkan sikap seorang guru yang terlatih dan profesional. Itu tindakan emosinal..panas baran..dan tidak bertanggungjawab.Guru ini tidak memahami dan tidak tahu ETIKA PERGURUAN.
Guru ini hanya layak jadi tukang kebun kat sekolah.. supaya dia boleh melepaskan kemarahannya pada sampah,rumput dan semua benda-benda mati yang bertempiaran kat sekolahnya dan bukan pada murid yang masih hingusan.
Dalam keadaan apa sekalipun, merotan murid perlu dilakukan secara berhemat.
Ikuti Peraturan-peraturan Pelajaran. (Disiplin Sekolah) 1959.
Saya ingat guru ini ada masalah mental. Baik Guru Besar rujuk guru ini ke Klinik Psikiatrik berdekatan eg di Hospital USM (paling dekat dengan Besut)untuk pemeriksaan kesihatan mental.
Saya sokong penuh ibubapa pelajar ini yang buat Laporan Polis. Tak masuk akal kes macam ni pun kena rotan !!! Mental retardation guru ini agaknya !!!
- bapa prihatin, jelawat, bachok
Catat Ulasan