Sabtu, 22 Januari 2011

PPSMI tetap dimansuh 2012 - Puad

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kementerian Pelajaran tetap dengan pendirian bahawa kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan dimansuhkan berkuat kuasa 2012.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pendirian itu adalah muktamad dan tiada apa lagi yang perlu diperbincangkan mengenai perkara tersebut.

Kata beliau, isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam sektor pendidikan negara melalui banyak perbincangan sebelum ini.

"Kita telah banyak berbincang dan menjalankan kajian sebelum membuat keputusan untuk memansuhkan PPSMI berkuat kuasa 2012.

"Jadi sepatutnya tidak timbul lagi isu-isu mengenainya. Kementerian tetap dengan keputusan bahawa PPSMI akan dimansuhkan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) supaya PPSMI dijadikan sebagai opsyen di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Perkara tersebut dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan oleh Pengerusinya, Datin Noor Azimah Abdul Rahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diterima oleh Setiausaha Sulit Kanannya, Mohamad Amir Harun di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar menerusi mata pelajaran sains dan matematik.

Bagaimanapun pada 2009, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan dasar itu berkuat kuasa pada 2012, manakala sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek berkenaan.

Menurut Puad, beliau faham tindakan Page itu adalah bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid serta pelajar sekolah.

Bagaimanapun, katanya, kementerian telah memutuskan bahawa PPSMI bukanlah langkah terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa itu sebaliknya akan memberi lebih tekanan kepada pelajar.

"Langkah terbaik ialah memberi penekanan kepada pengajaran serta pembelajaran bagi subjek Bahasa Inggeris itu sendiri bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut dan kami memberi perhatian yang serius kepada perkara tersebut,'' jelas Puad lagi.


Utusan Malaysia Online: 22 Januari 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sayang sokong mansuhkan PPSMI...bukan skrg,,,tetapi sejak dari mula pelaksanaannya.

Tanpa Nama berkata...

ini bermaksud org diatas x patuh dasar BN, dan dikira org pembangkang

Tanpa Nama berkata...

Adoi.... tak setuju dasar bukan bermakna pembangkang....itu namanya berbeza pendapat. Ada otak fikir... bukan ikut membuta khinzir

Madame A berkata...

Sila baca THESTAR 10 April 2011 - Perdana Menteri memberi harapan tentang isu PPSMI - sekolah mungkin diberi pilihan sama ada meneruskan PPSMI atau sebaliknya. Saya berpendapat lebih ramai ibu bapa yang menyokong PPSMI daraipada yang mahu anak mereka belajar Sains dan Matematik dalam BM.

Ah Tong berkata...

PPSMI (PENGAJARAN FIZIK, KIMIA BIOLOGI DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS)

FAKTA 1

PPSMI HANYA MENGUNTUNGKAN ORANG BANDAR SAHAJA.
500,000 PELAJAR TERLIBAT DAN SEBAHAGIAN BESAR AKAN MENJADI MANGSA DALAM SISTEM PELAJARAN YG MEMENTINGKAN ORANG BERPENDAPATAN TINGGI.. YANG MAMPU BAYAR TUITION BERATUS RINGGIT UTK ANAK MEREKA MENDAPAT “A” DALAM SPM.
PERJUANGAN UTK PPSMI ADALAH PERJUANGAN ORG CINA KAYA, MELAYU BANDAR= YG TIDAK MEWAKILI RATUSAN RIBU IBU BAPA LAIN YG TERLIBAT.

PERSATUAN IBU BAPA YG AKTIF MEMBANTAH PENGAJARA DLM BAH MELAYU ADALAH ORG CINA BANDAR.

HANYA SEBILANGAN KECIL DARI MEREKA YANG MENDATA 4A ---- SEMUANYA ADALAH MEREKA DI BANDAR (JIKA TIDAK DI ASRAMA PENUH.)
( ASRAMA PENUH HANYA DAPAT MENERIMA SEGELINTIR PELAJAR SAHAJA
KEBANYAKAN DARI KELUARGA ORG KAYA, POLITIK ATAU BERPENGARUH.)

THE STAR
STAR, KEPUNYAAN MCA ADALAH AKHBAR UTAMA YG MENGGALAKKAN PROVOKASI MEMPERKASAKAN PPSMI, UTK MENGHAPUSKA BM, KONONYA BI BAHASA DUNIA.
TIAP HARI MENYIARKAN “RUNGUTAN’’ “ PEMBACA” ( YG TAK WUJUD)

PEMBACA2NYA ADALAH ORG BANDAR-LEMBAH KLANG, IPOH, PENANG , MELAKA JB, DSBNYA. LIHAT\LAH SIAPA MEREKA INI!


MENYIARKAN ARTIKEL KONONNYA DARI PEMBACA MELAYU TAPI SEBENRNAY PENULIS PHANTOM..HANYA 10% TIDAK MEWAKILI PENDUDUK MALAYSIA.

ADA PENULIS MENYAMAR GUNA NAMA MELAYU

TIAP TAHUN, 90-100% ANAK MEREKA DAPAT 4”A “BUKAN KERANA IQ (KECERDASAN ) TINGGI , TAPI KERANA YANG DAPAT MENGHANTAR ANAK UTK TUITION KHAS,” YG MENELAN BELANJA LEBIH DARI RM100 UTK SATU MATA PELAJARAN-DAPAT TUITION 3-4 PELAJAR DALAM SATU KELAS.

ORANG MISKIN HANTAR ANAK KE TUITION MURAH DI MANA TERDAPAT HNGGA 40 PELAJAR DALAM SATU KELAS…GURU MENGAJAR MCM KELAS BIASA… LANTAKLAH KAU ORG NK BERCAKAP DI BELAKANG…

BUDAK MELAYU KAMPUNG, ANAK SAMY DI ESTET, ANAK AH MENG PENARIK BECA PENANG MUSNAH KEPUTUSAN FIZIK, KIMIA , BIOLOGI DAN MATEMATIK KERANA FAKTOR YANG MELIBATKAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN INI DALAM BI.

FAKTA 2

GURU DI LUAR BANDAR SRNDIRI TAK BOLEH GUNA B I DGN BAIK –GUNAKAN BI ROJAK BAGAIMANA NK AJAR FIZIK KIMIA, BIOLOGI DAN MATEMATIK DLM BI
,
MENGAPA ADA ORANG MELAYU (BODOH) YG MENYOKONG ?
JAW:
1. JAHIL TENTANG FAKTA SEBENAR
2. ORANG KAYA ATAU TINGGAL DI LEMBAH KLANG, JB, IPOH, PENANG MELAKA DSBNYA.
3. TIDAK SEDAR PERJUANGAN BNGSA..AKIDAH TERPESONG..MUNGKIN MEREKA YG TELAH MURTAD.

BANYAK KAJIAN UNIVERSITI MEMBUKTIKAN BAHAWA BUDAK YG MEMPUNYAI IQ TINGGI PON KEPUTUSAN SPM MEROSOT . . KERANA KEMISKINAN.

PPSMI MENGUNTUNGKAN ORANG BANDAR/KAYA

AGENDA MEREKA GUNAKAN APA HELAH SAJA UTK MEMPERTABATKAN BI.

MEREKA INGIN MENGGUGATKAN KEDUDUKAN BAH MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN.


FAKTA 3

KALAU ANAK ANDA MEMPUNYAI IQ YANG TINGGI SEKALIPON, LEBIH TINGGI DARI IQ EINSTEIN, TAPI TAK ADA DUIT UTK MENGHANTAR KE TUITION, ANAK ANDA AKAN BERAKHIR DENGAN MENJADI PROMOTER DI PERTAMA KOMLEKS ATAU KOMPLEKS MEMBELI BELAH PANTAI TIMUR.

TAHU TAK ANDA BAHAWA
1. ADA IBU BAPA MEMBAYAR SEBANYAK RM 400-600 UTK TUITION DALAM 4 MATA PELAJARAN TERSEBUT.
2. SISTEM PENDIDIKAN DI M’SIA, KEPUTUSAN MENDAPAT A DLAM SPM BUAKANLAH KERANA KECERDASAN YG DI ANUGERAH TUHAN , TAPI KERANA ORANG KAYA .
3. RAMAI PLAJAR PINTAR, TAK DAPAT KE IPTA KERANA KEMISKINAN. GAJI RM 700..BAYAR TUITION, NT NK MAKAN APA? RUMPUT?
4. ANAK ORANG MISKIN INI SIBUK MENHABIS MASA UNTUK MEMBANTU IBU BAPA BAGI MENYARA HIDUP
FAKTA 4

NAGARA MALAYSIA BERCELARU;

TIADA BAHASA KEBANGSAAN
LAGU NEGARAKU TIDAK DIHORMATI. .
NEGERA MAJU SPT KOREA JEPUN, CHINA,FRANCE JERMANY, RUSSIA SEPANYOL SEMUA ADA BAHAS DAN HURUF MEREKA SNDIRI…
DI M’SIA ORG CINA GUNA TIPU HELAH KATAKAN ITU SMUA TAK PENTING ..
54 TAHUN MERDEKA..APEK TUA BOLEH CAKAP’’WA TATAK TAULAH…” (SAYA TAK TAHU); ATAU’TALAK.TALAK..” (TAK ADA).
DI FRANCE..MEREKA BERKATA “NO ENGLISH” “PA LAVOUE FRANCOIS’’ )SPEAK FRENCH) ‘THIS IS FRANCE” NOT ENGLAND”