Jumaat, 28 Januari 2011

Suami Normala sakit kritikal?



Maarof Abd. Mutalib (kiri) membantu isterinya, Normala Sudirman berkempen bagi Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di Kampung Tenang, Labis, Johor, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Jan. - Status kesihatan Maarof Abd. Mutalib, suami kepada Normala Sudirman calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menjadi persoalan kerana beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Maarof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat, Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Ketiga-tiga salinan surat sakit yang dikeluarkan kepada Maarof itu turut dimuat naik ke dalam blog tersebut menerusi entri bertajuk 'PRK Tenang: Normala's cheating husband has been keeping secrets from her' yang disiarkan semalam.

Menurut penulis blog itu, cuti sakit yang panjang tersebut membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

''Saya bertanyakan rakan yang merupakan seorang doktor, apakah penyakit yang memerlukan seseorang mengambil cuti sakit sehingga dua minggu dan dia (doktor) berkata, penyakit itu mestilah sangat serius dan berkemungkinan mengancam nyawa.

''(Sebab jika) demam hanya diberikan cuti sakit satu atau dua hari dan jangkitan mata pula paling lama hanya beberapa hari.

''H1N1 pula akan dikuarantin selama dua minggu. Mungkinkah beliau dijangkiti H1N1?.

''Saya tidak pasti tetapi selepas dua minggu, adalah jelas beliau masih tidak sihat untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen dan doktor menambah lima hari lagi cuti sakit dari 24 hingga 28 Januari," katanya.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, penulis blog tersebut menambah, beliau membuat banyak rujukan, menyemak kamus perubatan, bercakap dengan ahli fizik dan pakar, malah, turut menulis kepada beberapa buah pusat kawalan penyakit.

Bagaimanapun tambahnya, kesemua usahanya itu menjurus kepada satu jawapan iaitu kesimpulan yang tidak dapat dijelaskan.

''Kami dengan sedih memaklumkan kepada Cikgu Mala (Normala) bahawa suaminya itu telah mengalami politicitis husbandus temperaturis permanantum atau juga dikenali sebagai election fever-candidate's husband strain 2 (EF-CHS2).

''Ia boleh menjadi penyakit yang kekal dan membunuh kariernya sebagai seorang guru," katanya dalam blog itu.

Penulis blog itu menambah, kelibat Maarof yang sentiasa kelihatan bersama Normala ketika berkempen sebelum ini telah menimbulkan pertanyaan di kalangan orang ramai mengenai pekerjaan sebenar beliau.

Antaranya, kata beliau, apakah Maarof bekerja sendiri atau merupakan seorang ahli politik sepenuh masa.

''(Sebenarnya) Maarof adalah seorang guru dan sangat jelas beliau sedang merahsiakan sesuatu daripada isterinya.

''Bukan rahsia kecil tetapi rahsia yang boleh merubah hidup," katanya.

Utusan Malaysia Online: 28 Januari 2011

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Admin,,,, kalau dapat isu politik dlm piliharaya kecil tak perlulah disiarkan di sini. Eloklah kita berbincang hal pendidikan aje...

Tanpa Nama berkata...

admin juga ingin berkempen bagi pihak BN ke? Ini satu isu double standard, bayangkan jika isteri calon BN yang berbuat begini, pastinya tiada masalah dan direstui Muhyiddin dan Markom.

Tanpa Nama berkata...

Harap admin ambil perhatian. PRK ni penuh dgn fitnah,caci mencaci, dan rasuah politik. Harap blog ini tidak membincangkan hal-hal pilihanraya.

Tanpa Nama berkata...

Pengarah JPN Johor ( Markom ) berkempen supaya guru2 kaunselor berkempen untuk UMNO tidak timbulkan isu besar pulak.. Ini dah x adil...

Tanpa Nama berkata...

Kepada penulis yang menelanjangkan situasi rumahtangga En. Maarof dan isterinya Pn. Normala. Saya ingat penulis ini bukan penganut Islam yang warak,yang alim, yang memahami tuntutan agamanya kerana suka campurtangan urusan rumahtangga orang lain.

Wajarlah suami isteri tolong menolong , menyayangi antara satu sama lain,mengekalkan janji ikatan perkahwinan dan bersumpah tidak akan meninggalkan sama ada isteri atau suami dalam kesusahan,kecacatan,kekurangan, kesakitan, kemiskinan dan apa-apa jua. Yang memisahkan mereka ialah maut sahaja.

Jadi dalam hal saudara Maarof menolong isterinya, sakitkah, cuti sakitkah atau apa-apa sahaja. itu urusan mereka sebagai suami isteri. Yang kamu korek rahsia orang ni betulkan. Berapa nilai wang yang kau dapat daripada orang-orang politik hasil daripada menelanjangkan hal-hal rumahtangga orang ni .

U nak masuk nerakakah...atau u memang sudah ahli neraka....sial

Tanpa Nama berkata...

Salam bro.
1. Sedara2 kita yg guna id Tanpa Nama ni, saya rasa penyokong pembangkang. Saya tak kesahkan hal itu. Itu tak penting.

2. Tapi isu yg diketengahkan oleh bro TIDAK DIJAWAB dengan ilmiah. Bahkan merapu tak tentu arah. Apa kena mengena kes yg dibincangkan dengan kempen ke..bro orang kerajaan ke..itu di luar topik. Nampaknya tak matang menjawab isu..terus konar mereng tuduh orang lain jadi alat BN..begitulah buruk dan terunya mentaliti otak orang2 geng belah sama (bukan BN).

3. Dalam piksa kalau tak jawab soalan ditanya akan dapat markah kosong. Kalau jawab apa yang tak ditanya..bungkuslah jawabnya.

4. Jadi tak payahlah nak condem2 orang..kalau gentelmen jawab secara profesional isu sebenar...tentang laki Normala yang cuti panjang tu....kalau betal ada hak, maka justifikasinya..mana undang2nya yg bolehkan... kalau cuti panjang sakit tapi boleh plak berkempen apa maknanya. Tapi bro bagus gak tu..kurang2 dah nampak mana2 ular dalam semak yg selama ni dok sembunyi. Lepas ni harap tengok2kan plak golongan perubatan di sana....tak kan nak serang cikgu je konon anti kerajaan. Kot2 dah menjangkit plak kat klinik dan hospital..lepas ni takut2 menjangkit lagi ke polis ke..imigresen ke..bomba ke..bahaya tu bro.

5. Utk tanpa nama 17:10..eloklah nasihatkan PAS gak..kalau nak dakwah..dakwah ajelah dengan ikhlas..toksah masuk politik sebab politik tu kotor..sama macam tak suka pendidikan dikotorkan dengan politik.

Sorrylah bro, wa ni orang kechik je..tapi wa bengang beb sebab ada yg pandai tak boleh diikut dan bodoh tak boleh diajar.

Tanpa Nama berkata...

Kawan kita dah mula emosi dah.....mengarut ...

Tanpa Nama berkata...

Hai bro kepala botak..u ni tahu tak tanggungjawab suami kepada isteri tercinta?????

Isu disini bukan soal pengikut BNkah atau PRkah.Isu yang diketengahkan ialah kenapa soal-soal cuti hendak dipaparkan kepada umum.

Persoalan disini bukan soal pengikut politik, haluan politik mana tetapi soalnya ialah isu ambil cuti telah dipolitikkan dan diperkatakan dalam 1Malaysia..

saya bukan pembangkang tetapi saya guru yang melihatt sudut lain iatu soalan maruah seorang manusia yang ada hak dalam Malaysia ...

U ada isteri ..sanggupkah u sebagai suami membiarkan isteri u dianggkut kesana dan kemari ..?????

U dayuslah sebagai suami..

ridwan berkata...

bukti jelas hanya org2 Umno mampu berfikiran positif. Salah ke berkempen bg pihak BN? tapi kalo kempen bg pihak pembangkang mmg ianya salah kerana gaji kita dibayar oleh Umno dan BN. Tindakan Makrom betul dan Maarof salah, budak kecil di sini (parit raja,johor) pun tahu bahawa hanya BN yang mampu memerintah.