Selasa, 18 Januari 2011

'Tak patut timbul isu tukar'

Oleh Azida Shaharuddin
azida@bharian.com.my
2011/01/18

Jabatan sudah tarik balik notis pindah suami calon PAS ke JB

JOHOR BAHRU: Jabatan Pelajaran Johor menafikan dakwaan suami kepada calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah berpindah dari tempat kerjanya di Tenang ke Johor Bahru.

Sehubungan itu, jabatan terbabit menolak dakwaan pihaknya melakukan satu diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong parti pembangkang.

Pengarahnya, Markom Giran, berkata dakwaan suami guru terbabit tidak benar kerana pihaknya sudah menarik balik notis pemindahan yang dikeluarkan pada 27 Disember lalu yang memaklumkan pemindahan Makrof Abd Mutalib berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Katanya, pihaknya mengakui sebelum ini bercadang memindahkan Makrof bagi mengisi satu kekosongan di Pasir Gudang tetapi tidak berbuat demikian selepas mengetahui Normala disebut antara calon PAS kerana tidak mahu perkara pertukaran itu menjadi satu isu sensitif.

“Kini beliau (Makrof) jadikan perkara ini satu isu, sedangkan ia tidak patut timbul. Pihak jabatan sudah menarik balik surat pertukaran asalnya maka notis itu langsung tidak sampai ke tangan beliau.

“Bagaimana beliau kata sudah dapat surat dan surat yang ada hanya salinan fotostat, bukan yang sah. Kita tidak tahu dari mana beliau dapat," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Makrof dalam sebuah portal berita tempatan, menyatakan beliau cuba ditukarkan dari Tenang ke Johor Bahru atas alasan tidak dapat ‘mengawal’ isterinya.

Makrof mendakwa, beliau menerima arahan itu secara tiba-tiba dan perlu berpindah dalam tempoh 24 jam, sebelum ditarik balik selepas beberapa bantahan dilakukannya.

Beliau mendakwa, menerima notis pertukaran beberapa hari lalu apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Dakwanya, notis pertukaran itu sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.

Berita Harian Online: 18 Januari 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah terhantuk baru nak tengadah...
Dah tersilap langkah baru gelabah..
Maka alasan yg diberi pun macam jawapan budak sekolah rendah..
heran yer xde apa2 tindakan yg dikenakan ke atas Markom ni yg jelas2 menyeru guru kaunseling berkempen membantu BN dlm PRK Tenang....

Tanpa Nama berkata...

Ada otak fikir, ada akal fikir