Selasa, 23 Ogos 2011

Ajak guru bertarung

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Georgie Joseph
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar meneguk arak dan tidak berpuasa ketika sesi persekolahan, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di ibu kota bertindak ala gengster apabila mencabar seorang guru lelaki sekolah berkenaan untuk bertarung dengannya di hadapan sekolah itu, semalam.

Difahamkan, selain melakukan pelbagai kesalahan termasuk ponteng, suspek yang belajar di tingkatan tiga sekolah itu turut memeras ugut pelajar lain untuk mendapatkan wang perlindungan. Malah, jika permintaannya ditolak, ‘gengster junior’ terbabit dikatakan akan memukul mereka.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 7.30 pagi semalam, pelajar terbabit turut dikatakan mengugut untuk mencederakan guru lelaki berusia 30 tahun sehingga parah dalam pergaduhan yang dirancangnya itu sebagai balasan terhadap perbuatan mangsa yang membongkarkan kegiatan tidak bermoralnya kepada pengetua sekolah berkenaan.

Bimbang dengan ancaman berkenaan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, semuanya bermula apabila pelajar terbabit berjumpa guru berkenaan selepas tamat perhimpunan pagi di tapak perhimpunan sekolah itu.


myMetro: 23 Ogos 2011


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam ni pun nak berlembut lagi....punya biadap....kurang ajar...Inilah akibatnya kalau mak bapak bagi anak-anak makan rezeki drp haram.

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

Setiap penjenayah perlu di hukum. Tidak kira ianya pelajar, guru mahupun ibubapa.
Tempat kejadian juga tidak terkecuali hatta premis sekolah bukanlah tembok yang kebal daripada perundangan negara.

Sudah sampai masanya pihak guru dan ibubapa duduk berbincang ... apa guna PIBG di sekolah? jika tidak bermesyuarat?

Tanpa Nama berkata...

Pengurusan sekolah dayus atau murid biadap?

aku guru berkata...

mak bapak budak ni mesti akan kata
"ehhh..anak saya baik..cikgu yg jahat..cikgu nak aniaya anak saya"

mentaliti mak bapak zaman skrg yg bahalul

Tanpa Nama berkata...

sudah sampai masanya sekolah pemulihan akhlak seperti henry gurney ditambah. Setiap daerah sepatutnya mempunyai sekolah seperti ini. Kasihanilah pelajar yang baik dan berdisplin kerana terpaksa berkongsi sekolah dengan pelajar yang .......

Tanpa Nama berkata...

Elekkk .. Guru BAHALUL baik kamu berhenti kerja. RAMAI yang minat nak jadi guru.