Sabtu, 6 Ogos 2011

Cikgu ketuk

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah rendah di sini mendakwa kepalanya sering diketuk manakala badannya ditumbuk seorang guru lelaki di sekolahnya.

Difahamkan, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya mangsa mendakwa sering dipukul guru berusia lingkungan 30-an itu sejak empat bulan lalu.


Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9 pagi kelmarin, pelajar itu sekali lagi ditumbuk di badan selain kepalanya diketuk guru terbabit hanya kerana dia tidak menjawab soalan yang diberikan dengan betul.

Selepas pulang ke rumahnya di Jalan Klang Lama di sini dan memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapanya, mangsa dibawa ke Balai Polis Petaling untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.


“Mangsa memberitahu, dia sering dipukul tanpa sebab manakala dalam kejadian terbaru, mangsa mendakwa dipukul guru terbabit menggunakan tangan hanya kerana salah menjawab satu soalan diberikan,” kata sumber.


Menurutnya, bapa mangsa yang terkejut dengan aduan anaknya itu cuba menenangkan mangsa kerana mendakwa takut untuk pergi ke sekolah.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan sebaliknya kini trauma dan takut untuk meneruskan sesi persekolahan.


Sehubungan itu, bapa mangsa membawa anaknya itu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan selain bimbang sekiranya perkara buruk terjadi kepada anaknya pada masa depan.

myMetro: 6 Ogos 2011

2 ulasan:

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

siapa?
1. pelajar lelaki umur 9 tahun.
2. guru lelaki sekolah rendah umur sekitar 30an.

di mana?
1. premis sekolah rendah.

apa?
1. sering dipukul sejak 4 bulan lalu.
2. kepala diketuk, tumbuk dibadan, dipukul dengan tangan.

mengapa?
1. kerana tidak menjawab soalan yang diberikan dengan betul.
2. sering dipukul kerana tanpa sebab.
3. kerana salah menjawab satu soalan yang diberikan.

Pandangan saya:
1. Premis sekolah adalah entiti khusus untuk pelajar menerima P&P.
2. Aktiviti bertanya soalan oleh guru kepada pelajar adalah aktiviti P&P.
3. Jawaban pelajar sama ada salah atau betul adalah sebahagian antara proses P&P yang sedang dilalui.
4. ADAKAH ianya satu kesalahan jika menjawab soalan dengan salah. DAN HUKUMAN pesalah ialah deraan?!
5. Zaman telah berlalu, apakah guru hari ini tidak dibekalkan dengan kasih sayang kepada pelajar?
6. Apakah pelajar sebagai 'Punching Bag' guru??!!!
7. Semuga guru yang 'berfikiran celaru' ini dihantar untuk menerima rawatan di klinik psikiatri, hospital.
8. selamatkan anak-anak kita daripada guru bermasaalah.

Tanpa Nama berkata...

tempat pertama yg perlu dituju ialah sekolah (guru besar)...jika perkara benar berlaku, barulah dipanjangkan ke pihak atasan atau polis..ni belum siasat sudah buat laporan polis....