Khamis, 4 Ogos 2011

Guru Tertoreh Kepala Pelajar Ketika Bergelut

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Marang cedera di kepala selepas tertoreh pisau yang dipegang seorang guru dalam kejadian tengah hari Rabu.

Akibat kejadian 12 tengah hari itu, Mohd Hafirza Mujahid menerima lima jahitan di sebelah kiri kepalanya, manakala guru berusia 55 tahun tersebut ditahan polis kira-kira 12 jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila pelajar itu melanggar arahan guru lelaki tersebut yang tidak membenarkannya keluar kelas ketika dia sedang mengajar.

Berang dengan perbuatan pelajar itu, guru terbabit menjejaki Mohd Hafirza sambil tangannya memegang sebilah pisau kecil, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

"Guru itu akhirnya menjumpai pelajar berkenaan di sebuah kelas lain dan ketika cuba menarik tangan pelajar tersebut untuk kembali ke kelas, berlaku sedikit pergelutan menyebabkan pisau yang dipegang guru itu secara tidak sengaja telah tertoreh kepala pelajar terbabit," katanya.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Sementara itu, ibu mangsa Zawiyah Ibrahim, 49, yang ditemui pemberita, berkata beliau kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh guru terbabit.

"Kalau boleh, saya tidak mahu lagi ustaz terbabit mengajar di sekolah berkenaan kerana risau peristiwa yang terjadi kepada anak saya akan berulang kepada pelajar lain," katanya.



-- BERNAMA


BERNAMA: 4 Ogos 2011

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BIADAPNYA murid-murid zaman skrg....waktu cikgu mengajar boleh kluar sesuka hati pergi bersembang dgn rakan di kelas lain.

Tanpa Nama berkata...

skarang ni.. guru diambil tindakan.. pada hal xsengaja.. n anak murid tu pun yg wat hal.. ingt senang nak jga murid cm tu.. bukan sorg dua nak kena jaga... alahai... kena berhati2 ar pasni.. pen pun bahaya pegang, takut tercucuk mata murid...

pcbahar berkata...

Nasib baik pisau tu di tangan cikgu.. Kalau di tangan budak tu?

Tanpa Nama berkata...

kasihan pelajar itu. para guru sila hormat pelajar, ibubapanya pun tidak pernah memukul anak anak. hak asasi murid dan kanak kanak wajar diketengahkan agar guru tahu apa hak pelajar mereka di sekolah.

-mama prihatin

Tanpa Nama berkata...

Mama prihatin,
Mungkin cikgu-cikgu ramai tak tahu yang murid boleh keluar kelas tanpa kebenaran.
Boleh warna rambut ke sekolah.
Boleh pilih sama ada nak buat homework atau tidak.
Boleh mencarut dalam kertas peperiksaan.
Kalau umur 11 tahun boleh kata pada guru "jangan cuba nak buat apa-apa kat saya, nanti mak saya saman"
Boleh keluar masuk kelas mengikut masa sendiri.

Saya pun rupa-rupanya tak tahu.

bapa prihatin jelawat bachok berkata...

1. Amat menghairankan senjata pisau boleh berada ditangan guru?!
2. adakah guru dibenar membawa senjata ke sekolah?
3. adakah tahap disiplin di sekolah ini longgar?
4. adakah guru ini Penjawat Awam Malaysia yang berstatus Guru, faham dengan Etika Perkhidmatan Awam dan akur dengan Perentah Am Kerajaan.
5. Saya hairan dengan guru-guru seolah-olah hilang punca bila berhadapan dengan pelajar masaalah??!!
6. Apakah guru tidak dibekalkan dengan SOP (Standard Operation Procedures) bila berhadapan dengan pelajar?
7. KPM perlu prihatin dengan guru dan kerjaya mereka!
8. Selamatkan anak-anak kami daripada guru-guru yang berfikiran celaru dan menganggap anak-anak kami sebagai banduan di sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Wow...tingginya mutu bahasa..org educated agaknya.....