Khamis, 17 Mei 2012

24,053 guru naik pangkat

PENERIMA Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan, dari kiri, Lim Ia Lee @ Lim Irene, Datuk Hassan Harun, Datuk Mary Yap Kain Ching, Datuk Ahmad Azmey Abu Talib, Datuk Omar Hashim dan Mohd. Azman Abdul Rashid bersama sijil penghargaan masing-masing yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak, semalam. - utusan/Roy Azis Abd. Aziz
KUALA KANGSAR 16 Mei - Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
‘‘Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed; Ketua Pengarah Pelajaran; Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selaras dengan usaha menambah baik skim perkhidmatan pendidikan, peruntukan tempoh minimum kenaikan pangkat secara ‘time-based’ berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.
Beliau menarik perhatian, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk kenaikan ke DG44, lapan tahun (DG44 ke DG48), enam tahun (DG48 ke DG52) manakala hanya tiga tahun (DG52 ke DG54).
Menurutnya, bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma pula, pemegang gred DGA29 hanya memerlukan lapan tahun untuk ke DGA32, lapan tahun (DGA32 ke DGA34) dan lima tahun (DGA34 ke DGA38).
Muhyiddin berkata, lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, 390 guru telah dinaikkan pangkat ke gred DG54, 676 (DG52), 3,938 (DG48) dan 19,805 (DG44).
‘‘Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 399 dinaikkan ke gred DGA38 manakala 2,639 (DGA34) dan 9,519 (DGA32)," katanya.
Selain itu, kata beliau, proses kenaikan pangkat pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan penolong kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.
Setakat ini, kata beliau, 854 pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 manakala 4,270 penolong kanan telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48.
Kenaikan pangkat itu kata Timbalan Perdana Menteri, melibatkan pengetua dan penolong kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 serta yang memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2010.
‘‘Bagi penyandang jawatan penolong kanan gred DG48 ke gred DG52 seramai 430 orang dan baki penyandang jawatan penolong kanan gred DG44 ke gred DG48 iaitu seramai 2,655 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah memenuhi syarat ditetapkan," katanya.
Menurut Muhyiddin, peruntukan sebanyak RM934 juta bagi urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan berpersonaliti unggul.

Utusan Malaysia Online: 17 Mei 2012

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk kenaikan ke DG44, lapan tahun (DG44 ke DG48), enam tahun (DG48 ke DG52) manakala hanya tiga tahun (DG52 ke DG54).-
## Bagaimana pulak guru pjj yg dah lulus temuduga dr 2011 tp masih xterima surat lantikan lg....berbandinga ada rakan lain yg dah terima....mknanya kami akan kerugian dr segi tahun menjawat jawatan dg41 n terus khilngan seniority.....smpai skrg xde berita wpun hnya diberitahu dr bulan lps bhw pihak JPA masih dlm proses pertimbngkn smula.....

Tanpa Nama berkata...

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk kenaikan ke DG44, lapan tahun (DG44 ke DG48), enam tahun (DG48 ke DG52) manakala hanya tiga tahun (DG52 ke DG54).-
## Bagaimana pulak guru pjj yg dah lulus temuduga dr 2011 tp masih xterima surat lantikan lg....berbanding ada rakan lain yg dah terima....mknanya kami akan kerugian dr segi tahun menjawat jawatan dg41 n terus khilngan seniority.....smpai skrg xde berita wpun hnya diberitahu dr bulan lps bhw pihak JPA masih dlm proses pertimbngkn smula.....

Tanpa Nama berkata...

saya guru dga29 dan sudah berkhidmat hampir 11 tahun. saya tak faham kenapa saya tidak mendapat time base dga32 sedangkan ramai rakan saya yang baru berkhidmat 8 tahun dapat. dimana keadilan dan janji manis...sebenarnya ramai guru yang layak tidak mendapat kenaikan time base.... kenapa....adakah ini permainan politik

Tanpa Nama berkata...

bukan politik apa2 cikgu semua...sabaq sket ...nanti sampai masa kerani sekolah panggil n hantar dokumen yg perlu...dapat la tu. sy dulu mare2 jugak tp last2 kerani panggil, semua settle. perkara ni sangkut di sekolah@ppd@jpn@..tp akhirnya beres...