HULU SELANGOR - Kira-kira 50 ibu bapa murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Batang Kali di sini menyatakan protes mereka terhadap pengurusan sekolah itu yang menempatkan anak-anak mereka di dalam sebuah bangunan yang uzur dan tidak selamat.
Mereka yang diketuai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengelola Sekolah tidak berpuas hati setelah pengurusan sekolah gagal memaklumkan mengenai keadaan bangunan itu kepada mereka.
Pada masa sama, pihak sekolah didakwa bersikap sambil lewa hingga membiarkan murid-murid terus belajar di bilik darjah yang usang.
Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, Datuk B. Omapparao berkata, pihaknya telah menerima sepucuk surat daripada Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor minggu lalu yang memaklumkan keadaan kelas yang tidak lagi selamat.
"Mengikut surat ini, JKR mendapati tahap keselamatan dan keselesaan murid-murid yang ditempatkan di bangunan lama adalah tidak memuaskan serta memerlukan tindakan segera.
"Kami amat risau dan bimbang membaca surat ini tetapi kami terkejut sebab pihak sekolah langsung tidak memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa," katanya.
Kosmo Online: 2 Mei 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan