KUALA LUMPUR 2 Mei - Kementerian Pelajaran menawarkan pengisian
jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang secara khas untuk
penyandang (KUP) tahun 2012.
Tawaran pensyarah cemerlang terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan
Pelajaran yang berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru
(IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English
Language Teaching Centre (ELTC) manakala tawaran guru cemerlang pula
terbuka kepada semua guru sekolah.
Menurut kenyataan kementerian itu hari ini, gred jawatan yang
ditawarkan pada guru sekolah adalah gred DGA32, DGA34, DGA38, DG44,
DG48, DG52, DG54 dan Khas C.
Sementara itu, pensyarah IPG dan IAB membabitkan gred DG48, DG52,
DG54, Khas C, gred bagi pensyarah KM ialah DG48, DG52, DG54 manakala
gred yang ditawarkan pada pensyarah ELTC adalah DG44, DG48, DG52 dan
DG54.
"Borang permohonan serta maklumat lanjut boleh didapati dari semua
Pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), bahagian-bahagian di
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran
Daerah serta menerusi laman web http://www.moe.gov.my/jnjk atau
http://www.moe.gov.my ," menurut kenyataan itu.
Tarikh tutup permohonan 25 Mei. Permohonan dari sekolah perlu melalui
Pengetua/Guru Besar sekolah masing-masing, manakala permohonan dari
IAB, KM, ELTC dan IGP adalah melalui Pengarah institusi masing-masing.-
BERNAMA
Utusan Malaysia Online: 2 Mei 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan